Lempeng Pisang Paling Sedap!

12:10 PTG

Assalamualaikum.



Sebelum tidur malam tadi sempat sembang dengan Encik Suami tentang pisang Saba' sesikat saiz gemuk yang terbiar beberapa hari tidak berusik di dapur. Nama lain bagi pisang Saba' ialah pisang nipah atau pisang kepuk.
"Esok pagi Mummy nak buat lempeng pisang. Nak campur dengan jagung krim."
Encik Suami tak menyahut.
"Alaaa.... nanti penat-penat kita buat, bukan Baba makan pun..." mulalah keluar merajuknya.
"Cuba bagitahu Baba, apa masakan yang Mummy sediakan Baba tak makan?" soalnya kembali sambil ketawa.
"Kalau begitu, awal pagi esok, jangan lupa beli jagung krim, beli roti gardenia, bla bla bla........"
Encik Suami bersama si bongsu keluar beraya seawal pukul 8 pagi sebelum sempat Amie sediakan lempeng! Katanya, pagi ini ada beberapa undangan daripada rakan sekerjanya. Wokey! Kita cerita tentang Lempeng Pisang Paling Sedap pernah Amie buat. Amie tidak pasti mungkin ada orang lain yang campurkan jagung krim dalam adunan lempeng pisang, dan kalau ada bermakna Amie tertinggal keretapi lagi! Untuk hasil yang pertama, Amie tutup api dan duduk sendirian di meja sambil menikmatinya, sedap ke tidak? Eh... sedaplah! Amie teruskan buat lempeng yang kedua. Tutup api sekali lagi dan makan sekeping lagi. Waduh! memang tak sia-sia! Sangat sedap dan paling sedap pernah Amie buat! Gambar di atas merupakan hasil Lempeng Pisang Paling sedap versi nipis yang Amie hasilkan! Kalau dikira dengan 2 keping yang Amie makan, semuanya berjumlah 9 keping! Lepas itu, Amie buat tebal sedikit seperti di bawah kerana kaki mula lenguh dan peluh pun mula meleleh!



Lempeng Pisang Paling Sedap versi tebal dapat 4 keping! Rasanya? Mmmmm.... versi nipis dan versi tebal sedapnya sama! Yang tebal lagi cepat kenyang! Bila dua anak bujang turun ke dapur, Amie sudah bahagikan hidangan masing-masing dan siap pesan.... jangan usik lempeng pisang Baba! He he ehh.... orang yang dimaksudkan agaknya tengah kekenyangan makan di rumah kawan-kawannya!


Jom.... Amie kongsikan resepinya dengan penuh rasa gembira sebab hasilnya memang sedap! Lembut.... lemak manis berkrim! Buat saiz kecil lebih mudah untuk diterbalikkan sebab lempeng ini sangat lembut!

Resepi : Lempeng Pisang Paling Sedap!
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan pisang lenyek (anggaran) - pilih pisang masak ranum (cukup manis, tak perlu tambah gula) Amie gunakan 5 biji pisang
1.5 cawan tepung gandum
5 sudu makan susu tepung
1 tin jagung krim
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
marjerin

Cara:
1. Campurkan pisang lenyek bersama tepung gandum, susu tepung, soda bikarbonat, baking powder, secubit garam dan gaul sebati.
2. Masukkan jagung krim. Jika agak cair, tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum.
3. Panaskan kuali non-stik saiz paling kecil. Cairkan sedikit marjerin.
4. Masukkan adunan mengikut ketebalan yang disukai.
5. Terbalikkan lempeng supaya masak kedua-dua belah bahagian.
6. Hidangkan segera.

Tak menyesal untuk mencubanya, tapi Amie rasa menyesal sebab baru tahu resepi begini sangatlah sedapnya sebab selalu sia-siakan pisang!

24 comments

  1. Assallamualaikum amie..
    Wahhh..ni mmg betul2 sedap ni. Banyak tu pisang ranum yg digunakan dlm resepi.. Cam terasa2 pula lempeng pisang dlm mulut ni..

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam...
    memang sedap Naz... tapi ini versi lembut, kalau nak lebih keras kena tambah tepung lebih...sedap memang sedap..kita sendiri makan 5 keping!

    BalasPadam
  3. Nampak pn sedap amie....wc pun nak cuba buat la nanti..tambah jagung krim lagi tambah sedap.

    BalasPadam
  4. Amie.., kalau Amie kata sedap tu, memang sedaplah tu. InsyaAllah ummi pun nak try buat. Tq ye berkongsi resepi, kalau dekat boleh kongsi lempeng sekali kan?hehe..

    BalasPadam
  5. assalam k.Amie
    aduyaii sangat2 sedap ini lempeng tau, lapar terus sy nampak ni he he
    pisang bawa dari kg pun ada lg blhlah ikut resepi k.Amie ni ye
    memang rinduuu nak makan lempeng pisang teringat akan arwah atok2 selalu masak wat sarapan pagi tiapkali tido kat umahnya

    BalasPadam
  6. Wah jadi mau makan nih malam malam..slurrp

    BalasPadam
  7. fulamak...first time nih jumpa lempeng pisang letak jagung... mesti lemak2 manis rasanya... cedapnye kak Amie

    BalasPadam
  8. tengok pun dah terliur...nanti nak try buat jugaklah.....

    BalasPadam
  9. assalam amie..tergoda sungguh acik..acik memang peminat lempeng pisang..bila kata tersedap lagi la teruja

    BalasPadam
  10. mcm pancake..canteekk..dah lama sy tak makan lempeng pisang, yg akak buat ni bubuh jagung , yakin bertambah power!!

    BalasPadam
  11. sedap bekfes lempeng pisang ni kan kak :)

    BalasPadam
  12. Wah..memang terbaek dari lahad datu...hehe..

    BalasPadam
  13. salam kak amie..
    klu dh di tambah jagung lg la sedapp.. nnt zila nk try jgk la..kna cari pisang dulu:)

    BalasPadam
  14. Oh My Gucci
    Terus terliur tengok pic tu...
    Rajinnye menghias bagai
    Baca entry saya gak ye

    BalasPadam
  15. menarik dan tertarik...ada masa boleh pinjam resepi yer kak

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/jom-menyicah.html

    BalasPadam
  16. wahh..cedap2nyer..terbaikk la..bila dh bosan bekpes pagi ngn makanan berat2..elok jgak try lempeng pisang ni..terbaikk lah!!

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum. Lempeng pisang moden. hehehe kalau seblum ni buat guna pisang, tepung n garam je. nanti nak try cam gini le plak.

    BalasPadam
  18. aslmkum amie.. waahhh.. mgancam sungguh lempeng pisang amie ni..bila2 nanti nk kene cuba jugak ni

    BalasPadam
  19. Salam lebaran kak amie n keluarga di sana :-)) Minta maaf zahir batin segala salah sikap, halalkan mana2 resepi yg kita dah ambik kat blog akak jugak ya, moga hubungan silaturrahim berkekaln n berpanjangan dunia akhirat insyaAllah! kalau ada pisang2 ni dah terbau keharuman pisang tuuu kompem sedap :))

    BalasPadam
  20. sedapnya kak amie...dah lama saya tak makan lempeng pisang..saya ni kalau buat lempeng rupa mesti hodoh..hahahha..bukannya apa cukup malas nak masak guna api kecik..last2 hitam legam..ngeeee

    BalasPadam
  21. 1 tin jagung tu tin kecil atau besar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Ada tin besar dan tin kecil ke? Setahu saya hanya ada satu saiz tin saja.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe