Jeruk Belimbing Buluh
6:28 PTGJeruk Belimbing Buluh |
Gee berikan resipi gunakan 1/2 kg belimbing buluh, rendam dengan 500 gram air suam dan tambahkan 2 sudu besar garam. Biarkan seharian untuk buangkan getah dan kurangkan rasa masam belimbing buluh. Selepas itu buang air garam, tambahkan 7 sudu besar gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan 10 biji asam boi. Kacau rata dan bubuh 500 gram air suam. Kemudian simpan selama 2-3 hari dalam peti sejuk supaya rasa asam boi meresap dalam belimbing buluh.
Setelah belimbing buluh dibersihkan, rendam dengan 500 gram air suam dan bubuh 1 sudu besar garam. Biarkan selama seharian. |
Belimbing buluh yang telah seharian direndam dengan garam dan air suam. Buangkan air rendaman belimbing buluh. |
Masukkan 7 sudu besar gula, 5 sudu besar cuka, 7 biji cili padi dan 10 biji asam boi. Gaul rata dan tambahkan 500 gram air suam. |
Jeruk Belimbing Buluh setelah disimpan selama 2 hari di dalam peti sejuk. |
Moga pokok belimbing buluh di kampung terus hidup subur dan rajin berbuah!
8 comments
Amie - Tak de harapan nak buat. Dah lama tak jumpa belimbing buluh.
BalasPadamOh ye saya dah cuba resepi U yg guna tepung samolina aritu. Lupa plak nama resepi. Not bad. Thanks.
tentu sedap
BalasPadamAdoiii..kecur dibuatnya tgk gambar jeruk ni
BalasPadamTak pernah makan jeruk belimbing buluh. Biasa letak dalam sambal je. Buah belimbing buluh ni bila berbuah meriah betul.
BalasPadamAduhai,,baca sambil air liur penuh mulut.Tindakan refleks ( teringat istilah sains masa sekolah,tapi tak tahu ejaan betul ke tak)...hihihi
BalasPadambila dh jd jeruk harap masamnya berkurang lah. heheh
BalasPadamhope sngt kan pokok ni berbuah dgn suburnyaaa
BalasPadamTak pernah makan jeruk belimbing buluh.. menarik..
BalasPadam