Jala Jelita Yang Tak Berapa Nak Jelita
6:18 PTGTak ada angin tak ada ribut tiba-tiba rasa nak menjala pula. Encik Suami bawa Firdaus ke kampung. Fairuz pula uruskan bekalan ikan yang baru sampai. Agaknya sunyi tak ada kawan kelahi, itu yang tiba-tiba nak menjala. Kononnya nak menjala yang jelita-jelita!
Sudahnya, tak adalah yang jelita di antara jala-jala yang ada!
Jala yang tak berapa nak jelita dah siap. Makan dengan kari ayam. Minum sirap marjan. Maklumlah keluar dari dapur, tekak pun rasa haus. Apalagi! Teguklah air sejuk. Nyaman bah.
Kari Ayam. |
Amie buang tulang ayam dan potong kecil Begitu juga dengan ubi kentang. Potong dadu saiz kecil. Senang nak makan dengan si jala. Amie suka makan kuah banjir, jadi apabila sudu masuk ke mulut kena pastikan ada roti jala, ada kentang, ada ayam dan kuah kari. Jadi, siap-siap potong kecil-kecil supaya senang ketika disantap.
27 comments
Minum petang seorang sahaja ke itu?
BalasPadamHehe betul boleh makan sekali daging ayam saiz mulut.
Ya, satu orang. Marilah temankan.
PadamMengancam kari tu.Warnanya menarik.Kena pula dengan jala jelita..Jala handsome macam Remy Ishak tak ada ka🤣
BalasPadamTak boleh move on lagi Remy Ishak dah kawin.Geng mak Shuib 🤣🤣🤣🤣
Amboiii.. Remy Maghrib ada orang kata.. tapi Zul Ariffin pun bujang lagi
Padamhensem ke remy ishak tu?
PadamOooo Mama Cella geng mak Shuib pulak dah ye.... SK, ada Remy segala waktu Remy Subuh, Remy Asar, Remy Zuhur kah!
PadamCicah dengan kari ayam sedap sangat2 . Janji kenyang perut
BalasPadamMemang itulah gandingan mantap roti jala ye CCL.
PadamCara kita makan roti jala, sama Kak Amie
BalasPadamBaru betul-betul menjala ye SK.
Padamcantik juga dia dua tone
BalasPadamSelalunya satu warna saja ye Syaz.
PadamJelita la jugak dari saya yang entah bila kali terakhir menjala..hehee
BalasPadamSirap marjan tu apa pulak Amie?
Sirap marjan tu sejenis sirap dari buah honeydew.
Padamsemangat menjala dgn gulai ayam sedapnya
BalasPadamMenjala di petang hari Kak PI.
PadamSweet warna dua ton, kari dipotong isi begitu mudah nak makan. Thanks for sharing sis.
BalasPadamApa yg ada pada rupa..janji sedap ditekak kan cikgu..
BalasPadamtak jelita takpe, janji sedap...
BalasPadamrajin akk menjala... sedap pulak tu👍👍👍
BalasPadamJelitalah jugak tu pada saya Kak Amie. Dwitone warna lain dari yang lain. Corak jala pun cantik. Pasni boleh buat lagi touch up make up lagi lawa gitu buat bentuk lain sikit. Idea yang bagus tu potong ayam kecik kecik senang nak sekali suap dengan roti jala dan kuah.
BalasPadamminum petang yg sgt sedap. cicah dgn kuah kari ayam, sedapnyaa...
BalasPadamRupa no dua, yang penting rasa dia tuuu. Kalau sedapppp, memang tak kisah dah rupa dia macam mana hahaha
BalasPadamEh kira jadi la tu jelitanya tu kak amie...dari SA langsung x reti
BalasPadamJelita jugaklah tu. Janji kenyang. Rajin betul orang yang menjala siap buat warna-warni tu
BalasPadamsekarang roti jala yang viral dah macam bunga rose warna warni. Tapi yang pasti roti jala ngam dengan kuah kari banjir... erkkkk makan angin je tenguk roti jala jelita. hehehehe
BalasPadamwalaupun akak ckp x jelita tp tahniah akak masih rajin menjala.. janji sedap mengenyangkan.. jelita x jelita apa kira.. hahaha
BalasPadam