Sedapnya Daging Goreng Kicap

8:42 PTG

Jumpa lagi. Sembang dari dapur diteruskan. Petang tadi sebaik melangkah masuk ke dapur ada dua bekas bungkusan nasi berlauk ayam. Rupanya Abang Farid beli online. Satu bungkus untuknya dan satu bungkus lagi untuk Firdaus.  Fuad dan Fairuz belum makan nasi. Senanglah kerja Amie, masak apa yang ada dan tak perlu masak ayam untuk Abang Farid.

Amie masak Daging Goreng Kicap. Amie gunakan daging lembu segar bahagian peha. Kalau boleh hiris tipis-tipis dan lebar-lebar. Perap dengan garam kunyit dan goreng hingga garing. Kali ini Amie gunakan perkaran 'garing' dan bukannya masak. Kalau 'masak' tidak semestinya garing, tapi kalau garing sudah semestinya masak! Kemudian Amie goreng dengan bahan perencah dan bubuh kicap. Memang raja ikan (Fuad) petang tadi bertukar jadi raja lembu pulak ketika makan! Katanya, sedap betul daging ini. Bagus nya Abang Farid tak mahu makan. Jadi saya boleh habiskan!
Memang Abang Farid tak suka makan daging lembu. Huurrmmm..... susahlah Abang Farid kalau macam ni.  Nak makan ayam saja.

Daging Goreng Kicap


Selain Daging Masak Kicap, Amie masak sayur campur-campur sendawan butang dengan kacang manis, lobak merah dan tauhu. Semuanya lebur sekali harung dalam kuali, tambahkan sos tiram. Siap! Teringin pula nak makan ikan masin sebab ada sambal belacan!  Jadi, sewaktu nasi mula kering Amie masukkan seekor ikan masin. Kononnya ikan masin kukus. Memang begitulah Bonda selalu buat kalau nak kukus ikan masin. Masukkan saja dalam periuk nasi ketika air mula mengering. Nasi tanak, ikan masin pun masak. 

Sayur campur-campur cendawan butang, lobak merah, kacang manis dan tauhu.

Ikan masin kukus, egg century, mentimun dan tomato.

Sambal belacan kaw kaw!

Limau Sunkist.

Hari ini Amie masak nasi beras Bario yang kami beli di Kundasang. Ikut pusingan jam, Daging Masak Kicap, sayur campur-campur, sambal belacan, limau Sunkist dan masuk tengah sikit untuk jumpa ikan masin, egg century, timun dan tomato.


Mari kita lihat resipi Daging Masak Kicap yang ringkas dan mudah tetapi sangat sedap! Ratah begitu sajalah pun terasa enaknya. Masakan ini tidak berkuah sebab nak kekalkan kegaringan daging lembu goreng.

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging lembu bahagian peha - hiris tipis -  perap dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kesil serbuk kunyit selama 20 minit - goreng hingga garing - toskan
  • 3 biji kentang - kupas kulit , potong ikut saiz yang disukai - goreng hingga kuning keemasan - toskan
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
  • minyak untuk menggoreng
Bahan penumis:
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris 
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara:
  1. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan daging lembu, dan goreng semua bahan penumis  hingga terbit bau dan layu.
  2. Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
  3. Tuangkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Gaul rata.
  4. Taburkan lada putih. Jika kurang rasa, boleh taburkan garam  / gula / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

11 comments

  1. Nampak sedap betul lauk daging tu!!! Makan macam tu je dengan nasi hangat mesti sedap!!

    Apa rasa egg century tu kak Amie?

    BalasPadam
  2. Sedapnya daging masak kicap kak amie. Sedap potong nipis dan lebar. Betul betul raja ayam farid tu kak. hihi..daging pun tak makan juga. Cendawan campur ratah pun sodap.

    BalasPadam
  3. Sedapnya..saya pun menu hari ni daging masak kicap juga :)

    BalasPadam
  4. sambal belacan mengancam betul tu

    BalasPadam
  5. Masak daging harimau menangis tu macamana pulak ya. Katanya pakai daging

    BalasPadam
  6. Bila tengok.ni tetiba teringin pula kite

    BalasPadam
  7. daging kicap my forever favorite :)

    BalasPadam
  8. dh rupa mcm daging harimau menangis la pulak

    BalasPadam
  9. Simple masak, tapi sedap! Sini susah nak jumpa daging lembu segar. Yang frozen, dah takut nak beli.

    BalasPadam
  10. Favourite SA jugak ni kak amie..selalu masak..dan lebih suka guna Australian Beef

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe