Siput Tarik Air Asam

1:00 PTG

Selamat tengahari. Amie belum masuk dapur lagi. Sementara berehat seketika di kala tengahari, Amie kongsikan dahulu hidangan makan tengahari kami kelmarin. 

Amie rebus siput tarik. Boleh cecah dengan sambal cili merah kisar dengan bawang dan tomato. Amie kukus seekor ikan kembung bersama beberapa ekor sotong. Amie siram dengan air asam. Sewaktu makan, Encik Suami asyik keluarkan isi siput tarik dan kumpul banyak-banyak sebelum dimakan. Biasanya Amie tarik satu, terus cecah sambal dan hantar ke mulut!

Amie tunggu Encik Suami keluarkan kesemua isi siput tarik. Kemudian Amie ambil beberapa ekor dan tambahkan latok serta air asam. Amie gunakan sudu untuk makan siput tarik  dengan air asam sekali dengan latok!

Oh! Kenapa tidak pernah terfikir untuk makan begini?

Lupakan dahulu nasi dalam pingan!

Layan dahulu  siput tarik air asam. Encik Suami kata, sedapnya mengalahkan orang Thailand makan seefood dalam you tube!


Siput Tarik Air Asam

Hidangan tengahari Selasa:
  • Nasi Putih
  • Siput Tarik 
  • Ikan Kembung & Sotong Air Asam
  • Ulaman Coral Green & Red & Tomato Ceri
  • Latok
  • Kima Tumis
  • Sambal Cili Merah, Bawang & Tomato

Siput Tarik

Sambal Cili Merah, Bawang & Tomato

Ikan Kembung & Sotong Kukus Air Asam


Kima Tumis

Latok @ Rumpai Laut @ Anggur Laut

Salad Coral Green & Red & Tomato Ceri

Siput Tarik Air Asam

Makanan begini enak dinikmati tanpa nasi. 


15 comments

  1. Wah juadah delicacy, rare juga bagi saya, menyelerakan dengan air asam, teringat umai, pernah makan..

    BalasPadam
  2. Wow lain macam juadah hari nni. Nampak sedap air asam tu. Teringin makan latok tapi tak pernah singgah beli. Mungkin kena try juga baru tahu rasanya macam mana..

    BalasPadam
  3. Sedapnya siput gonggong tu... kalau Sis memang rebus serai jerr.. cecah air asam.. dan memang takde lee nak tarik dulu baru masak, aje kang anak tak makan hahahaha

    BalasPadam
  4. Tengok gambar pun terliur walaupun dah lunch. Ya betul, asak begini ratah sahaja lagi sedap. guna sudu baru dapat hirup air asamnya sekali

    BalasPadam
  5. Oh, kami panggil tu siput gonggong. Tapi, baca post Kak Amie ni, rasanya memang lebih sesuai letak nama siput tarik kot, hihi. Tapi sy lgi suka tarik satu suap.. tarik satu suap 😆😆😆

    BalasPadam
  6. Sedap juga diratah macam tu. Ada masam pedas macam hidangan masakan Thai, macam husband kak Amie cakap. Saya makan siput sedut pun suka sedut dulu kumpulkan baru makan dengan nasi. hihi

    BalasPadam
  7. aduh sedapnya kak, dana tak pernah makan siput tarik tu dan latok tapi mesti sedap kan...
    ooo pandai akak ye usaha lebih takmo, tapi copet yang en husband dh kumpul hehehehe... meratah lagi best ye kak

    BalasPadam
  8. Nampak semianua menyelerakan Amie..walaupun akak tak mkm segala jenis siput.

    BalasPadam
  9. Siput tarik tu pertama kali makan di KK, sekali tu je lah..kalau tak pergi sana mungkin tak makan. Sedap ya ampunnn..

    BalasPadam
  10. makanan berkhasiat tu siap ada gandingan latok lagi ,,wah kecur air liur CCL ni

    BalasPadam
  11. Nampak sangat menyelerakan Kak Amie w/pun kebanyakannya belum pernah dicuba :D
    Untung kan duduk tepi laut hihi...

    BalasPadam
  12. Tema makanan laut.
    Memang suka ratah. Hehe. Tidakpun kurang makan nasi.

    BalasPadam
  13. kebetulan g JJ td nmpk siput ni. kalau bc entry ni dulu sy beli siput ni. nk try jg mkn mcm ni��

    BalasPadam
  14. tak pernah mkn siput tarik..
    nmpk sedap mkn dgn air asam mcm tu

    BalasPadam
  15. Nampak sedappp la pulak ikan kembung dengan sotong air asam tu kak amie, memang menyelerakan sungguh masakan kak amie ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe