Jom Berkenalan dengan Udang

12:59 PTG

Tak banyak nama-nama udang yang Amie ketahui. 
Jadi, Amie ingin kongsikan paparan berkaitan dengan udang, dan kalau sudi silalah bantu Amie untuk mengenali nama-nama udang. Kalau salah, harap diperbetulkan. Segala teguran dan komen yang diberikan sangat Amie hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Bila cerita tentang udang, sudah tentu terbayang keenakan rasa udang! Udang memang sedap, dan orang kata masak apa pun tetap sedap memang sudah sedia sedap...hiks! Teringat seorang kawan bercerita, kalau ayahnya beli udang, sambil membuang kulit udang dia akan makan isi udang mentah! Hasilnya, sebahagian masuk ke mulut, dan sebahagian lagi masuk ke mangkuk!
Huh! Lupakan itu....kerana tiba-tiba teringat sushi udang cecah wasabe, dan sos manis huhuhuuuuu!
Udang memiliki banyak manfaat jika dimakan seperti dapat menjaga kesihatan kulit, rambut dan kaki serta mampu mencegah anemia. Selain meningkatkan tenaga, udang juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan serta risiko hypothyro. Banyak sebenarnya khasiat dan manfaat memakan udang dan ia berita baik untuk penghidap thyroid kerana udang dikatakan dapat menjaga kesihatan kalenjar thyroid. Rajin-rajinlah bertanya Pak Google untuk mengetahui lebih banyak manfaat dan khasiat udang.
Walaupun udang sangat sedap untuk dinikmati, bersederhanalah dalam pengambilannya untuk diet yang seimbang kerana terlebih mengambilnya akan mendatangkan mudarat pula.
Elakkan pengambilan udang yang berlebihan kerana udang mengandungi merkuri. Penggemar udang juga akan berhadapan dengan risiko kolesterol yang tinggi! Bagi mereka yang alahan udang, elakkanlah dari memakannya kerana alergik akan menyebabkan pelbagai penyakit kulit yang membuatkan kita kurang selesa menjalani aktiviti harian. Arlegik memakan udang ini seperti mual, sakit kepala, muntah-muntah, gatal kulit dan sebagainya.
Jadi?
Kalau nak makan udang, makanlah seadanya!
Sesekali makan udang sewaktu BBQ atau steamboat pun okey juga.
Bagaimana dengan hidangan di rumah sendiri?
Bubuh saja beberapa ekor udang, masak bersama sayur-sayuran.
Cantikkan?

Belanja gambar adik ini (gambar diambil sewaktu kami berada di Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu). Katanya: Kak! Ambillah gambar saya. Diambilnya 2 ekor udang, dan dirapatkan kedua-duanya menjadi bentuk hati.
Agaknya apa nama udang yang dipegangnya itu?

 Ini udang bunga.
Nama udang bunga ini Amie dapat dari penjual udang di Pasar Ikan Tawau.

Mungkin ada nama lain bagi udang bunga ini. Warnanya pun berbeza dengan warna udang yang biasa Amie beli.

 Ini udang kertas.

Udang kertas merupakan udang yang paling Amie gemari kerana selain rasanya yang sedap, isinya juga lembut jika dibandingkan dengan isi udang harimau. Udang kertas saiz besar ini sedap sekali kalau dimasak singgang untuk mengekalkan rasa manisnya!

Pelbagai saiz udang kertas, ada yang kecil dan ada yang besar.
Harganya juga berbeza mengikut saiz tetapi Amie selalu berhati-hati sewaktu membeli udang kerana peniaga suka buat tipu muslihat dengan meletakkan saiz udang besar di bahagian atas dan di bawahnya udang bersaiz kecil. Ketika memasukkan udang ke dalam bekas plastik, peniaga akan mengambil di hadapannya yang memang bersaiz kecil! Amie lebih suka membeli udang di pasaraya kerana kita boleh memilih sendiri saiz yang disukai.


 Ini pula udang harimau!

Nampak tak beza warna gambar udang harimau di atas dengan udang harimau di bawah? Udang harimau di atas ialah udang harimau laut dan warnanya kemerah-merahan manakala udang harimau di bawah pula ialah udang harimau ternak atau udang harimau air tawar. Warnanya gelap, tetapi berubah merah apabila dimasak!

 Udang harimau ini, kalau dimasak lama akan sedikit keraslah isinya...hiks! 

Apa pun kalau dah namanya udang, keras sedikit tidak menjadi masalah kerana memang sudah sedia rasa sedap!

 Udang ini kulitnya agak keras berbanding udang kertas. Senang nak buang kulitnya yang agak kesat, dan berbeza dengan kulit udang kertas yang agak nipis dan licin.

 Wokey!
Belanja sekeping lagi adik ini dengan 2 ekor udang bentuk hatinya itu.
Lain kali kita cerita tentang udang lagi.

1 comments

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe