Sarapan Nasi Goreng Berkat di Pagi Minggu
10:52 PGSelamat berhujung minggu. Pagi ini matahari bersinar terang, menerobos masuk ke bilik tidur. Tak boleh bermalas-malas di tepat tidur. Jom lompat bangun. Banyak kerja yang perlu dibereskan. Tugas awal pagi kita sudah tentulah sediakan sarapan.
Tak perlu sediakan banyak bahan untuk olah sarapan. Malam tadi Encik Suami bawa pulang nasi berkat. Macam-macam lauknya termasuk ayam goreng, ikan goreng, sambal kates, serondeng, telur masin, udang goreng dan terung goreng.
Amie tumbuk isi ikan goreng dan gaul dengan nasi. Tambahkan serondeng ikan dan gaul sekali lagi hingga rata. Kemudian hiris bawang merah, bawang putih dan bawang cili merah. Ok. Siap perencah nasi goreng berkat! Hanya tinggal goreng sahaja bersama nasi berkat yang sudah digaul dengan isi ikan tumbuk dan serondeng ikan. Serondeng ikan itu dicampur dengan kelapa, jadilah serondeng ikan kelapa kot!
Nasi Goreng Berkat & The Gang. |
Lauk nasi berkat yang dipanaskan semula. |
Keropok Ikan. |
Kuih karipat, kaswi dan kuih lapis dalam bungkusan (nasi berkat). |
Hirisan Limau Sunkist & Epal. |
16 comments
Haha saya pun lepas sarapan mesti perut kena cuci.
BalasPadamSelamat menjamu selera.
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamWawww, sedapnya sarapan Amie..
Sy dah lama tak masak nasi goring. Nasi sejuk bertingkek2 dalam esbox, huhu
BalasPadamSenang kerja masak Kak Amie pagi ni. Siapkan perencah dan goreng nasi. Yang lain panaskan je. Selalu Fairuz yang rajin buat jus. Bertukar baton pulak. hihi..Banyak menu sarapan pagi ni. Happy weekend kak Amie :)
BalasPadamsedap sedap..
BalasPadamSemoga diberkati pemakan & pemberi nasi berkatnya...Amiinn
BalasPadamLengkap sarapan hujung minggu, bole nikmati lama bila duduk rumah, sedap jus nenas, segar..
BalasPadamrezeki tu kak amie dapat nasi berkat,nasi goreng klu ditambah dengan ikan goreng mmg sedap..teringat masa kecik pulak buat nasi goreng ikn .
BalasPadamMenu yang sedap menyelerakan .
BalasPadamDah lama tak dapat berkat sebab sejak PKP ni orang tak buat kenduri
BalasPadamlamanya tak makan lauk berkat.bilalah Selangor akan dibenarkan buat kenduri lagi
BalasPadamSA cuci perut lepas solat subuh hari- hari..macam x sihat je perut ni hanya waktu pagi je detox..susah nak detox waktu2 lain...hehehhe
BalasPadammenarik bila semua disusun atas nyiru
BalasPadamAlhamdulillah, tak habis makan, boleh dibuat sarapan pagi. Taklah membazir.
BalasPadamkeropok ikan tu nmpk rangup laa kak... akk beli kt mn? murah x?
BalasPadamNasi goreng makan dengan keropok keping tuu memang sedappp!
BalasPadam