Jom Masak Bubur Jagung!
9:17 PTG
Setiap kali pulang kerja, terpandang jagung segar bergantungan di gerai tepi jalan. Selalu berangan untuk membelinya, dan masak bubur jagung. Akhirnya terlaksana juga hasrat tersebut. Selain jagung, ada juga keledek, ubi, cili, labu, terung dan sebagainya. Amie beli 5 batang jagung manis yang sudah dibuang kulit dengan harga RM5.
Seperti biasa, kalau kita sedang masak sesuatu di dapur, anak-anak akan menyerbu bila terhidu aroma masakan. Terima kasih anak-anak, kerana tidak cerewet untuk menikmati apa jua hidangan yang Mommy sajikan.
Jom, kita lihat resepinya di bawah ini. Amie gunakan 3 batang jagung manis di campur dengan 1 cawan beras bario. Tidak jadi masalah kalau nak gunakan beras biasa atau beras wangi.
Bahan-bahan:
3 batang jagung manis - hiris nipis
500 gram daging ayam - potong kecil-kecil
1 cawan beras bario
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan - tumbuk kasar
2 helai daun pandan
2 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 batang leek - hiris nipis
2 liter air
1 1/2 cawan santan pekat
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
Hirisan jagung manis.
Beras bario.
Cuci dahulu, kemudian toskan airnya.
Kalau nak gunakan kaki ayam pun boleh.
Tumbuk kasar-kasar sahaja udang kering ini.
Amie kisar 3 ulas bawang putih bersama 5 biji bawang merah dan 2 cm halia. Gambar di atas tu terlebih kupas...hiks!
Gunakan santan segar untuk dapatkan aroma yang lazat!
Leek, sebagai pelengkap. Sebaiknya bubuh bawang goreng, daun sup dan daun bawang ketika menghidangkan.
Seperti biasa, Amie akan sediakan kicap lada untuk menambahkan keenakan bubur jagung! Cili padi, bawang putih ditumbuk / kisar dan tambahkan kicap manis pedas Mahsuri.
Untuk rasa lebih mengancam, perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.
Cara memasak:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali leek, santan, garam / gula / perasa pilihan.
2. Masak sehingga beras hancur dan daging ayam empuk.
3. Masukkan santan, garam / gula / perasa pilihan.
4. Akhir sekali taburkan leek dan kacau sekali dua.
5. Hidangkan panas bersama kicap lada.
2 comments
masa baca tajuk akak, dana terbayang bubur jagung manis tu... bila dh tengok nih, wahhh bubur jagung yg masin ngn nasi... best jugak nih
BalasPadamjagung ni masuk dlm manisan sedap, dlm masakan souvery pun sedap kan
Semalam dah beli semua bahan..ptg ni nak masak
BalasPadam