ADSENSE

Khamis, 17 Januari 2019

Telur Ketam Goreng Bercili

Siapa suka makan telur ketam?
Jangankan telur ketam, telur sotong pun Amie suka...hiks!
Jom kita masak Telur Ketam Goreng Bercili. Nak makan dengan nasi atau nak ratah begitu saja pun boleh. Tapi kena ingat, ketam tinggi jumlah kolesterol. Jadi, telurnya pun sama juga. Makanlah seadanya, jangan banyak sangat. Kesihatan perlu diutamakan, sebab kolesterol yang tinggi tidak elok untuk jantung kita.
Telur ketam ini bukanlah Amie sendiri ambil dari ketam, tetapi beli di pasar tani di Tawau. Kalau nak kumpul telur ketam sendiri, jenuhlah entah berapa puluh cengkerang ketam kena korek!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
250 gram telur ketam 
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan hiris:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
10 biji cili putih
4 biji cili hijau
1 biji cili merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan hirisan cili merah dan cili hijau serta cili putih. Gaul rata sehingga cili layu.
3. Masukkan telur ketam. Kacau beberapa kali dan tutup kuali selama 3 minit.
4. Buka tutup kuali. Taburkan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Telur Ketam Goreng Bercili siap untuk dinikmati!

2 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Tak pernah jumpa pula orang jual telur ketam kat sini huhu. Tapi kalau telur sotong memang favourite saya. Itu pun jumpa dalam sotong je hihi

Kanda Satria berkata...

Boleh lihat Facebook Seafood Sabah Murah Banting

Tumpang sharing ya