Mencari Sushi di Suria Sabah
8:21 PTG
Dari Seapark Condotel terus menuju ke Suria Sabah.
Seterusnya mengatur langkah ke Sushi King.
Kali ini hanya Fairuz dan Firdaus yang sibuk mencapai piring-piring sushi di conveyor.
Nampak tak sabar sungguh Firdaus nak makan Surimi Scallop.
Tiba-tiba rasa sayu hati mengenangkan anak-anak yang suka makan sushi. Masing-masing akan bertanya, piring warna apa boleh kami ambil? Maklumlah, harga sushi berbeza mengikut warna piring. Sekarang, hanya Fairuz dan Firdaus sahaja yang memilih piring sushi di conveyor, dan bebas mencapai sushi mana yang hendak dimakan.
Terakhir kami enam beranak makan sushi ketika konvokesyen Abang Farid di Bangi pada Oktober 2017. Teringat anak-anak berebut untuk mengambil piring Tsubukko atau Fish Roe.
Dari Surimi Scallop, Firdaus beralih selera ke Tempura Prawn pula.
Walaupun tidak berani menyentuh wasabe, tapi dipilihnya kicap cair dengan kicap manis!
Ini my takoyaki!
Mesti tak lepas peluang untuk memesannya!
Belajar dengan Fairuz...bubuh wasabe, tambah kicap mans dan kicap cair.
Celupkan takoyaki, dan terus masuk mulut.
Kesian Fairuz.
Tidak ada abang-abangnya untuk bersaing makan sushi!
Wokey!
Semua sudah kenyang makan di Sushi King.
Mari kita pulang.
Tak larat untuk menahan mata dari mengantuk.
Jom tidur Firdaus!
0 comments