Saat Aku Kehilanganmu!
10:12 PG
Walaupun si dia telah hilang dari pandangan mata, namun tetap sentiasa di hati. Kami terlalu rapat, dan jasanya juga terlalu banyak! Dia sangat membantu merealisasikan hobi Amie. Menghasilkan ribuan gambar masakan dalam blog dan ratusan gambar resepi untuk disiarkan dalam majalah masakan. Dia dibawa ke mana sahaja, di dalam dan luar negara dan turut mengembara sehingga ke Bosnia, Australia, Turki, Indonesia, Korea, India dan China.
Akhirnya aku kehilanganmu.... Kamera DSLR jenama NIKON dalam satu peristiwa curi pada 19 Januari 2019!
Gambar kenangan terakhir bersama si dia ketika bercuti di Pulau Mabul pada November 2018. Bagaimana pun Amie tidak mahu terlalu mengenangnya, kerana akan menyelinap rasa sedih di hati! Tambahan pula, selepas peristiwa kelmarin, tak dapatlah Amie mengambil gambar masakan dan berkongsi resepi seperti kebiasaanya!
Pagi kelmarin, dua orang anggota polis mengambil gambar dan bukti keterangan di rumah kami yang dimasuki pencuri.
Ketika Encik Suami turun ke bawah, dia terpandang dompet Amie terbuka di atas meja, bersebelahan dengan beg tangan yang juga terbuka. Katanya, kenapa Amie biarkan dompet terbuka?
Amie ambil dompet dan meneliti isinya. Kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM tidak terusik, tapi semua duit (lebih kurang RM70 lebih hilang tidak tinggal seringgit pun). Pada masa ini Amie syak ada pencuri masuk rumah!
Encik Suami terus naik semula ke tingkat atas, dan mendapati telefonnya yang sedang dicas juga hilang. Sangka Encik Suami, Fairuz yang mengambil telefon tersebut. Apabila Encik Suami mengambil seluarnya yang terletak di meja tempat sterika, didapati dompetnya tiada. Setelah beberapa minit mencari, Encik Suami terjumpa dompetnya terlempar di tangga dan kesemua wang di dalamnya yang berjumlah melebihi RM230 turut hilang .
Setelah menunaikan solat Subuh, kami kembali bertenang dan memeriksa segenap ruang yang didapati agak bersepah diselongkar pencuri. Kemudian Encik Suami bersama Fuad membuat laporan di balai polis.
Selain kamera DSLR, kami turut kehilangan 2 buah laptop. Sebuah laptop jenama ASUS baru dibeli tiga minggu lepas milik Amie diangkut sekali! Resit pembelian yang akan Amie gunakan untuk mendapatkan pelepasan cukai LHDN juga tersimpan di dalam beg laptop yang dicuri itu! Selain kehilangan seutas gelas emas, kami juga kehilangan 3 buah telefon. Dan, setelah laporan dibuat baru disedari kesemua matawang yuen turut hilang. Disember 2018, Amie ke China dan baki lebih 270 yuen Amie simpan dalam beg sandang, yang turut dibawa bersama barang curian lain.
Pencuri yang masuk melalui tingkap tertinggal kasut di dalam rumah kami.
Ketika ipar duai kami datang pada pagi kelmarin, dan duduk di ruang tamu bersebelahan tingkap tempat pencuri masuk, terasa seperti ada pasir halus. Amie minta Fairuz sapu dan tiba-tiba terpandang sepasang kasut pencuri di bawah sofa. Kawan-kawan kata biasanya pencuri yang menggunakan ilmu pukau akan menabur pasir kubur di dalam rumah. Wallahua'lam.
Atas saranan rakan-rakan. kami cuba mengesan lokasi telefon (bersama barangan lain dan pencuri) melalui aplikasi Google Find My Device. Fairuz berjaya mengesan telefonnya, dan ketika itu didapati pencuri tersebut sedang mengecas telefonnya. Rupanya telefon Fairuz sudah kehabisan bateri. Sekali lagi kami meminta bantuan polis untuk ke tempat tersebut.
Lokasi pencuri tersebut terletak di area XX XXXXX yang terkenal sebagai kawasan hitam di daerah Lahad Datu. Fuad turut serta bersama 4 anggota polis menyerbu ke kawasan tersebut. Sayangnya ketika tiba di lokasi, pintu rumah kelihatan terbuka dan pencuri sudah meninggalkan tempat tersebut.
Menurut polis, mereka pernah menyerbu rumah tersebut (rumah yang sama) sebelum ini dan sebaik sahaja tiba, memang rumah tersebut kosong. Menurut Fuad, memang dia sendiri melihat orang-orang di situ seolah-olah tahu serbuan akan dibuat, dan memberi isyarat kepada pencuri untuk beredar. Pada masa yang sama lokasi telefon juga tidak dapat dikesan.
Petang kelmarin selepas solat Asar, ipar duai datang ke rumah solat hajat dan beramai-ramai membaca yasin. Semoga usaha ini dapat meringankan beban dugaan kami sekeluarga. Malam tadi, usaha untuk mengesan telefon Fairuz (lokasi) diteruskan tetapi tidak mendapat sebarang petunjuk.
Ketika pencuri masuk, menyelongkar di tingkat bawah dan naik ke tingkat atas kami sekeluarga tidur nyenyak. Fairuz dan Fuad meninggalkan tingkat bawah lebih kurang pukul 2 lebih dan masuk ke bilik masing-masing. Pintu bilik Fairuz terbuka dan pintu bilik tidur kami juga sedikit terbuka. Lampu memang dipasang di ruang bawah dan ruang atas. Pintu bilik Fuad tertutup, dan syukurlah laptop dan telefon Fuad ada bersamanya dan pencuri tidak masuk ke bilik Fuad. Fairuz yang berjaya mengesan melalui komputer, mendapati telefonnya mula bergerak dari rumah kami (ke lokasi di XX XXXXX) pada pukul 2.26 pagi!
Kami duduk berbincang seisi keluarga:
Syukur Alhamdulillah kami semua selamat.
Syukur Alhamdulillah kami semua tidur lena sewaktu kejadian.
Katakan salah seorang daripada kami terjaga dan menyedari kedatangan pencuri, tidak tahulah apa tindak balas yang akan berlaku. Ya Allah! Kami tidak sanggup memikirkan perkara selebihnya. Wang dan harta benda boleh dicari, tapi nyawa tidak ada gadai gantinya.
Menurut polis, pencuri yang masuk ke rumah kami lebih seorang!
Sekian.
Kisah yang mampu ditulis di pagi minggu yang suram.
12 comments
Semoga dipermudahkan urusan, Amie. Seram PH baca post ni. Syukurlah Amie sekeluarga selamat.
BalasPadamtakziah akk..sy doakan akak sekeluarga dlm lindungan Allah s.w.t dan dipermudahkan urusan berkaitan..amin
BalasPadamBahaya betul...berani mereka menceroboh time tuan ada di rumah.Nampak sangat pro sebab tak dengar bunyi bising.
BalasPadamMujurlah kak amie sekeluarga tak apa2...Alhamdulillah semua selamat.Barang hilang, ada rezeki boleh diganti baru kan....semoga pencuri ni ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal
PH, bila dikenang memang menakutkan.
BalasPadamNorliza,
Aamiin ya Allah.
Lina,
betul tu, dah biasa buat kerja begitu.
syukur pn Amie sekeluarga tidak diapa2kan, seram & takut mdengar, semoga pn Amie tabah dan pencuri2 ini dpt diberkas dgn kadar segera.
BalasPadamUnknown,
BalasPadamye, betul tu...walaupun tidak diapa2kan, tapi memang masih rasa seram sejuk, mungkin ambil masa untuk hilangkan trauma.
takziah kak amie..
BalasPadamYa Allah nasib baik Allah melindungi amie sekeluarga. Tapi bila mengenangkan barang yang di curi rasa geram je. Orang lain penat berusaha untuk mendapatkannya sang pencuri senang je mencuri padahal kat malaysia ni kalau kerja halal je pun dah boleh hidup. Ni jenis nak senang tapi menyusahkan orang. Grrrr geram je species manusia macam tu.
BalasPadamShahida,
BalasPadamye, redha atas kejadian.
Notie,
Memang rasa sedih kenangkan barang yang dicuri, tapi bila memikirkan kami sekeluarga tidak diapa-apakan, syukur seribu syukur kepada Allah Taala.
Pasang lmpu sensor depan rumah Dan belakang. Dan pasang timer satu lampu bedside Di ruang tamu.. biar bernyala selepas midnight .on sejam PADA . Lepas Tu off Dan on 15 mins. Padam.lepas Tu on setengah jam.. Dalam jul 2.30pagi.. Lepas Tu of 340..
BalasPadamPastikan tingkat tutup langsir bila takde rumah.. Dan kalau Ada pasang lace...
Semoga semua selamat.kalau luar tingkap.letak pasu pokok Ros,Bunga kertas, limau purut.mengelilingi tingkap. Pasang sensor light above tingkap wall on first floor.
https://www.lelong.com.my/sfl-20w-motion-sensor-led-spot-flood-light-hnlmarketing-I5714734-2007-01-Sale-I.htm?list_type=
BalasPadamhttps://www.lelong.com.my/outdoor-ip44-waterproof-pir-motion-sensor-light-switch-tbs2u-I2566475-2007-01-Sale-I.htm
https://www.lazada.com.my/products/ikea-40055420-lampan-simple-and-sweet-table-lamp-white-i104706988-s105962176.html?spm=a2o4k.searchlistcategory.list.14.49b0120489GmW0&search=1
https://www.lelong.com.my/outdoor-ip44-waterproof-pir-motion-sensor-light-switch-tbs2u-I2566475-2007-01-Sale-I.htm
https://shopee.com.my/Programme-Digital-Timer-Socket-Plug-(SIRIM-APPROVED)-i.8158763.68206878
Utk side lamp kat bawah Dan atas. Nika MLM dah tidur Dan bila travel.
G,
BalasPadamtq perkongsian tips.