Kelas Biskut Raya 2019 Kak Yong's Cookies
9:56 PTG
Assalamualaikum semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen yang disayangi.
Harap semuanya sihat dan ceria sepanjang hari.
Ahamdulillah, malam ini dapur maya Amie kembali ceria dengan perkongsian gambar pelbagai jenis biskut raya yang Amie pelajari sepanjang hari.
Alhamdulillah, setelah menanti kesempatan untuk meluangkan masa menghadiri kelas masakan, nampaknya hari ini tertunailah segala impian. Lama sungguh tidak menguli tepung dan berpanas dengan oven!
Terima kasih kepada tenaga pengajar kami, Puan Hajjah Zuraidah Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Kak Yong @ KAK YONG'S COOKIES. Terima kasih tidak terhingga buat teman sekerja, Cikgu Warite yang telah beberapa kali mengajak Amie untuk datang ke kelas ini, dan akhirnya pada hari ini segalanya telah terlaksana. Seawal pukul 8:30 pagi Cikgu Warite mengambil Amie dari rumah dan bersama-sama ke Kelas Biskut Raya Premium Modul 1/2019 di kediaman Kak Yong.
Jom jamu mata, hasil tangan kami para pelajar seramai 17 orang yang telah meluangkan masa dari pukul 9:00 pagi sehingga hampir menjelang 5:00 petang menimbang sukat, mengadun dan menguli serta mencanai biskut sehingga tidak sedar hujan turun sepanjang hari!
Inilah hasilnya biskut raya yang kami pelajari.
Cantikkan?
Bukan setakat cantik pada pandangan mata sahaja tau!
Rasa biskut-biskut ini sungguh sedap!
Bawa pulang ke rumah, anak-anak dan Encik Suami kata semuanya sedap!
Antara biskut yang kami pelajari termasuklah Biskut Bangkit Cheese.
Shortbread Gajus.
Cadbury Butterscoth.
Sweet Chocolate.
Biskut Oat Susu.
Berhenti rehat dahulu eh...
Sebelah paginya, sebelum memulakan aktiviti, Kak Yong menjamu kami sarapan pagi. Terima kasih banyak Kak Yong! kak Yong sediakan kek pandan, mee hoon goreng dan juga kuih pais pisang.
Alhamulillah. Rezeki Allah. tengaharinya pula kami dijamu dengan hidangan laut yang enak-enak belaka. Ada ketam, ikan, udang, lokan dan juga ayam. Macam-macam lauk yang disajikan! Terima kasih banyak Kak Yong kerana sangat menjaga kebajikan kami.
Wokey....
Sambung belajar yeaaa...
Ini apa?
Ini Biskut Bangkit Cheese.
Ini pula biskut apa?
Ini Sweet Chocolate, dan bahan adunannya termasuklah Nabati Chocolate yang dikisar halus.
Ini apa pula?
Sama saja, Sweet Chocolate cuma lain acuan. Sapuan atas biskut dibubuh lebih sedikit, tu pasal nampak putih lebih tebal.
Wah!
Seronoknya dapat melihat hasil tangan sendiri!
Sekarang kita sambung belajar buat Biskut Bangkit Santan pula.
Mula-mula datang pagi tadi, kami buat Biskut Bangkit Cheese, selepas makan tengahari kami buat Biskut Bangkit Santan pula.
Teruja melihat permukaan Biskut Bangkit Santan mula merekah di dalam oven!
Bukan saja cantik, tapi cukup sedap!
Tiba masanya untuk membuat Cube Tart.
Mari kita siapkan adunan.
Inilah rupa bentuk Cube Tart. Inti jem nanas.
Simpan dahulu dalam peti sejuk eehhh!
Heheee.... apron bersalut tepung!
Ini menunjukkan pelajar begitu aktif di dalam kelas masakan...hiks!
Wokey, Cube Tart sudah siap disapu kuning telur.
Cube Tart yang sempurna sudah tentunya ayang berbentuk empat segi, dan tidak terkeluar intinya.
Maafkan kami, kerana ada cacat cela Cube Tart itu....ahaks! Adalah dua tiga biji terkeluar inti sikit....ngeee!
Wokey....
Teruskan dengan membuat adunan Makmur Oreo.
Makmur Oreo yang ditambah badam nib ini sudah siap bersalut susu tepung dan gula icing.
Baiklah, sekarang kita belajar buat Tart Sarang Semut pula. Sediakan dahulu adunan untuk shell tart.
Parutan adunan semut sudah memenuhi sarangnya yang berwarna coklat!
Jom masukkan dalam oven.
Wokey!
Boleh tanggalkan Tart Sarang Semut dari acuan!
Berehat seketika setelah beberapa jam berdiri membuat biskut.
Jom teruskan kerja... kita belajar buat Butter Cookies Onde-Onde Gula Melaka pula.
Wah!
Cantik warna hijaunya!
Alolooo... Butter Cookies Onde-Onde Gula Melaka sudah dihias dengan kelapa Hawaiian dan gula Melaka.
Inilah hasilnya.
Yuhuuu...
Senangnya dalam hati.
Dapat belajar buat biskut.
Walaupun hujan sepanjang hari, tapi rasa gembira melihat hasilnya.
Di akhir kelas, Kak Yong menyerahkan sijil penyertaan masing-masing.
Terima kasih Kak Yong.
Terima kasih rakan sekelas!
Jumpa lagi!
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas masakan di bawah kelolaan Kak Yong, bolehlah berkunjung ke FB beliau di sini : KAK YONG'S COOKIES
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas masakan di bawah kelolaan Kak Yong, bolehlah berkunjung ke FB beliau di sini : KAK YONG'S COOKIES
Sekian.
Perkongsian cerita pada hari minggu, hari hujan sepanjang hari.
6 comments
Memang hebat dan handal..tahnia ..
BalasPadamNak tau oven itu brand apa dan modelnya, boleh share?
BalasPadamwah tart cube tu nampak senang je. Acuan dia kat mana ya nak dapat. Tenguk biskut terus ingat nak raya. Tapi belum puasa boleh lah rasa dulu ye. yum yum
BalasPadamEtuza,
BalasPadamterima kasih, sekadar menambah ilmu.
Beauty Story,
ada beberapa buah oven digunakan, dan berlainan jenama. Tak perasan pula brand dan model apa.
Notie,
Heheee... tak tanyalah pulak mana dapat acuan tu, tapi kalau di bakery shop tentu ada.
Kak class will coming d mana
BalasPadamBoleh klik FB Kak Yong's Cookies untuk ikuti perkembangannya : https://www.facebook.com/kakyong.cookies
BalasPadam