Pesta Kubis 2018 di Kundasang
10:22 PTG
Kebetulannya, pada pagi Jumaat bersamaan 7 Disember 2018, kami berhenti rehat di Kundasang untuk sarapan pagi setelah melalui perjalanan panjang dari Kota Kinabalu. Cuaca sangat panas terik walaupun ketika itu jam baru menunjukkan angka 10 pagi! Sewaktu mengisi perut terdnegar suara riuh nun sayup-sayup! Dan ketika bertanya kepada pelayan restoran, katanya ada Pesta Kubis selama 3 hari bertempat di Pentas Budaya Kundasang yang terletak di bahagian belakang gerai sayur.
Teruja mendengar "Pesta Kubis' kami pun bergerak ke tempat tersebut walaupun terpaksa meredah cuaca panas dan kereta pula terpaksa diletakkan jauh memandangkan tempat letak kereta sudah penuh.
Pesta Kubis ini sebenarnya merupakan cetusan idea mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee pada tahun 1997. Alahai.... cerita tentang Datuk Yong Teck Lee ini, sebenarnya beliau tidak asing lagi bagi kami. Rumahnya di sebelah sekolah kami (naik bukit sedikit), banyak pokok mangga, dan sekali-sekala muncul seekor rusa besar menjenguk hingga ke pagar sekolah! Ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah beliau pernah datang melawat ke sekolah kami dan telah menderma sejumlah wang untuk sekolah kami. Sudah tentulah sekolah kami banyak kenangannya, sebab beliau merupakan salah seorang murid di sini. Pada hari lawatannya, beliau sempat masuk ke sebuah kelas, dan menunjukkan bekas tempat duduknya ketika belajar dahulu.
Sekarang, kalau Amie masuk kelas tersebut (kelas itu sudah menjadi kelas khas di bawah pemantauan Amie) Amie akan beritahu murid yang duduk di bangku paling hadapan dan hujung sekali, bahawa tempat itu ialah tempat duduk mantan Ketua Menteri Sabah!
Berbalik kepada Pesta Kubis, tahun 2018 merupakan rahun ke 21 pesta ini diadakan.
Pesta Kubis di Kundasang ini sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan daerah Kundasang sebagai sebuah destinasi Pelancongan Agro, selain sebagai platform untuk membantu para petani tempatan meningkatkan hasil jualan sayur.
Pintu masuk ke Pentas Budaya dihias dengan longgokan kubis.
Bukan sekadar kubis yang dipamerkan, bahkan juga pelbagai jenis sayuran lain.
1. Tarian Etnik Sabah
2. Battle of The Band
3. The Voice of Pesta Kubis
4. Bintang Veteran
5. Voice of Junior
6. Duet Battle
Jom kita layan mata melihat suasana Pesta Kubis 2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 hingga 9 Disember 2018.
Setiap gerai mempunyai nama masing-masing.
Gerai Kampung Mesilou.
Gerai Kampung Dumparing Bawah.
Gerai Kampung Sinisian, dan banyak lagi.
Dapat juga menambah ilmu pengetahuan mengenali nama-nama kubis seperti picai panjang, Picai Jepun dan picai Cina.
Cuaca panas terik, membuatkan kami tidak dapat berlama-lama di sini.
Oh! Kundasang...
Dulu kau sejuk!
Kenapa sekarang semakin panas?
0 comments