Mencari Semangat Yang Hilang

1:26 PTG

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Moga baik-baik sahaja sepanjang hari ini. Nampaknya pagi ini kurang bersemangat untuk memulakan hari. Mungkin asyik memikirkan beratus timbunan kertas peperiksaan yang belum habis ditanda. Sebelum 26 Julai 2021, markah perlu diisi dalam sistem ISIS. Sebenarnya mata dan fikiran yang letih. Barangkali perlu rehat beberapa ketika sebelum sambung semula kerja di waktu cuti.

Terima kasih Encik Suami kerana sediakan sarapan pagi ini. Katanya, hanya dapat beli karipap sahaja sebab tak banyak makanan yang dijual di warung. Encik Suami goreng mee untuk sarapan kami bertiga.

Semangat yang makin pergi jauh perlu dipanggil semula! Cepat-cepat mandi dan tunaikan solat dhuha. Kemudian baca doa untuk hilangkan rasa malas seperti di bawah ini.

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ .وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ


Ertinya: "Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, Aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud 4/353)

Encik Suami kata, selepas solat Zohor akan ke hospital untuk suntikan vaksin dos 2.  Katanya hendak berehat dahulu untuk tenangkan fikiran. Dari kelmarin lagi Encik Suami kelihatan risau. Kita pun dahulu ketika menanti hari suntikan begitu juga. Macam-macam yang difikirkan sehingga tekanan darah mencanak naik!

Pukul 11 pagi tadi Amie rebus tulang lembu pemberian sembelihan korban dari adik ipar.  Amie nak masak sup bujang sahaja. Rebus dengan rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, bonggol daun sup dan lada putih  campur lada hitam. Amie renih gunakan api paling perlahan. Biarlah aromanya terus semerbak sehingga Encik Suami pulang dari hospital.

Oleh kerana masih belum muncul semangat untuk menanda kertas, Amie  ajak Firdaus kemas buku teks, buku aktiviti dan buku latihan. Terjumpa satu halaman kosong dalam buku latihan. Apabila disemak semula, rupanya Firdaus tidak lengkapkan peta i-Think bentuk peta buih. Cepat-cepat Amie suruh Firdaus lengkapkan. Allahu Akbar! Tarikh latihan pada 19 Mei 2021. Hari ini 22 Julai 2021! Sudah 2 bulan berlalu.


Kelam- kabut Firdaus lengkapkan peta buih!


Selesai menyiapkan tugasan yang tertangguh sekian lama, Firdaus ajak Amie sediakan susu hangat untuk Comella.


Kemudian Amie ingatkan Firdaus supaya buat ulangkaji mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Sebelum cuti sekolah, ustazah berpesan supaya menguasai bacaan dalam solat sebagai pengukuhan. Selepas cuti, ujian bacaan solat akan diadakan.

Penanda buku bahagian hadapan.

Tiga hari lepas, ketika sambutan Aidil Adha, Firdaus dapat siapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan : Bersyukur dan Kasih Sayang. Guru mata pelajaran beri tempoh selama seminggu bermula dari tarikh tugasan diberi pada 14 Julai 2021. Murid dikehendaki menghasilkan satu penanda buku daripada 5 frasa yang diberikan. Firdaus memilih frasa : Terima kasih kepada ibu bapa.

Firdaus perlukan bimbingan untuk menghasilkan penanda buku. Amie hanya beri cadangan dan selebihnya Firdaus yang menyiapkan. Akhirnya terhasilkan sekeping penanda buku hasil tulisan Firdaus. Yang penting perlu menepati tema yang dipilih. Entahlah! Sesuai atau pun tidak gambar-gambar bercuti yang Firdaus lekatkan itu. Amie tolong print gambar-gambar tersebut. Sambil tunjukkan gambar-gambar itu, Amie tanya Firdaus.

Sayang Mommy seronok tak dapat ikut jalan-jalan?
Iya. Daus seronok sangat. Daus suka sangat.
Siapa bawa sayang jalan-jalan?
Mommy dengan Baba.
Kalau sayang gembira  Mommy dan Baba bawa jalan-jalan, sayang patut cakap apa?
Terima kasih Mommy. Terima kasih Baba.

Harap-harap betullah penanda buku yang dihasilkannya itu dan gambar-gambar tersebut mampu menterjemahkan rasa syukur dan kasih sayang.

Di belakang penanda buku, ada lagi gambar-gambar yang Firdaus tampal, dan bubuh lukisan bunga-bunga yang diwarnakannya.

Pendanda buku bahagian belakang.


Aroma sup bujang tulang korban semerbak menyelinap masuk ke bilik bacaan. Mungkin dagingnya sudah cukup empuk. Baiklah jenguk dapur. Boleh masak nasi. Tak lama lagi Encik Suami akan pulang dari hospital. 
Cukuplah coretan setakat ini.
Mudah-mudahan semangat yang diseru akan pulang sepenuhnya!
Adakalanya pada waktu-waktu tertentu mood kita tenggelam ke laut!

27 comments

  1. Ciannya Daus,cuti sekolah tapi tak cuti dari homework.

    Doa tu memang mujarab sebagai penguat semangat & mengubat hati yang bersedih.Alhamdulillah,saya juga jadikan sebagai amalan harian.
    Semoga Allah mudahkan urusan cikgu menanda kertas2 ujian & mencatatnya sebagai pahala..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur seribu syukur walau dalam keadaan apa sekali pun kita masih ada kekuatan doa sebagai amalan harian terutama selepas solat.

      Padam
  2. Ya kadang-kadang semangat boleh hilang.
    Harap kembali semula nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Mudah-mudahan bersemangat kembali.

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian doa, kekadang memang hilang semangat perlu kembalikan dengan doa, syukur suami membantu, tengok Firdaus rajin, berinspirasi, good idea letak foto kat bookmark tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Doa memiliki keajaibannya yang tersendiri.

      Padam
  4. harap semangat kak amie segera pulih. kadang-kadang kalau memikirkan kerja yang banyak, memang boleh jadi macam tu. InsyaAllah, semangat tu akan pulih macam biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Afeezz. Betul tu. Salah satu punca hilang semangat sebab memikirkan kerja yang banyak. Dari situ mula rasa kurang sihat. Mujurlah ada kawan-kawan dalam group WA yang saling meluah perasaan dan bertukar-tukar fikiran.

      Padam
    2. Alhamdulillah ada kawan2 yg memahami dan boleh dijadikan tempat meluah perasaan.. memang membantu..

      Padam
  5. semangat juga baca entri ni... panjang lebar walaupun tajuknya macam takder semangat. hehehe

    BalasPadam
  6. Semangat yang hilang? Macam lagu xpdc pulak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mencari.... semangat yang dah lari itu Uncle.

      Padam
  7. Semangat hilang memang ambil masa untuk kembali.. InshaAllah semangat akan kembali semula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah! Itulah perlunya memiliki semangat yang kuat.

      Padam
  8. semoga semangat kak amie dtg balik ya..

    cantik penanda buku hasil kreativiti daus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Syu. Penat fikir kerja hakiki sebenarnya.

      Padam
  9. Semangat yang hilang biarkan pergi
    gantikan dengan semangat yang baharu

    BalasPadam
    Balasan
    1. OOoo gitu ye Wak.
      Tak payah dipanggillah semangat yang pergi tu kan.

      Padam
  10. Alamak, lamanya, dah dua bukan tak siap2 peta buih 🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa... semakan terakhir ni. Terjumpa satu tak siap. Maknanya semua latihan yang diberi sepanjang PKP sudah siap! Firdaus dah tak ada hutang latihan dengan mana-mana guru mata pelajarannya hihihiiii. Hanya tinggal Pendidikan Seni, sebab cikgunya suruh hantar sewaktu bersemuka nanti.

      Padam
  11. Mujur semangatnya hilang sekejap. Teruskan semangat kak. Bagus Firdaus siap dah tugasan kerja sekolah. cantik bookmark hasil kreativiti Firdaus dengan bantuan Mommy. Bagus Firdaus jaga comella. Siap buat air susu hangat lagi

    BalasPadam
  12. terima kasih kak perkongsian bacaan doa tu, kami ni selalu je MALAS...hihihi

    BalasPadam
  13. Semoga semangat kak Amie akan kembali. Melayan Firdaus boleh buatkan mood datang balik. Comel penanda buku tu. Moga cepat habis covid, Firdaus boleh jalan-jalan lagi

    BalasPadam
  14. Semoga semangat kak amie kembali semula. Memang boleh hilang semangat kalau kerja banyakkk, take care kak amie! Jangan stress stress :)
    Cantikkk penanda buku tuu, tampal gambar dengan ibu ayah, memang kreatif! ;)

    BalasPadam
  15. 2 hari SA demam...semangat SA tu merudum betul...pv blog pun kelaut dalam

    BalasPadam
  16. Semangat firdaus hasilkan ya. Betul nk update blog ni semangat kena ada

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe