Siput Tarik Air Asam
1:00 PTGSelamat tengahari. Amie belum masuk dapur lagi. Sementara berehat seketika di kala tengahari, Amie kongsikan dahulu hidangan makan tengahari kami kelmarin.
Amie rebus siput tarik. Boleh cecah dengan sambal cili merah kisar dengan bawang dan tomato. Amie kukus seekor ikan kembung bersama beberapa ekor sotong. Amie siram dengan air asam. Sewaktu makan, Encik Suami asyik keluarkan isi siput tarik dan kumpul banyak-banyak sebelum dimakan. Biasanya Amie tarik satu, terus cecah sambal dan hantar ke mulut!
Amie tunggu Encik Suami keluarkan kesemua isi siput tarik. Kemudian Amie ambil beberapa ekor dan tambahkan latok serta air asam. Amie gunakan sudu untuk makan siput tarik dengan air asam sekali dengan latok!
Oh! Kenapa tidak pernah terfikir untuk makan begini?
Lupakan dahulu nasi dalam pingan!
Layan dahulu siput tarik air asam. Encik Suami kata, sedapnya mengalahkan orang Thailand makan seefood dalam you tube!
Siput Tarik Air Asam |
- Nasi Putih
- Siput Tarik
- Ikan Kembung & Sotong Air Asam
- Ulaman Coral Green & Red & Tomato Ceri
- Latok
- Kima Tumis
- Sambal Cili Merah, Bawang & Tomato
Siput Tarik |
Sambal Cili Merah, Bawang & Tomato |
Ikan Kembung & Sotong Kukus Air Asam |
Kima Tumis |
Latok @ Rumpai Laut @ Anggur Laut |
Salad Coral Green & Red & Tomato Ceri |
Siput Tarik Air Asam |
15 comments
Wah juadah delicacy, rare juga bagi saya, menyelerakan dengan air asam, teringat umai, pernah makan..
BalasPadamWow lain macam juadah hari nni. Nampak sedap air asam tu. Teringin makan latok tapi tak pernah singgah beli. Mungkin kena try juga baru tahu rasanya macam mana..
BalasPadamSedapnya siput gonggong tu... kalau Sis memang rebus serai jerr.. cecah air asam.. dan memang takde lee nak tarik dulu baru masak, aje kang anak tak makan hahahaha
BalasPadamTengok gambar pun terliur walaupun dah lunch. Ya betul, asak begini ratah sahaja lagi sedap. guna sudu baru dapat hirup air asamnya sekali
BalasPadamOh, kami panggil tu siput gonggong. Tapi, baca post Kak Amie ni, rasanya memang lebih sesuai letak nama siput tarik kot, hihi. Tapi sy lgi suka tarik satu suap.. tarik satu suap 😆😆😆
BalasPadamSedap juga diratah macam tu. Ada masam pedas macam hidangan masakan Thai, macam husband kak Amie cakap. Saya makan siput sedut pun suka sedut dulu kumpulkan baru makan dengan nasi. hihi
BalasPadamaduh sedapnya kak, dana tak pernah makan siput tarik tu dan latok tapi mesti sedap kan...
BalasPadamooo pandai akak ye usaha lebih takmo, tapi copet yang en husband dh kumpul hehehehe... meratah lagi best ye kak
Nampak semianua menyelerakan Amie..walaupun akak tak mkm segala jenis siput.
BalasPadamSiput tarik tu pertama kali makan di KK, sekali tu je lah..kalau tak pergi sana mungkin tak makan. Sedap ya ampunnn..
BalasPadammakanan berkhasiat tu siap ada gandingan latok lagi ,,wah kecur air liur CCL ni
BalasPadamNampak sangat menyelerakan Kak Amie w/pun kebanyakannya belum pernah dicuba :D
BalasPadamUntung kan duduk tepi laut hihi...
Tema makanan laut.
BalasPadamMemang suka ratah. Hehe. Tidakpun kurang makan nasi.
kebetulan g JJ td nmpk siput ni. kalau bc entry ni dulu sy beli siput ni. nk try jg mkn mcm ni��
BalasPadamtak pernah mkn siput tarik..
BalasPadamnmpk sedap mkn dgn air asam mcm tu
Nampak sedappp la pulak ikan kembung dengan sotong air asam tu kak amie, memang menyelerakan sungguh masakan kak amie ni.
BalasPadam