Singgang Tempoyak Sotong
8:09 PTG
Bertemu lagi untuk kesekian kalinya di dapur kecil yang tidak sepertinya ini.
Syukur Alhamdulillah, walaupun telah kehilangan kamera DSLR, tetapi semangat untuk berkongsi resepi belum pernah padam. Walaupun tidak ada rotan, akar pun berguna. Biarpun tidak ada kamera DSLR, kamera HP pun boleh pakai. Bila lihat hasilnya, macam tongang terbaliklah pulak letak kedudukannya...hiks!
Memang rasa ngeri bila mengenang kembali kisah kecurian yang berlaku dua hari lepas, apalagi ketika bersendirian di rumah mengemaskini APDM seperti sekarang. Untuk menghilangkan rasa takut, Amie cuba menulis entri masakan. Sesekali, mata pun tertoleh-toleh ke arah tingkap tempat pencuri meloloskan diri, dan mata terkedip-kedip melihat langsir yang bergerak terkena angin kipas. Sebenarnya rasa trauma itu masih ada, apalagi bila terbayang sepasang kasut pencuri di bawah sofa! Oh! Tuhan.... semoga apa yang kami bayangkan bahawa pencuri itu telah berada di dalam rumah kami sebelum kami masuk ke bilik tidur itu tidak benar!
Oh!
Lupakanlah itu semua!
Jadikan sebagai iktibar dan peringatan.
Mari kita lihat resepi Singgang Tempoyak Sotong di bawah ini.
400 gram sotong - bersihkan - potong ikut suka
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - siat
7 biji cili merah dan cili putih
500 ml air
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
1 sudu besar tempoyak
5 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Masukkan bahan tumbuk, dan serai ke dalam periuk. Tuangkan air dan jerang di atas api dapur.
2. Setelah kuah mendidih, masukkan sotong bersama cili padi merah dan cili putih.
3. Masak lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
4 comments
Asalam..terima kasih share resipi sotong..
BalasPadamSedapnya nanti nak cuba juga la
BalasPadambaru sempat baca psl kes kecurian di rumah akak tu...
BalasPadammoga akak sekeluarga banyak bersabar ya... betul kata akak xpelah hilang barang2 tu jnji takde nyawa yg terancam..
sedih2 sempat lg akak bt singgang sotong yek, sedap jgk nampaknya tu kak...
Etuza,
BalasPadamwaalaikumussalam, resepi mudah dan ringkas.
Dunia Zumal,
silakan.
Norhidana,
alhamdulillah, semuanya selamat, cuma masih trauma.