Jalan-Jalan Tengok Arnab di Arnab Village Ranau
5:04 PTG
Entri tertunggak dari tahun lepas, 2018.
5 Disember 2018, tengahari panas lit lit!
Setelah berendam kaki di Kampung Luanti bersama ikan-ikan jinak, kami terus ke Arnab Village. Suka benar Firdaus bila ternampak arnab-arnab jinak berkeliaran di taman!
Eloklah bawa payung atau pakai topi kalau datang ke sini, kecuali kalau suhu rendah, waktu pagi atau mendung.
Untuk melawat arnab, kucing, hamster dan tanaman anggur bolehlah beli tiket Paakage Gold ini yang berharga RM15.
Firdaus sungguh teruja apabila melihat arnab di situ.
Riuh mulutnya suruh kami tangkap gambarnya bersama arnab. Katanya lagi, nanti hantar gambarnya bersama arnab kepada guru-gurunya... adeeeehhhh!
Mencari arnab yang sedang sembunyi.
Comel jew anak-anak arnab yang sedang makan.
Arnab di sini kebanyakannya bersaiz besar.
Di sini, bukan hanya tedapat arnab tempatan, tetapi juga arnab dari baka luar negara.
Saat paling menyeronokkan tentulah ketika memberi makan arnab yang berkeliaran di situ, atau boleh ke rumah arnab untuk memberinya makanan. Makanan arnab boleh dibeli di sini.
Beratnya!
Selepas memegang atau memberi makan arnab, bolehlah cuci tangan.
Kemudian kami masuk ke rumah kucing.
Keluar dari rumah kucing, belanja makan ais krim sebelum teruskan perjalanan melawat hamster.
Selain hamster tempatan, hamster dari luar negara pun ada di sini.
Rumah hamster pula mengikut asal negara masing-masing.
Hamster dari Turki.
Firdaus tidak takut dengan hamster!
Kita tinggalkan hamster, dan bergerak ke kebun anggur.
Sayangnya ketika itu anggur belum berbuah. Tidaklah banyak pokok anggur di situ, sekadar untuk kita kenal pokok anggur saja.
Yang ada ketika itu selain pokok anggur ialah pokok strawberi.
Jangan petik buah strawberi tu dik!
Wokey!
Dah puas tengok arnab, kucing dan hamster?
Kita teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.
0 comments