Tempat Jatuh Lagi Dikenang!
12:36 PTGApabila Adik Wi kongsikan gambar-gambar membersihkan tanah pusaka bahagiannya, teringat pula kata-kata Bonda pada tahun 2019 sewaktu kami bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Ya, sudah 2 tahun berlalu tidak bertemu keluarga di Malaya disebabkan PKP. Kata Bonda :
Bila nak tebang pokok kelapa sawit? Pokok sudah tua. Hasil dah tak banyak. Kakak itu hendak buat rumah sewa. Kakak ini hendak buat kedai. Adik itu tanam pokok pisang. Adik ini nak buat rumah.
Barangkali tanah pusaka bahagian Adik Wi di kawasan tanaman getah.
Merenung gambar ini sahaja, hati sudah dipagut rasa pedih.
Orang kata tempat jatuh lagi dikenang.
Anak sungai berair jernih sungguh menggamit memori.
Di sinilah tempat kami berkubang sampai merah-merah mata dan kecut jari-jemari.
Di sinilah kami melompat dari tebing ke tebing!
Di sinilah tempat kami tangguk ikan keli yang ada masanya datang berkumpulan. Kami tangguk dengan tudung saji plastik. Dapat berpuluh-puluh ekor. Bonda siang ikan keli, dan goreng.
Di sinilah suatu malam.... waktu di antara Maghrib dan Isya.
Arwah Ayahanda pegang kaki Amie ke atas, dan kepala ke bawah!
Ayahanda hendak benamkan kepala Amie ke dalam air kerana waktu itu Amie tertidur sewaktu mengaji. Waktu itu Amie masih kecil. Usia 4 atau 5 tahun. Waktu siang penat bermain-main dengan anak-anak jiran. Apabila malam mengantuk pula sewaktu mengaji Quran.
Ayahanda tanya :
Nak mengaji? Nak tidur?
Nak mengaji? Nak tidur?
Huhuhuuuu huuuu... mengaji!
Kenangan itu sentiasa membuatkan air mata bergenang. Terima kasih Ayahanda kerana telah mendidik anak-anakmu untuk menjadi 'orang'.
Al-Fatihah buat arwah Ayahanda.
Ya Allah. Mudah-mudahan dapatlah kami sekeluarga kembali ke Bukit Hijau.
Mudah-mudahan dapat menghabiskan sisa-sisa usia di tanah kelahiran sendiri.
Mudah-mudahan lembut hati Encik Suami untuk 'berhijrah' ke Malaya.
Mudah-mudahan Encik Suami mengerti dan memahami lebih separuh usiaku berada di tempat kelahirannya.
In syaa Allah, ada rezeki dan perancangan yang baik, mudah-mudahan dapat berteduh di tanah pusaka ini. Teringin rasanya menghabiskan usia tinggal di kampung. Rumah di kelilingi tumbuhan hijau, dan yang pastinya bukan pokok kelapa sawit!
Rindu!
23 comments
Sedih plak baca entry ni..betul kak amie..adakala sebab merantau tempat orang..negeri kelahiran sendiri menjadi kenangan dan rinduan...semoga impian kak amie jadi kenyataan...
BalasPadamBetul SA.
PadamMerantau jauh beribu batu. namun, begitulah takdirnya yang perlu kita terima dengan berlapang dada. In syaa Allah banyak hikmah di sebalik ketentuan-Nya.
harap kenangan itu menjadi memori indah untuk dikenang sampai bila2...
BalasPadamMakin dikenang semakin rindu.
PadamTempat lahir lagi dikenang, tanah cantik dan besar pasti ingin usahakan. Arwah ayahanda sis begitu tegas mendidik anak-anak, moga impian sis menjadi kenyataan..
BalasPadamBetul. Arwah Ayahanda seorang yang sangat tegas terutama dalam hal-hal agama.
PadamYa Allah,yang maha pengasih lagi maha penyayang...
BalasPadamLembutkanlah hati En Majid untuk memenuhi hajat Pn Salami berhijrah ke Malaya untuk berbakti kepada bondanya pula..
😭😭😭😭
Kenapa saya pula yang menangissssssss!!!!!!
Sekawan harimau tajam taringnya,
PadamBertembung beruang di dalam hutan,
Hidup merantau bertahun lamanya,
Kampung halaman dalam ingatan.
Aamiin ya Allah.... ya Rahman ya Rahim. Mudah-mudahan ada rezeki pulang ke Malaya.
Terima kasih Mama Cella...tolong menangiskan untuk saya, lega sedikit perasaan saya sebab saya dah banyak sangat keluar air mata rindu.
Kenangan lalu tak kan pernah hilang walaupun berhijrah jauh di negeri orang. Zaman dulu mak ayah didik anak anak macam macam kena hukuman tu. Tapi sekarang kalau buat macam tu kena kecam.
BalasPadamSedih baca luahan hati Kak Amie. Semoga lembut hati suami akak untuk berhijrah ke malaya pula. Seronok duduk kampung, tenang fikiran. Tapi satu hari berpindah malaya pasti akan rindukan kenangan di LD juga.
Zaman dahulu, kita terima segala didikan tanpa sangka buruk. Kita patuh arahan ayah ibu. Bukan senang rupanya untuk mendidik anak.
PadamIn syaa Allah Fizah. Mudah-mudahan perancangan balik kampung laman dipermudahkan. Aamiin.
Betul tu kak. hukuman apa saja terima je tanpa melawan. Alhamdulillah didikan terbaik masa dulu. Sangat berbeza sekarang. Silap cakap pun boleh jadi kecaman. Semoga perancangan Kak Amie dipermudahkan oleh Allah..Seronok dapat duduk di kampung sendiri. Dah pencen boleh buat kerja kampung. banyak aktiviti boleh buat.
PadamKalau cikgu Amie duduk Bukit Hijau for good, dapatlah kita berjiran nanti... Bukit Hijau dan Bukit Kapar kan tak jauh hehehe
BalasPadamItulah, kalau boleh selepas pencen ingin menjejak kasih saudara mara yang hampir 30 tahun 'terputus hubungan' dan menjalin silaturahim. Selama ini kalau balik kampung pun tak sempat ziarah.
PadamYa Allah semoga tercapai hasrat Puan Amie.
BalasPadamAllah lebih memahami dan mengetahui yang terbaik untuk Puan Amie.
Saya pun ada hasrat tidak tercapai mampu bermonolog dan mengadu pada-Nya.
Aamiin ya Allah ya Rahman ya Rahim!
PadamKita hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang.
Lucu pulak baca citer Amie kena angkat kaki keatas kepala kebawah tu...
BalasPadamAlahai cantik ja tempat tu Amie .gembur elok..tanam apapun menjadi..
Itulah... geram sangat agaknya arwah Ayanda. Kita tertidur terus diangkat bawa ke tepi sungai.... ahaks. Mana boleh lupa peristiwa itu.
PadamTanahnya memang elok, subur dan gembur. Tanam apa pun memang menjadi.
Tegas dan garang arwah ayah Kak Amie.. Mesti lepas tu tak tertidur lagi..
BalasPadamSemoga Allah permudahkan urusan dan hasrat kak Amie. Aamiin..
Adik-beradik ramai. Kalau tak tegas dan garang, tak tahulah apa jadi. Siang arwah penat bekerja, tentulah malam jadi berang ajar mengaji anak pula tidur heheheeee.
PadamBetul tu kak Amie, rindu pada kampung halaman memang takkan hilang. Semoga cita-cita kak Amie nak kembali ke Malaya tercapai
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamIn syaa Allah ada kesempatan merasai kembali suasana kmpung.
insyaAllah kak, satu hari nanti akan dapat pulang ke malaya..
BalasPadamMakin dikenang, makin dirindu. Tapi takpelah, atleast ada jugak kenangan tuu kan kak amie.
BalasPadam