Menjamu Selera di Chicken Rice Shop
10:02 PTG
Cerita jalan-jalan cari makan lagi.
Masih berlegar di sekitar Kota Kinabalu.
Malam kedua kami di sana.
Dan sudah semestinya kami berkunjung lagi ke Chicken Rice Shop di Suria Sabah. Walaupun ulang-alik ke 1Borneo, keluar masuk Plaza Shell dan banyak lagi mall lain, tapi ke sini juga kami duduk makan.
Agaknya apa sebenarnya yang membuatkan seorang pelanggan itu mengulangi semula tempat makan yang sama? Pertama sudah tentulah sebab hidangannya yang menepati selera. Kedua, sudah pasti layanan yang baik dari pekerja selain tidak perlu menunggu lama untuk menerima pesanan!
Barangkali, apa yang Amie sebutkan itu ada direstoran ini, jadi Encik Suami dan anak-anak tidak berfikir dua kali untuk terus melangkah ke sini.
Sementara menanti hidangan set family tiba, ambil dahulu gambar-gambar yang cantik dalam katalog.
Alolooo.... Firdaus dah mula menguap!
Bila ditegur, dia nampak segar semula.
Tapi nampak matanya makin layu.
Sabar ye dik. Sebentar lagi hidangan tiba. Minumlah dulu.
Ohoooo...
Memang penat sungguh Firdaus.
Maklumlah di siang hari asyik berlarian ke sana ke mari, tak tidur langsung!
Akhirnya pesanan pun mula tiba ke meja. Didahului dengan ayam kukus.
Dan ayam panggang, seperti yang diminta Firdaus.
Firdaus tak sabar nak merasa sup!
Seperti biasa, untuk merasa sesuatu makanan, tangan si kecil ini mesti cuit-cuit sikit dulu! Kalau sesuai dengan citarasanya, dia akan makanlah. Kalau tidak, dia biarkan sahaja.
Sebahagian besar hidangan Family Set tiba di meja kami.
Apa agaknya kata Firdaus dalam hati?
dan satu lagi hidangan ayam panggang.
Ada semangkuk sup bebeola ikan dengan sayur sawi.
Tauhu lembut, dengan kuah yang sedap dan taburan udang kering serta bawang goreng dan juga hirisan daun bawang.
Kerabu mangga ini sangat sedap sehingga Encik Suami terlupa orang sebelah! Habis diratahnya sendiri...hihihiii!
Tidak ketinggalan sayur taugeh.
Dan pie tie yang sedap!
Bismillah.
Crispy Wanton ini pilihan tambahan yang Amie pesan.
Isinya penuh dengan ayam!
Dan juga popia, pesanan tambahan, kegemaran Firdaus!
Biasanya kalau tak makan nasi, Amie datang ke sini untuk makan pie tea dan wantan sahaja! Sedap weh!
Segar-bugar mara Firdaus.
Dah selesai makan nasi, dia makan popia kegemaran pula.
Jangan ada sesiapa berani ambil popia dia tau...riuh nanti satu mall dengan suaranya!
2 comments
Pagi2 PH dah tersenyum lihat wajah Firdaus. Comel sangat! Wah, sedap2 makanan kat Chicken Rice Shop ni. Nampaknya lain kali kena order extra kerabu mangga. One each LOL!
BalasPadamAssalamua’laikum Mie, aduh banyaknya order
BalasPadamPatutlah lambat sampai penuh meja you!!
Tapi kalau habis ok lah hehe
Asalkan tak membazir ye dak!!