Durian Merah
7:22 PTGJumpa lagi dengan kisah durian merah.
Minggu lepas, dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, beberapa kali melewati gerai-gerai durian merah di kiri atau di kanan jalan Telupid menuju ke Ranau.
Mudah-mudahan dalam perjalanan pulang ke LD beberapa kemudiannya nanti, masih ada lagi durian merah yang diikat bergantung-gantung.
Alhamdulillah, rezeki masih memihak kepada kami. Walaup[un hari sudah menjelang petang, anak-anak semua tertidur di kereta kerana kepenatan mengunjungi ikan dan arnab di Ranau, kami berdua dengan Encik Suami menyeberang jalan menuju ke beberapa gerai durian merah.
Sekilogram durian merah berharga RM20, dan tidak boleh tawar-menawar lagi. Syukurlah, kerana adakalanya harganya boleh mencecah RM35 sekilogram.
Dua hari kemudian, baru teringat durian merah belum dibuka!
5 kilogram durian merah terletak di sudut dapur!
Sibuk punya pasal, sampai terlupa kehadiran durian merah.
Durian merah ini berbeza dengan durian yang kita biasa makan. Durian merah tidak mempunyai bau! Itu pasal, duduk saja dia diam-diam tak beri sebarang isyarat kepada kita yang semakin hari semakin pelupa ini......hiks!
Inilah rupa durian merah yang sudah terbuka kulitnya. Sewaktu kami beli, memang durian ini sudah merekah. Ini menunjukkan duian tersebut sudah masak atau cukup matang.
Saiz sebiji durian merah tidaklah begitu besar.
Ketika Amie sedang mengeluarkan isi durian merah dari kulitnya, Encik Suami masuk dapur. Katanya, masaklah durian merah tu buat sambal. Katanya, sedap kalau makan dengan ikan goreng. Masak dengan bijinya sekali, kata Encik Suami.
Oleh kerana ketika itu Amie sedang memisahkan isi durian dari bijinya, memandangkan hari sudah menjelang petang dan tiba waktu makan malam, jadi Amie pun ambillah beberapa biji untuk dimasak.
Inilah hasilnya setelah isi terpisah dari biji daripada 5 kilogram durian merah. Tak banyak pun! Tak sampai 700 gram!
Dan inilah hasilnya sambal durian merah yang Encik Suami minta. Amie masak seperti sambal tumis belacan. Amie gunakan isi dari sebiji durian merah, tumis sekali isi dengan biji sehingga tanggal isi durian, dan terbit minyak.
Sedap pulak rasa sambal durian merah ini!
Encik Suami kata, inilah tempoyak.
Tempoyak?
Durian merah di sini dipanggil tempoyak, katanya.
Jadi tempoyak yang selalu kita makan tu? Tempoyak yang diperam dari isi durian itu?
Itu tempoyak orang Malaya.
Ooohhh... rupanya tempoyak di sini bermaksud durian merah.
Tempoyak kita pula ialah tempoyak dari isi durian yang ditambah dengan garam yang kita selalu makan itu.
Walaaaaa..... baru tahu!
2 comments
Nampak canti isinya.
BalasPadambelum pernah makan r rasa lagi durian merah ni.
wahh nampak menarik.. tak pernah lagi makan durian merah
BalasPadam