Singgah Makan Tengahari di Restoran Puteri Nabalu
6:15 PTG
Ingin makan sambil santai-santai menikmati keindahan Gunung Kinabalu dan kehijauan di sekitarnya? Marilah singgah di Restoran Puteri yang terletak di 51, Jalan Tun Hussien Onn, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.
Jadi, dalam perjalanan dari Arnab Village di Ranau menuju ke Kota Kinabalu, kami singgah makan tengahari di Kundasang.
Kami sepakat untuk memesan steamboat, set untuk 4 orang.
Amie pernah tulis entri berkaitan di sini : Makan Steamboat di Puteri Nabalu.
Firdaus tak sabar nak masuk restoran!
Pemandangan dari tempat duduk kami. Kebetulan waktu itu suhu agak tinggi, eloklah berteduh.
Sementara menunggu pesanan tiba, belek-belek dahulu menu yang ditawarkan di sini.
ABC yang dipesan Firdaus tiba di meja.
Tidak lama kemudian set steamboat yang kami pesan pun sampai.
Jom makan.
Encik Suami memang cukup berselera kalau jumpa mee!
Masih seperti dahulu juga, dua jenis sup disediakan iaitu sup tom yam dan sup biasa. Dua-duanya sedap, dengan rasa yang sederhana. Kalau tak cukup rasa, boleh tambah garam dan perasa lain yang disediakan...hiks!
Amie suka tambahkan sambal tuhau di dalam hidangan.
Telur rebus pun Amie makan dengan sambal tuhau!
Selepas menjamu selera, kami sambung perjalanan lagi.
Jumpa lagi Puteri Nabalu!
0 comments