Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin

8:06 PTG

Masakan pucuk ubi lemak putih memang satu menu yang sangat lazat hasil air tangan Bonda! Biasanya Bonda tambahkan ikan bilis. Kuah lemak putih Bonda tambahkan pada nasi putih, dan suap ke mulut adik-adik. Itulah kenangan bersama masakan Bonda yang tidak mungkin dapat dilupakan. Teman pucuk ubi masak lemak putih sudah tentulah ikan masin goreng atau ikan bilis teri goreng. Sambalnya pula, kami panggil sambal totok. Bonda akan kukus cili padi dan bawang merah di dalam periuk nasi sewaktu nasi sedang mula mengering di dalam periuk. Jadi cili padi dan bawang merah akan masak apabila terkena wap nasi. Setelah nasi tanak, Bonda kaut cili padi serta bawang merah tadi dan tumbuk bersama belacan. 

Hari ini Encik Suami minta Amie masak pucuk ubi dengan ikan masih. Jadi, terhidanglah Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin.


Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin

Hidangan tengahari Khamis:
  • Nasi Putih
  • Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Masin
  • Telur Dadar Kucai
  • Ikan Kerisi Goreng Aroma Daun Kari
  • Sambal Tempoyak
  • Nanas & Epal Merah
Ikan Kerisi Goreng Aroma Daun Kari

Sambal Tempoyak

Telur Dadar Kucai

Nanas & Epal Merah


Zaman dahulu kalau nak masak pucuk ubi petik saja di kebun atau di tepi rumah. Zaman sekarang kenalah beli di pasar. Encuk Suami beli dua ikat. Hasilnya setelah dicelur dan diperah, dapatlah dimasak untuk sekali hidangan. Amie tambahkan ikan masin kerapu dalam masakan ini. Boleh gantikan ikan bilis atau udang kering.

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk pucuk ubi yang sudah dicelur hingga lembut
  • seekor ikan masin kerapu - bersihkan dan potong menjadi 4 keping
  • 1/2 biji kelapa parut - kisar dengan 700 ml air - perah santannya
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 ulas bawang putih + 3 biji bawang merah - tumbuk
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan pucuk ubi, ikan masin, serai, bawang putih + bawang merah serta ikan masin ke dalam periuk.
  2. Kemudian tuangkan santan.
  3. Letakkan di atas dapur, dan nyalakan api sederhana panas.
  4. Kacau maskan lemak sehingga mendidih.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau dua tiga kali, dan padakan api dapur.

19 comments

  1. Rindu pulak dengan pucuk ubi lemak putih ni. Memang tepat sekali jika ditemankan dengan ikan masin tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  2. pucuk ubi ni saya just suka klku dia masak rendang je hehehe...

    BalasPadam
  3. Sedap masak lemak pucuk ubi dengan ikan masin, biasa masak lemak daun asin-asin dengan labu, kecur air liur...

    BalasPadam
  4. nak cuba buat sambal belacan macam bonda akak buat nanti

    BalasPadam
  5. Masak lemak putih belum cuba lg,dok masak lemak kuning ja kalau dpt pucuk ubi..

    BalasPadam
  6. Ternyata orang Malaysia juga suka makan pucuk ubi ya. Sama selera dengan keluarga saya.he he ....

    BalasPadam
  7. Baru sedar dah lama saya tak makan pucuk ubi huhu

    BalasPadam
  8. Aduhaiiiii enaknya sambal totok. Betul lah dulu petik pucuk ubi keliling rumah je. Kalau selalu petik daunnya lembut lah ni kalau beli emm banyak yang keras dari lembut. Lamanya tak makan pucuk ubi. Mengimbau kenangan lalu sungguh ni.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera yang sedap2 belaka

    BalasPadam
  10. masak lemak pucuk ubi berganding dgn lauk2 lain sesuai ja sedap selalu

    BalasPadam
  11. Eh,baru perasan dah lama tak makan pucuk ubi.Tengok masak lemak pucuk ubi cikgu ,rindu kampung la pula...

    BalasPadam
  12. Tak pernah makan pucuk ubi lemak putih mesti sedap kalau dilawankan dengan sambal kan

    BalasPadam
  13. Saya pun suka masak lemak pucuk ubi. Selalu kawankan dengan ikan goreng garing-garing. 2 lauk tu je cukup dah

    BalasPadam
  14. Masak simple macam ni la yang bahayanya sebab akan makan bertambah....

    BalasPadam
  15. lama tak mkn msak lemak pucuk ubi
    sedappp menu2 k amie

    BalasPadam
  16. Eh, rasa dah komen entri ni kak Amie. Hilang pulak komennya. Sedapnya pucuk ubi masak lemak putih campur ikan masin. Lawan dengan sambal sedap!

    BalasPadam
  17. Selalu buat masak lemak cili api pucuk ubi itu.

    BalasPadam
  18. tiba-tiba teringin plak nak makan pucuk ubi masak macam ni

    BalasPadam
  19. Tengok malam malam ni rasa nakkk makan pulakkk, memang favorite saya ni laukk pucuk ubi ni >.<

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe