Makan Sushi dengan Abang Farid
7:51 PTG
Abang Farid memang tak menolak kalau dibawa makan di Sushi King. Suka sangatlah Firdaus bila dapat bersama Abang Farid. Keluarlah segala tingkahlakunya yang meminta perhatian daripada Abang Farid. Abang Farid pula rajin melayan karenah si kecil!
Kunjungan ke Kota KInabalu memang tak lengkap kalau tidak makan di sini. Kadang-kadang kami makan di Suria Sabah, kadang-kadang di 1Borneo. Kali ini sekali lagi kami makan di Suria Sabah.
Cuma, jumlah ahli keluarga pula yang tidak lengkap tanpa Fuad bersama!
Fairuz sudah tentu seronok kerana ada Abang Farid untuk lawan makan sushi!
Premium Salmon.
Egg Mayo.
Chicken Cheese Roll.
Encik Suami lebih suka makan Set Bento Sushi King. Yang lain pun ikut memesan set yang sama tapi lauk yang berbeza.
Wajah-wajah kesayangan hamba pada malam itu!
Dah kenyang semua?
Alhamdulillah.
Ada rezeki kita datang lagi ye.
0 comments