Nasi Goreng vs Hash Brown
9:55 PGJumpa lagi di pagi Khamis yang cerah. Jom sarapan.:
- Nasi Goreng Isi Ikan Pelaling (Goreng)Tumbuk
- Hash Brown & Sosej Goreng Air Fryer
- Air Putik Bunga Ros
- Buah Honeydew & Mangga Manila
Nasi Goreng Isi Ikan (Pelaling) Tumbuk |
Fairuz berkenan pula bawa bekal nasi goreng ke tempat kerjanya. Teringat Mama Cella yang rajin sediakan bekalan untuk anak bujangnya. Amie kata, kenapa tak beritahu nak bawa bekal? Nanti Mommy gorengkan telur mata. Kata Fairuz, biarlah bawa nasi goreng saja tak perlu telur!
Hash Brown & Sosej |
Warna hash brown goreng air fryer kelihatan cerah pula. Sosej pula terlebih kerepot.
Honeydew & Mangga Manila |
Teh Putik Bunga Ros. |
Pagi ini Firdaus suka hati sebab dapat makan hash brown. Belum sempat mandi, terus masuk dapur sarapan pagi. Waktu inilah kita mula cucuk jarum!
Sudah makan hash brown kan?
Lepas ini sayang pergi mandi. Jangan lupa berus gigi.
Nanti kita siapkan kerja sekolah sama-sama ya?
Senarai kerjanya yang masih tertangguh:
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Inggeris
Begitulah kami memulakan rutin harian seawal pukul 7 pagi.
Mudah-mudahan kerja yang dikendong tak berciciran.
Kerja anak yang dikejar dapat disiapkan.
In syaa Allah.
Jom teruskan BDR.
18 comments
Jimat duit bawa bekal.
BalasPadamBagus itu cara pujuk Firdaus,bagi makan kenyang-kenyang lepas itu siapkan kerja sekolah.
Wowww hashbrown pun pebret uyum..
BalasPadamUyum x suka nasi goreng..
Tp utk org2 yg suka dedua.. Mmg menyelerakan je kan kak hahha
Patut tersedak,ada orang sebut la..hihihi
BalasPadamTiba-tiba terliur pula hashbrown tu.Tadi dah tengok hashbrown tu kat peti ais Hero,tapi tak jadi ambil.Pergi ambil fries la pulak plan nk goreng petang ni.Tapi ni macam terngut2 pula anak tekak nak hashbrown..Ish,nafsu betul la...hihihi
Nikmat betul pagi-pagi dah dapat sarapan yang enak-enak..
BalasPadamSuka tengok texture nasi goreng kak Amie...SA susah nak dapat texturee macam tu..x kering dan x lembik sangat....
BalasPadamSalam kenalan.. sedapnya hashbrown lama tak makan. Memang kenyang klau breakfast macam tu.. happy tummy.. (^_^)
BalasPadamNasi goreng Kak Amie buat saya rasa lapar...
BalasPadamnasi goreng tu mesti sedap kan amie :)
BalasPadamSaya pun suka kalau hashbrown masuk air fryer je sebab bila dah masak kurang minyak tapi rasa sama macam kita goreng. Ada certain frozen food kalau masuk airfryer kurang rasa macam wedges atau kentang.
BalasPadamSedap nasi goreng campur isi ikan. Tiba tiba mood Fairuz nak bawak bekal pulak ye. Seronok kalau masakan kita dibawa bekal. Tak risau lah tentang makan. Bagus Firdaus dengar kata mommy. Dapat favourite hash brown auto rajin dia. Hehe..Semoga dipermudahkan urusan berBDR dan PdPR
BalasPadamtampak sedap sekali kak...foto fotonya seeprti biasa bikin aku kepingin ngicip...jernih masakan kakak
BalasPadammangganya masya Alloh jingga berkilau
sosisnya juga menarik hati untuk diicip
(*´︶`*)ฅ♡
sedappp semuanya
BalasPadamtak pandai nak masak hashbrown. setiap kali buat mesti macam hangus dan rasa dia tak sesedap hashbrown mcd. terus serik nak masak hashbrown lagi
BalasPadamTeringat hash brown mcd! Sedapppp sedappp semuanya! ^^
BalasPadamAnak yang baik, dengar cakap Mommy. Bagusnya..
BalasPadambaiknya diaaaa������
BalasPadamwaduhhhh nampak nasi goreng trs lapar ni��
Sorry Kak Amie, tergelak pulak kita tengok sosej kerepot 🤭
BalasPadamsemangat ya firdaus nk mkn hashbrown. msti lps tu lg rajin dan bersemangat buat kerja sekolah..
BalasPadam