Sotong Tumis Sambal Belacan Yang Sedap!
6:25 PTG
Assalamualaikum.
Tak dapat cerita panjang sebab sakit gusi.... aduhai! Bengkak pipi den!
Terus kepada isi cerita, Sotong Tumis Sambal Belacan.
Encik Suami dan anak-anak kata sedap, maka jadilah tajuk resepi Sotong Tumis Sambal Belacan Yang Sedap!
600 gram sotong - bersihkan - buang mulut dan mata - potong ikut suka - cuci dan toskan - perap seketika dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit - ketepikan
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 tangkai cili hijau - hiris
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
2 cm belacan
30 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar / tumbuk hingga pecah minyak menggunakan api perlahan.
2. Besarkan api dapur. Masukkan serentak sotong, bawang besar dan hirisan cili hijau.
3. Masak selama 2-3 minit sahaja.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
2 comments
Waduh sedapnye amie sotong belacan ni. Terliuq sehh!
BalasPadamNak cuba la masak macam ni nanti...
BalasPadam