Sthamin Cafe Tawau
11:04 PTG
Masih ada gambar-gambar yang belum terpadam dalam memori HP. Walaupun gambar tak berapa jelas, tapi sekurang-kurang Amie dapat kongsikan info kepada anda yang ingin berkunjung ke Tawau, dan ingin menikmati hidangan yang lazat serta khidmat pekerja restoran yang cekap dan peramah serta terjaga kebersihan tempat makan. Kali ini Amie bawakan suasana makan yang santai di Sthamin Cafe yang terletak di Sabindo Square, Tawau.
Untuk menerangkan satu persatu makanan yang ditawarkan di sini memang tak menang tangan untuk menuliskannya. Datanglah ke sini dan lihatlah sendiri pilihan makanan dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Restoran ini agak luas, dan mempunyai ruangan berhawa dingin di bahagian dalam. Anda boleh pilih sama ada untuk makan di bahagian luar atau di dalam restoran.
Sehingga saat ini masih terasa-rasa betapa enaknya menikmati ikan siakap sos mangga!
Di sini, hidangan tidak terhad kepada makanan laut sahaja, tetapi fokus kami memang kepada makanan laut...hiks!
Harganya pun memang berpatutan dengan pilihan yang pelbagai.
Kebetulan Encik Suami mengambil Fuad di Airport Tawau dan terus ke bandar. Menyambut pulang anak bujang bercuti selama sebulan dari Johor ini, kami pun bawa makan di sini sebelum check in hotel.
Sebelah malamnya pula, Encik Suami sakit kepala manakala Fuad keletihan semalaman tidur di KLIA2. Semuanya ingin berehat termasuk Fairuz dan Firdaus. Jadi, Amie bersama rakan-rakan yang lain berjalan kaki dari Hotel King Park menuju ke Sthamin Cafe.
Oleh kerana terdapat banyak pilihan makanan laut, macam-macamlah yang kami pesan termasuk 2 ekor ikan siakap. Seekor masak kukus halia dan seekor lagi goreng sos mangga.
Malam itu, penuhlah meja kami dengan pelbagai hidangan laut, siap dengan air kelapa dan teh Cina panas.
Kami tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan
Harga makanan untuk 10 orang: RM355.50 sen.
Sebelum pulang ke LD, keesokan tengaharinya Amie bersama Encik Suami dan anak-anak singgah sekali lagi di sini untuk menikmati pelbagai dim sum yang sedap-sedap!
Sthamin Cafe sudah termasuk dalam senarai tempat yang kami minati sekiranya berkunjung lagi ke Tawau! Banyak hidangan lain di sini yang ingin kami cuba!
3 comments
kira murah la kak harganya tu, makanan pun macam2 terliur nengok segala seafood tuh...
BalasPadamudahla tak lunch lg... sedap betul nengoknya
port tuk makan dim sum kak....mmg x pegi tpt lain dah...kat sthamin jer..
BalasPadamwah nampak sedap fresh dari laut.
BalasPadam