Mee Hoon Goreng Putih

10:07 PG

Jumpa lagi di pagi Isnin yang nyaman. Kelmarin hujan sepanjang petang membawa ke malam. Hari ini tanah nampak lembab, dan tumbuh-tumbuhan kelihatan bersabar subur. 

Sudah sarapan pagi? Amie sempat masak Mee Hoon Goreng Putih. Nak bagi nama Mee Hoon Goreng Singapura taku tak menepati pula bahan yang digunakan. Jadi namakan Mee Hoon Goreng putih sahajalah sebab tak bubuh kicap atau cili kisar. Warnanya pun putih kuning disebabkan warna yang terbit dari lobak merah. Sebagai pelengkap hidangan Mee Hoon Goreng Putih, Amie tumbuh bawang putih dan cili padi, tambahkan perasa dan juga jus limau kasturi.

Amie gorengkan keropok kentang untuk Firdaus. Encik Suami minta Sotong Panggung. Sempat jugalah Amie ikat Sotong Panggung dengan daun kucai.

Mee Hoon Goreng Putih.

Mee Hoon Goreng Putih, Sotong Panggung, Keropok Kentang, lada, epal dan limau sunkist.

Keropok Kentang

Limau sunskist dan epal.

Lada.

Sotong Panggung.


Amie kongsikan resipi Mee Hoon Goreng Putih di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mee hoon - rendam dengan air biasa hingga kembang
  • 2 biji telur
  • 1 cawan isi udang basah
  • 1 biji lobak merah kecil - sagat
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 10 batang kucang - hiris 2 cm
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 3 biji bawang merah - tumbuk
  • 1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut - tumbuk
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis udang kering, bawang putih dan bawang merah sehingga terbit aroma.
  3. Tolak ke tepi kuali bahan tumisan tadi. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau-kacau hingga hancur. Kemudian campurkan dengan bahan tumis tadi.
  4. Masukkan lobak merah dan udang basah.
  5. Tumis sehingga udang basah berubah warna.
  6. Seterusnya masukkan mee hoon. Gaul rata.
  7. Taburkan lada hitam, garam / perasa pilihan.
  8. Padamkan api dapur.
  9. Taburkan daun kucai.
  10. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Jumpa lagi. 
Ada urusan yang perlu diselesaikan hari ini. Moga semuanya berjalan lancar.


30 comments

  1. suka meehoon camni..nk plak kalo ada cili kicap..sotong panggang menarik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee hoon goreng begini rasa ringan jew masuk perut.

      Padam
  2. Dana suka keropok kentang, lama dah tak jumpa... sedapnya mehun goreng akak dengan semua menu sampingan, kat rumah ni jarang masak mehun putih si Aiyan tak minat tapi dana suka heheheh... sejenis suka lada hitam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap keropok kentang tu. Firdaus suka makan.

      Padam
  3. Bihun putih macam ni fav dania ni...kalau nak tengok dia makan bertambah- tambah kena la buat bihun putih ala-ala spore ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahaya bihun putih ni. Memang tak cukup makan sepinggang!

      Padam
  4. Amie, boleh share resepi lada? Nampak sedap. tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh. Memang untuk dikongsikan. Silakan.

      Padam
  5. Lama sy tak masak Mee Hoon Goreng Putih ni. Teringat dulu, arwah makcik, kalau masak mee hoon goreng, mesti putih jer warnanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee hoon goreng putih ni walaupun tanpa sentuhan kicap dan merah cili, memang ada rasanya yang tersendiri.

      Padam
  6. meehoon kalau yang kaler putih ni memang panggil meehoon singapore je..hehe

    BalasPadam
  7. Rasanya dah bertahun tak masak mee hoon putih sejak dah pandai masak mee hoon merah.Dulu tak pandai masak meehoon merah.Dah reti masak meehoon merah,eh,lupa dah nak masak meehoon putih.Nampak sedap tu dengan sotong panggung...Unik namnanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah masakan mee hoon ye. Ada mee hoon hitam kicap, merah cili dan mee hoon putih Singapore.

      Padam
  8. Sukanya kalau orang masak letak seafood tak berkira sebab memang minat seafood hehe. Saya singgah baca dan follow. Salam kenal ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan masuk aksesori banyak-banyak dalam mee hoon goreng.
      Terima kasih sudi follow.

      Padam
  9. Pertama kali tahu ada keropok kentang. Cantik warnanya.
    Sedap menu sarapan hingga ke tengahari ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keropok kentang tu ada warna kuning juga. Dua-dua rasa pedas.

      Padam
  10. Cantiknyaaaa rupa meehoon goreng putih akak ni.. mestiiiii sedapp 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yangbuat sedap tu sebab bubuh udang kering.

      Padam
  11. Betullah... Biasa panggil mihun Singapura.

    BalasPadam
  12. Geram tengok udang tergolek-golek dalam mihun putih tu. Apa ada pada nama, yang penting sedap

    BalasPadam
  13. Sedap bihun putih makan dengan keropok. Menarik betul warna keropok kentang tu. Pink warnanya. Wahh bersotong panggung lagi. Lepas dendam makan bila dah lama tak makan.

    BalasPadam
  14. Mewahhh mee hoon kak amie! Banyakkkk udangnya!

    BalasPadam
  15. Banyak udang dalam meehoon Amie. Sedapnya, kegemaran saya, meehoon goreng ni. Tak kisah hitam ke, putih ke. Hehe.. resepi Amie sama macam arwah mak saya cakap, kalau goreng meehoon, letak udang kering, baru sedap. :)

    BalasPadam
  16. Semalam saya pun msk mihun putih,tambah juga kobis selain carrot dan gandingkan dgn kepak ayamas.mmg bertambah makannya

    BalasPadam
  17. Sedapnya meehoon tu mewah udang pulak tu.. perah limau letak kicap pedas.. perghhh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe