ADSENSE

Isnin, 14 Januari 2019

Sotong Goreng Kunyit Sedap!

Hari ini, pulang dari kerja terpandang pintu dapur terbuka dan terbau sesuatu yang mengundang selera! Letak beg tangan, dan tanggalkan stoking lalu terus meluru ke dapur.
Oh!
Kelihatan dua beradik sedang memasak hidangan tengahari.
Fairuz sedang menggoreng ayam.
Fuad sedang menggulai ikan nyok-nyok!
Alhamdulillah! Abang dan adik bekerjasama di dapur.
Seronoknya kalau setiap kali pulang dari kerja, sudah ada yang menyediakan hidangan untuk dijamah!
Huurrrmmm... tapi entri kali ini bukanlah hasil masakan mereka dua beradik, melainkan masakan hasil air tangan Amie beberapa hari yang lalu iaitu Sotong Goreng Kunyit. Walaupun sekadar resepi biasa-biasa sahaja, tetapi Sotong Goreng Kunyit yang sedap dan lembut habis licin menjadi santapan kami sekeluarga!

Masakan sebegini sangat mudah, tetapi dijamin menngugat selera. Istimewanya ialah kita boleh masak sekali harung dengan sayur. Fuad sukakan lobak, jadi selain kacang buncis Amie tambahkan hirisan lobak dalam masakan ini. Cukuplah lauk begini digandingkan dengan nasi putih, dan sekiranya ada sambal belacan itu sudah dikira bonus untuk melengkapkan hidangan!
Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:
500 gram sotong - bersihkan - buang dakwat - buang mata dan mulut - potong ikut citarasa - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - biarkan selama 15 minit
10 batang kacang buncis - bersihkan - potong 3 cm
1/2 batang lobak merah - kupas kulit - hiris bulat nipis
5 helai daun limau purut - buang urat
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak

Bahan hiris:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili hijau

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Besarkan api dapur. Kemudian masukkan secara serentak sotong, lobak merah dan kacang buncis.
3. Kacau rata. Masak di antara 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Tambahkan sos tiram dan masukkan daun limau purut.
5. Gaul sebati, dan padamkan api dapur.

5 ulasan:

norhidana miswan berkata...

mmg lauk yg mudah n sedap, sya selalu juga msk ayam, udang n sotong pesen mcmni... jimat masa nk tenaga heheheheh

EmbunRosaliza berkata...

Bagusnya 2 beradik msk2 utk mami dia mkn

Norliza Md Yunus berkata...

assalamualaikum, kak amie..mcmaner nk goreng sotong mcm nih tp xde air..selalu goreng sotong letak kunyit tp air sotong keluar...dh mcm mkn sotong goreng kuah kunyit..hehe

Amie berkata...

Norhidana,
kan...senang, ringkas tapi dijamin sedap.
Rosa,
Alhamdulillah... tapi memang tonggang terbaliklah dapur hihihiiii.

Amie berkata...

Norliza,
waalaikumussalam.
Selepas dicuci, toskan sotong,
sebelum masukkan sotong dalam kuali, besarkan api dan jangan masak lama. Saya masak tak sampai dua minit, sotong lembut, dan tak berair. Selamat mencuba.