ADSENSE

Sabtu, 5 Januari 2019

Mee Hoon Goreng dengan Bakso

Bila terpandang gambar Mee Hoon Goreng dengan Bakso yang tersadai dalam folder, tiba-tiba teringat Abang Farid yang sudah 4 hari meninggalkan LD. Sekejap sangat Abang Farid pulang bercuti sehinggakan Firdaus tercari-cari! Mee Hoon Goreng dengan Bakso ini antara salah satu sarapan pagi yang sempat Amie hidangkan untuknya.

Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut dan toskan
20 biji bakso
1 cawan hirisan kubis
1 labu bawang besar Holland - cincang
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 tangkai cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar bersama bakso.
3. Perlahankan api dan masak bahan tumisan sehingga pecah minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan kubis, dan gaul rata bersama sos tiram dan kicap lemak manis.
5. Kemudian masukkan mee hoon, dan kacau sebati dengan bahan lain.
6. Tambahkan garam / gula / parasa pilihan secukupnya.
7. Padamkan api dapur.

Tiada ulasan: