Mengintai Keluar Jendela Merdeka

1:16 PTG

Minggu lepas Encik Suami panggil Amie keluar rumah. Katanya ada buah kelapa muda untuk Amie. Firdaus angkat buah kelapa dari bonet kereta dan letakkan di depan pintu dapur. Oh! Buah kelapa rupanya, kata Amie.

Agaknya pada masa yang sama Encik Suami ingin ambil kesempatan untuk tunjukkan bunga orkidnya yang mula mengeluarkan bunga. Nampak teruja sungguh Encik Suami. Maklumlah dari sejumlah 117 spesies bunga orkid yang hampir mati, hanya beberapa pokok sahaja yang sempat diselamatkan.

Sebenarnya sebelum Encik Suami beritahu tentang kemunculan bunga orkidnya, Amie sudah melihatnya terlebih dahulu. Bukankah setiap hari waktu pagi, tengahari dan petang Amie berada di dapur. Susunan pasu orkid Encik Suami pula terletak di sebelah dapur. Kalau Amie buka jendela dapur, memang Amie terus nampak tanam-tanaman Encik Suami.


Dulu koleksi orkid kami diletakkan di sebuah rumah orkid, tetapi sekarang tempat tersebut sudah dijadikan stor.

 Seminggu sekali , memang wajib minum air kelapa muda.


Beberapa hari yang lalu Encik Suami teruja lagi sebab muncul lagu putik bunga orkid dari pasu yang lain.
Untuk meraikan keterujaannya, Amie pun abadikannya di dapur maya.


Sempena hari kemerdekaan ini, bunga orkidnya mengembang lagi.
Encik Suami tunjukkan lagi, dan Amie ambil gambar sekali lagi.


Sebelum masuk ke rumah semula, sempat jeling-jeling tanaman pokok bunga keladi Encik Suami.
Nampak cantik juga!


Amie nampak ada beberapa jenis pokok bunga keladi Encik Suami yang diletakkan di atas tembok longkang. Ada masa nanti Amie nak berkenalan pula dengan koleksi pokok bunga keladinya.



21 comments

  1. slmt hari Merdeka
    wahh cantik2 bunga orkid
    kaler purple memang menarik hati sy jga

    BalasPadam
  2. wah..orkid ..SA suka...dulu SA ada 3 pasu orkid..tapi SA kerja dan tinggal menyewa kat kuala lumpur..so xde sape jaga lalu mati...sedih...ni cadangnya nak start semula tanam pokok bunga .harap2 menjadi la..sbb SA ni tangan panas

    BalasPadam
  3. Salam kemerdekaan . Cantik bunga orkid tu . Dah berbunga ya .

    BalasPadam
  4. Waoo 117 jenis pokok orkid...kalau berbunga serentak mesti meriah..akak dulu pun banyak jugak poko orkid bergantungan tp lama2 satu demi satu jadi arwah..

    BalasPadam
  5. Gigih suami Puan Amie jaga orkid.

    BalasPadam
  6. 117??? mak aihh banyak nya. Itulah orang kata kalau dah minat kan. Hobi yang sangat menenangkan . Good jobb

    Tak sabar nak tengok koleksi keladi nak tunjuk dkt mak! mak pun buat kolesi keladi hiasan juga

    BalasPadam
  7. Cantik bunga orkid aka anggerik..

    Suka sebab bunganya segar tahan lama.Kalau dulu boleh juga setiap tahun bulan Julai pi Pesta Flora untuk jamu mata.

    BalasPadam
  8. tanaman hiasnya cantik kak amie...anggreknya sedap dipandang...kelapa mudanya menggoda untuk dibelah...pastilah segar airnya dan manis ^^

    BalasPadam
  9. Waaahhh.. Pak Majid pun tanam pokok keladi juga.. Sekarang sedang trend kat sini.. siap ada kelab lagi di FB. saya pun baru tahu sebab carikan pokok untuk emak.

    BalasPadam
  10. Seronok ada rumah yg ade laman. Bole tanam macam2.. tenang mata memandang

    BalasPadam
  11. Tanamannya cantik dan unik. Selamat merayakan hari kemerdekaan.

    BalasPadam
  12. Cantiknya keladi. Kat kampung mama tengok kumpul tanam keladi sekarang ni. Musim keladi agaknya. Tengok ramai juga kawan kawan beli dan tanam keladi ni letak di taman.

    BalasPadam
  13. wah suami amie minat orkid ya...kalau nk okid subur n rajin berbunga rendam tahi kambing selama seminggu n siram perdu okid..insyaAllah...kak dulu2 mmg suka tanam okid

    BalasPadam
  14. Mesti seronok kan bila hasil tanaman berbunga, macam masa mula2 pokok kacang botor berbuah setiap hari Edy kira dan tengok sebab dia yang tanam...
    Macamne boleh hampir mata orkid tu semua kak?

    BalasPadam
  15. Tengok kelapa teringin air kelapa pulak. Segar betul tekak dapat minum air kelapa fresh. Cantik bunga orkid tu. Bunga orkid memang jarang nak berbunga kerap. Sekali berbunga tu memang teruja. Mungkin kena belai letak baja baru yang lain menyusul berbunga agaknya kot. haritu pokok bunga ati-ati. Sekarang koleksi pokok keladi pulak ye. Rajin suami kak Amie tanam pokok.

    BalasPadam
  16. Salam merdeka buat Kak Amie sekeluarga. Teduh jer rumah Kak Amie dengan rimbunan pelbagai pohon, semakin indah Taman Firdaus.. sejuk tangan encik suami Kak Amie 😍

    BalasPadam
  17. Betul kak amie, nampak cantikk pokok keladi tuuuu!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe