Jalan-Jalan Cari Sarapan
9:35 PTG
Nak dijadikan cerita....
Pagi Khamis, 27 Disember 2018 pada pukul 6:45 pagi, kami bertolak dari Lahad Datu, tujuan ke Kota Kinabalu. Seperti biasa, Encik Suamilah orang yang paling berhati-hati sebelum meninggalkan rumah, menutup paip air, menutup segala suiz lampu dan kipas, memastikan plug sterika sudah ditanggalkan, memutuskan talian WIFI, membuka kepala tong gas dan sebagainya.
Sebelum kereta meninggalkan pagar rumah, sekali lagi Encik Suami bertanya anak-anak untuk memastikan agar segalanya selamat sepanjang peninggalan selama 4 hari.
Ketika sudah berada lebih kurang 5 km perjalanan dari rumah, Encik Suami bertanya Fairuz : Ada bawa power bank?
Alamak!
Fairuz tepuk dahi.
Power bank tertinggal di rumah.
Encik Suami terus memandu.
Pemanduan begitu lancar pada pagi itu, tetapi sesekali masih terkeluar cerita tentang power bank.
Tiba-tiba Farid berkata: Saya cas power bank di ruang tamu bawah.
Kata Encik Suami: Baba sudah cabut semuanya. Bukankah cas di atas, tempat sterika tu?
Farid: Saya cas sekali lagi sebab belum penuh.
Amie : Jadi? Power bank masih dicas di ruang tamu?
Serta - merta Amie terbayang power bank warna hitam dengan cahaya merah di sudut sofa!
Memang Amie nampak!
Encik Suami berhentikan kereta di tepi jalan.
Sudah dua jam perjalanan dari Lahad Datu, dan sedang menghampiri simpang Sandakan!
Dipendekkan cerita, kami terpaksa patah balik ke LD dan 4 jam terbuang begitu sahaja! Dua jam pergi, dua jam balik, dan hampir pukul 11 pagi baru memandu semula setelah mengambil power bank yang tertinggal! Masalahnya bukan power bank yang tertinggal, tetapi power bank sedang dicas! Buang masa, buang tenaga dan buang minyak!
Alhamdulillah, Encik Suami tidak jadi marah-marah bila Amie cuba tenangkan. Kata Amie, syukurlah kita dapat kesan masalah itu.
Ikutkah hati, memang tak mahu sambung perjalanan ke Kota Kinabalu.
Hasrat untuk bersarapan di Telupid pun terpadam. Rancangan untuk ke Taman Arnab dan melihat ikan di Marakau pun terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa.
Akhirnya kami bersarapan di Medan Selera, Kampung Paris.
Sesiapa sedang dalam perjalanan dari arah Sandakan ke Lahad Datu, atau dari arah Lahad Datu ke Sandakan, bolehlah singgah di sini untuk menjamu selera.
Walaupun hampir tengahari tapi kurang berselera untuk terus makan berat.
Pesan sarapan coto makassar.
Terpandang ikan susu, minta sepotong dan ratah.
Budak ini memang mencari mee goreng!
Singgah di Kundasang untuk solat jamak di masjid.
Dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.
Kami tiba di Kota Kinabalu pada pukul 8 malam dan terus daftar masuk hotel. Oleh sebab perut pun sudah berkeroncong, sebaik sahaja dapat kunci bilik kami terus naik kereta dan Encik Suami bawa makan di Sushi King.
Keesokan paginya kami jalan-jalan cari sarapan di Jesselton Point.
Amie ratah-ratah lauk sahaja.
Anak-anak dan Encik Suami makan nasi lemak.
Pagi-pagi lagi Fairuz beli minuman sejuk!
Sudahlah hujan!
Jesselton Point dipenuhi oleh pelancong terutamanya dari Korea. Mereka suka sangat mengunjungi pulau, dan naik bot laju dari jeti di sini.
Sebenarnya agak lama juga teringin santai-santai di sini, tapi hujanlah pula waktu ini.
Esok paginya sebelum kami shopping di Jakel, kami bersarapan di restoran bersebelahannya.
Selain roti Arab cecah kari ayam, kami pesan roti lembut.
Bujang kecil ini sebenarnya sudah habiskan roti Arab kuah kari ayam, tapi tetap berselera untuk makan kentang goreng! Berminyak-minyak pipinya terkena kuah kari!
Jalan-jalan ke 1 Borneo pula.
Singgah isi perut, makan gado-gado.
Memang betul gado-gado Indonesia ni sebab ada emping malinjo.
Fairuz ini suka betul minum sejuk!
Mencuba Sup Ekor.
Hari terakhir, sarapan pagi di Kundasang.
Firdaus memang tak lepaskan peluang untuk makan mee goreng!
Mee goreng di Restoran Nabalu Puteri memang sedap!
Encik Suami berminat untuk makan steamboat couple set.
Fairuz pula enak menikmati lamb chop kegemarannya!
0 comments