Perjalanan Darat Lahad Datu - Kota Kinabalu - Menumbok - Labuan
2:42 PTG
Hantar Fuad ke Labuan dengan jalan udara, memang lebih memudahkan. Cepat tapi penerbangan sangat terhad. Pergerakan kita pun ikut sama terhadnya! Sampai Kota Kinabalu tak boleh nak merayap, sampai ke Labuan lepas urus pendaftaran Fuad, terpaksa menunggu semula di airport untuk terbang balik ke KK dan terbang lagi ke LD.
Dekat nak raya pula tuu...
Sebaiknya sambil menyelam minum air! Kenyang juga! Kalau terbang makan angin... kembung pulak! Walaupun sudah terbayang keletihan ikut jalan darat, tapi banyak perkara kami boleh lakukan! Yang pertama... syukur Alhamdulillah, CRK diluluskan selama 2 hari. 1 hari perjalanan pergi, dan satu hari perjalanan kembali. Naik kapal terbang pun sama juga, tak sempat balik hari! Kena bermalam juga sama ada di Labuan atau Kota Kinabalu. Sabah tak ada cuti sempena Nuzul Al-Quran. Dan kebetulannya pada hari yang sama kita berangkat, hari Rabu, 22 Jun 2016.
Lebih kurang pukul 6.40 pagi kami bertolak dari Lahad Datu. Kami perlu menempuh perjalanan darat sejauh 404 km. Kena hati-hati semasa memandu, sebab jalan bukannya lurus. Selain berbukit bukau, selekoh tajam perlu dilalui terutamanya sepanjang perjalanan dari Telupid ke Ranau - Kundasang dan seterusnya ... kami berehat seketika di Kundasang, dan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Tepat pukul 1.50 petang kami sampai di lobby TH Hotel. Menginap di situ lagi... sebab itulah antara hotel yang Encik Suami suka. Katanya... banyak tempat letak kereta disediakan!
Selesai urusan masuk hotel, solat jamak .... musafir kan! Turun ke lobby... tempah menu berbuka puasa ala carte di Souq Garden Cafe. Kemudian kami keluar...
Oh..ya! Sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, cuaca mendung. Redup saja. Gambar pun nampak kelam jew...
Tiga minggu lepas datang sini, tak sempat turun pasar sebab hujan. Nak ke mana? Tak kan masuk pasar ikan kot hihihiii.... Kalau dah nampak Hotel Le Meridien tu, di depannya macam-macam ada. Pasar ikan kering termasuklah udang kering dan segala yang kering-kering. Kuih dan keropok pun ada di jual di situ.
Nampak replika ikan todak tu, maju sajalah ke hadapan sikit... jumpalah macam-macam juga hihihiii... Nak cerita, panjang berjela. Marilah datang sini.
Singgah pasar kraftangan kejap.
Nak cari apa?
Carilah apa yang patut.
Minggu depan balik kampung.
Dah lama tak bawa oleh-oleh untuk ipar duai dan anak buah.
Rembatlah mana yang sempat... butang baju bertatah mutiara ke... kerongsang mutiara ke....
Kesian ...
Boring kot tunggu kita pilih-pilih entah hape2 kat dalam tu....
Di tangan Fuad tu ada kerongsang kita. 4 pasang semuanya.
Esoknya, kita sempat singgah lagi... adeeehhh! Nak nanges! Kerongsang yang kita beli tu dapat separuh harga di gerai kraftangan lain ( di situ juga). Alhamdulillah... dengan harga itu, dapatlah beli lebih untuk 'ang pau' raya khusus untuk yang pompuan...dari nenek sampailah ke cicit! (Keluarga kita ajelah tu...). Yang lelaki tu... anak-anak buah, ipar duai in shaa Allah semua dapat butang baju Melayu bermutiara.
Jenguk-jenguk sini, beli kuih raya sikit, terutama kuih cincin. Bonda pesan bawa keropok amplang, tapi di Kota Kinabalu harganya mahal sikit sebab dibawa jauh dari Tawau atau Kunak... baiklah beli di Kunak saja nanti. Lagi pun banyak yang baru 'kuar dari oven' kalau beli di Kunak atau Tawau.
Peniaga makanan dah mula berjualan.
Lobster!
Banyak orang putih makan lobster di sini!
Lobster segar... RM180.00 sekilogram!
Tengok segala hasil laut yang segar-segar, rasa nak berbuka di sini tapi tiba-tiba teringat dah tempah makanan di Souq Garden Cafe!
Lain kali aaa....
Petang itu, walaupun jalan raya agak sesak, tapi sempat sampai TH Hotel sebelum menjelang waktu berbuka!
Dan malam itu...
Memandangkan banyak hantu sushi... kita, Fuad, dan Anis (kawan sekelas Fuad, sama-sama akan daftar kolej esok), jadi malam tu keluarlah sekali lagi makan di Sushi Zanmai.
Perut masih kenyang... agaknya melantak sushi malam tadi tu!
Kita makan roti panggang dengan sup jagung jew.
5.40 pagi, meneruskan perjalanan sejauh 145 kilometer untuk sampai ke Jeti Menumbok.
Pukul 8.05 minit pagi kami tiba di Menumbok. Kami tinggalkan kereta di Menumbok dan terus beli tiket naik feri. Kalau nak bawa kenderaan kenalah booking tiket secara online. Masa sangat suntuk, jadi kami bawa diri sajalah.... sempat beli tiket naik feri Putra Jaya 1 ke Labuan pada pukul 9 pagi.
Encik Suami tak mahu naik bot laju!
Pagi itu, banyak juga budak-budak yang akan daftar ke kolej menaiki bot laju!
Kami... sabar menunggu feri bergerak!
Kita tengok jew bot laju membawa dan menurunkan penumpang!
Akhirnya, tiba masa kami untuk naik feri.
Hamboiii...
Macam seronok jew budak-budak ni nak pergi Labuan!
Ketika itu kenderaan sedang disusun atur masuk ke dalam feri.
Cuaca masih redup seperti kelmarin!
Tidak nampak matahari.
Kita pandang-pandang bot laju di situ... hanya 15 minit saja sampai ke Labuan kalau naik bot laju berbanding 1 jam masa dengan perjalanan naik feri. Itu tak termasuk feri nak berlepas dan berlabuh!
Petang nanti mesti balik naik bot laju!
Kalau naik feri, pukul berapa nak sampai Lahad Datu?
Esok pagi?
Tak mungkin.... CRK hanya untuk dua hari!
Dalam feri...
Lebih baik berbanding kita naik feri sewaktu hantar Farid 3 tahun lalu. Dulu kita naik Feri Wawasan Perdana. Kali ini naik Feri Putra Jaya 1. Tempat duduk banyak, ada air-cond pula.
1 jam kemudian... kami sampai ke pelabuhan.
Alhamdulillah...
Sebaik sahaja kami melangkah keluar dari feri, ramai pelajar Kolej Matrikulasi Labuan menunggu kedatangan kami. Mereka membantu para pelajar baru yang akan mendaftar dengan membawa beg mereka menuju ke sebuah bas yang disediakan. Gambar atas... yang berbaju merah itulah yang menyambut kedatangan kami!
Semua ibu bapa pelajar dijemput naik bas sekali menuju ke KML!
Saat yang paling kita benci.... ketika duduk di dalam bas, tak semena-mena 'banjir'! Sungguh.... sampai Encik Suami terpaksa pujuk... budak tu kan datang sini nak belajar! Ya Allah... batukanlah hatiku untuk seketika!
Selesai mendaftar, kami terpaksalah pulang... tak sempat tunggu sampai pukul 2 petang untuk mendengar taklimat! Gambar... tak berapa nak berseri... mata dah naik bengkak! Saya ok saja di sini Mommy... balik nanti hati-hati... kata Fuad! Terpaksa direndahkan kepalanya supaya Mommynya yang rendah ini dapat mencium pipinya!
Kami berdua pun tinggalkan Fuad, menuju ke pintu pagar nak cari teksi ke pelabuhan. Tiba-tiba terdengar suara dari belakang....
Nak temankan Baba dengan Mommy sampai pagar.... suara Fuad tu!
Wokeh! Sampai pagar saja tau!
Selamat menempuh alam kolej Fuad.
Manfaatkan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh!
Akhirnya Encik Suami bersetuju untuk naik bot laju!
Sementara menanti giliran di panggil, kami sempat masuk kedai di situ. Carilah apa yang patut dibeli.
Apa lagi kalau bukan rembat coklat!
Inilah hasil rembatan kami!
Tak sampai berapa minit, kami dipanggil belayar ke Menumbok!
Encik Suami terpaksa memberanikan diri juga untuk naik bot laju!
Memanglah... rasa macam-macam!
Kecut perut tak usah nak cerita lagi...
Kami sempat soalat di sebuah masjid di Menumbok, berdekatan dengan jeti. Juga solat jamak... masih lagi bermusafir. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, dan berhenti beberapa minit di pasar kraftangan sebelum meneruskan perjalanan. Berbuka puasa di dalam kereta, dengan memakan kurma dan minum air mineral dan sebaik tiba di Kundasang, kami singgah untuk isi perut di Restoran Puteri Nabalu. Kalau singgah di sini, anda boleh menunaikan solat di sebuah masjid, di seberang jalan berhadapan dengan restoran ini.
Kami sambung perjalanan ke Lahad Datu.
Alhamdulillah... selamat sampai ke Lahad Datu, di depan pagar rumah pada pukul 1.44 minit pagi.
0 comments