Bubur Kacang Hijau 3 Rasa
6:08 PTGSelamat petang. Selamat berbuka bagi yang menunaikan puasa sunat 'Asyura hari ini. Semoga amal baik disertai niat kerana Allah Taala akan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada-Nya.
Petang ini Amie sempat masak bubur kacang hijau. Seperti biasa, Amie ikut gaya masakan Bonda. Bonda akan masukkan halia dan bawang putih serta sagu biji ke dalam bubur kacang hijau. Amie tambahkan jagung tin dan durian. Biasanya Amie suka masukkan jagung krim tetapi yang ada hanya jagung isi sahaja. Tak jadi masalah. Dua-dua jenis jagung pun sedap!
Amie namakan Bubur Kacang Hijau 3 Rasa sebab dalam semangkuk ada rasa:
- Kacang Hijau
- Durian
- Jagung
- 1 cawan kacang hijau
- 1 tin isi jagung
- 8 ulas durian
- 1/2 cawan sagu biji - bilas
- 1.2 liter air
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan gula pasir - boleh kurang atau lebih ikut tahap kemanisan yang diingini
- 1 helai daun pandan - siat dan simpul
- 2 cm halia - diketuk
- 3 ulas bawang putih - diketuk
- secubit garam
- Masukkan kacang hijau bersama air ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih. 15 minit kemudian tutup periuk dan padamkan api dapur.
- Biarkan selama 30-45 minit.
- Nyalakan semula api dapur. Masukkan halia, bawang putih, jagung tin dan sagu biji ke dalam periuk.
- Setelah sagu biji kembang, masukkan gula pasir, daun pandan dan durian. Kacau selalu sehingga gula larut.
- Kemudian tuangkan santan pekat dan taburkan secubit garam.
- Biarkan seketika sehingga kuah mula mendidih.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
22 comments
Kena dengan nama Bubur kacang hijau tiga rasa, sedap tu, ada durian juga jagung..
BalasPadamFirst time dengar bubur 3 rasa. Menariknya boleh rasa 3 jenis rasa bercampur dalam satu mangkuk bubur. Pernah juga buat bubur kacang tapi versi terus masak sampai empuk tu. Menarik bubur kacang hijau 3 rasa, rupa dia pun menarik colourful. Seronok rasa nak makan pun.
BalasPadamKak Amie...sama la kita belum buka lagi periuk noxxa tu...ntah bila nak gunanya pun...nampak sedap tapi kat rumah ni mak x leh makan kacang dan apa juga jenis kacang..sush nak makan dah...macam x patutu plak kalau masak sbb dia x boleh makan...
BalasPadamHaha bkn setakat ikan ja ada 3 rasa..bubur pun boleh..biasa dok mkn 2 rasa ja
BalasPadamWah pertama kali dengar cara ada letak bawang putih dalam bubur jenis manis.
BalasPadam3in1..
BalasPadamUnik masak bubur kacang letak halia & bwang putih.Potong angin dari kacang agaknya.Dah malam mesti lagi sedap bubur tu makin pekat
Tentulah sedap
BalasPadamEmak ajar pun bubuh halia.. tapi bubuh bawang putih ini pertama kali nampak. Mungkin untuk buang angin. Cantik sekali kaler bubur tu dan nampak kacang hijau tu sebiji2. haritu saya masak mungkin terlebih lembut jadi nampak pekat. saya suka tekstur yang kak amie masak ni.
BalasPadamsaya bulan lepas baru 1st time buat bubur kacang hijau durian. mmg main belasah jer ikut resepi yg dapat masa tu. saya masak satu peket 500g, lepas rebus kacang tu penuh satu periuk...
BalasPadamtak pernah pulak rasa bubur kacang 3 rasa resepi kak amie ni... bubur kacang ni fevret saya, kalau tambah durian ngan jangan mesti lagi sedap...
owh.. lagi satu, bubur kacang letak halia tu pernah la jugak dengan, tapi letak bawang putih tu macam pelik plak...
BalasPadamSedap ni..
BalasPadamMacam mana la rasa dia ye. Mesti sedap ... lama tak buat bubur kacang..
BalasPadamwah bubur kacang dh jadi bubur asyura sedap tu
BalasPadambubur kacang, campur jagung sedappnya.memang sukaaa sgt
BalasPadamtp sy tak boleh mkn bila campur durian. he hee
Rumah saya ada Noxxa, tapi emak saya lebih suka masak atas dapur gas. Stail kak Amie jugaklah, rebus dulu kacang hijau. Saya pun suka tambah halia dan sagu.
BalasPadamsemua ada kt rumah ni tp durian x de... dtg umah akk jelah mkn bubur ni������
BalasPadamSaya pun biasanya kalau masak bubur manis begini letak halia sedikit untuk potong angin kacang dan santan. Tetapi, tidak pernah letak bawang putih. Nanti boleh cuba cara Kak Amie dan Bonda.
BalasPadamTq kak Amie kongsi resepinya.. Inshaa Allah akan cuba!
BalasPadamDulu2 paling anti kalau ibu masukkan halia dalam bubur kacang hijau, rasa nak menangis nak menghabiskannya, Kak Amie 😅😅😅
BalasPadammemang suka sangat bubur kacang hijau ni, biasa mak saya memang letak halia, tapi anak dia suka menderhaka hahaha
BalasPadammsti bertambah sedap sbb ada durian..
BalasPadamUnik gak bubur kacang hijau 3 rasa ni, first time dengar. Tengok dari gambar nampakk sedappp! Sangat curious rasa dia macam mana.
BalasPadam