Sambal Tempoyak Durian Merah
8:25 PTG
Esok pagi akan berangkat ke Tawau, menghadiri mesyuarat selama empat hari.
Sementara ada kesempatan, belek-belek folder dan bolehlah tulis entri sebelum mata mengantuk.
Masih lagi cerita tentang durian merah.
Kali ini Amie kongsikan Sambal Tempoyak Durian Merah.
Isi durian merah yang lemak ini, memang sedap bila ditumis dengan cili padi dan belacan seperti yang Amie pernah masak sebelum ini, tapi kali ini Amie tumis dengan cili padi dan udang kering pula. Memang sedap bila makan nasi dengan sambal durian merah, apalagi ditambah dengan ikan goreng atau ikan masin!
Sambal durian merah ini kalau tidak dibubuh belacan atau udang kering pun, rasanya masih sedap!
1 cawan isi durian merah
4 sudu besar minyak
1 labu bawang besar - cincang
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga wangi.
3. Kemudian masukkan durian merah, garam / gula / perasa pilihan.
4. Perlahankan api.
5. Biarkan isi durian merah hancur, dan sambal masak sehingga terbit minyak.
6. Padamkan api dapur.
0 comments