Dua Malam di Seapark Condotel, Tanjung Aru
7:23 PTG
Tidak dapat dipastikan, entah kali ke berapa belas atau berapa puluh kami menginap di sini sekiranya berkunjung ke Kota Kinabalu. Encik Suami tetap mempertahankan keputusannya bermalam di sini dengan alasan ada tempat letak kereta yang selamat sebab pada pukul 10:00 malam pintu pagar condotel ditutup!
Barangkali itu satu alasan kukuh mengapa suka sangat Encik Suami memilih tempat penginapan bertaraf 1 bintang ini.
Wokeeyyyy.... kita check in di Seapark Condotel yang terletak di Jalan Murni, Tanjung Aru, Kota Kinabalu City Centre, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100.
Kalau nak berjalan kaki ke pantai Tanjung Aru, tak sampai sepuluh minit.
Tempat penginapan ini juga berdekatan dengan Terminal Terbang Air Asia, dan hanya memakan masa 3 minit pemanduan. Untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula, sejauh 1.76 km sahaja. Plaza Tanjung Aru juga terletak berhampiran Seapark Condotel ini.
Kami memilih satu bilik 3 katil.
Nampak tak daun pisang menerusi tingkap kecil di hujung katil itu?
Bila ada dedaun hijau, bermakna suasananya pun tenang dan damai, jauh dar hurik-pikuk kota!
Besarlah pulak peti sejuk yang disediakan!
Boleh simpan minuman dan buah-buahan kalau beli banyak.
Pemandangan di atas, sudah tentu kita dapat bayangkan suasana lama sebab televisyen pun masih gaya tradisional...hiks! Apapun, ia bukanlah keutamaan kami sebab kebanyakan masa kami berada di luar, dan hanya kembali ke sini untuk merehatkan diri pada waktu malam!
Bilik air pun masih gaya lama, tetapi tetap dibekalkan air panas untuk mandi.
Seronok sungguh Firdaus di sini.
Mari dik!
Mandi, tukar baju!
Seharian tak bersihkan badan, dari sungai masuk ke taman arnab pula!
Mari dik!
Mandi, tukar baju!
Seharian tak bersihkan badan, dari sungai masuk ke taman arnab pula!
Jom, tinggalkan bilik.
Kita ronda-ronda Kota KInabalu.
0 comments