Jalan-Jalan Cari Makan di Pasar Tamu Kundasang
11:07 PTG
Alhamdulillah.
Berkesempatan melihat-lihat suasana Tamu Kundasang (Pasar Kundasang) yang dibuka pada setiap hari Jumaat, selepas melawat Pesta Kubis di Pentas Budaya. Sampai di Tamu Kundasang, sudah tentulah ingin melihat sesuatu yang berbeza terutamanya makanan yang dijual.
Setelah menikmati nasi linopot (nasi yang dibungkus dengan daun di D'Place Kota Kinabalu), kini kita sama-sama lihat linopot yang dijual di tamu pula.
Nasi linopot yang dibungkus daun wanihan dijual dengan harga RM1 setiap bungkus.
Nasi linopot dijual bersama lauk-pauk yang terdiri daripada sayur-sayuran, ikan bilis, tuhau dan sebagainya.
Amie beli sejenis kuih yang dibungkus dalam daun pisang. Menurut penjual kuih tersebut, nama kuih ini kuih pisang. Tapi (dalam perjalanan dalam kereta) bila Amie buka, isinya pulut pula! Rasanya manis, dan sedap.
Ini pula tapai pulut, dengan harga RM1, canti tersusun dalam bungkusan daun pisang.
Kuih jagung, kata penjual kuih ini.
Amie pun beli, nak cuba!
Kelupis.
Banyak makanan yang dijual di sini termasuk nasi lemak, nasi ayam dan pelbagai jenis makanan segera seperti burger dan goreng-gorengan.
Tidak ketinggalan pelbagai jenis kuih-muih moden.
Jeruk tuhau dan serunding banyak dijual di sini.
Amie beli juga crepe durian dan bingka ubi kayu berkeju.
Kuih-kuih ini Amie beli sebagai bekalan dalan perjalanan dari Kundasang ke Lahad Datu.
3 kali Amie tanya penjual kuih ini, katanya ini kuih jagung.
Amie tanya lagi, tidak adakah nama lain dalam bahasa tempatan.
Jawabnya, memang namanya kuih jagung!
Jom kita lihat isi kuih jagung ini.
Setelah Amie kongsikan di FB, dan meminta pandangan rakan-rakan tentang kuih yang unik ini, dapatlah Amie tuliskan sedikit perkongsian mengenainya. Kuih ini dimasak di dalam buluh yang sudah dikupas kulitnya. Pada mulanya Amie teragak-agak tentang benda selinder ini, ia lembut seakan-akan batang tebu dikupas! Permukaan kuih ini ditutup dengan kulit jagung.
Pemandangan di bahagian bawah kuih.
Setelah penutup kuih dbuka.
Inilah isi kuih jagung, rasanya manis-manis manja dan lebih kurang sama seperti pais jagung yang pernah Amie buat dengan menggunakan kulit jagung di sini : PAIS JAGUNG.
Respon daripada rakan FB juga menyebut kuih ini sebagai kuin bakik @ biakik , bamban jagung dan pais jagung tetapi caranya berbeza. Apa pun, kuih jagung ini memang unik! Bukan kerja mudah untuk memasak kuih ini di dalam buluh yang dikupas!
0 comments