Rezeki Sayap Ayam & Ikan Panggang
8:51 PTGHari ini dapat makan tengahari bersama Fairuz. Amie masak sup tulang. Belum siap masak, Encik Suami sudah pulang. Katanya, ada kawan kirim buras, sayap ayam dan ikan panggang. Alhamdulillah, dapat rezeki lauk untuk makan tengahari. Moga tambah rezeki kawan Encik Suami.
Jadi, Amie hanya renih sup tulang dan masak sayur sawi (siew pak choy) sahaja.
Hidangan tengahari Sabtu:
- Nasi Putih
- Ikan Cencaru Panggang
- Sayap Ayam Panggang
- Sup Tulang
- Siew Pak Choy Masak Sos Tiram
- Sambal Tomato
- Buah Honeydew & Limau Sunkist
Sayap Ayam Panggang. |
Ikan Cencaru Panggang. |
Sambal Tomato. |
Siew Pak Choy Masak Sos Tiram |
Sup Tulang. |
Honeydew & Limau Sunkist. |
26 comments
buah-buahan kita sama hari ni hehe
BalasPadamBagus makan buah hari-hari kan Syaz.
PadamAlahamdulillah...
BalasPadamMurah rezeki.
Nampak menyelerakan semua menu tu...
Betul tu Mama Cella.
PadamRezeki hari ini dapat dua lauk.
Semua menyelerakan. Ikan cencaru bakar tu lama sungguh tak makan.
BalasPadamJemput Nani.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAlhamdulillah orang memberi kita merasa. Dapat merasa sayap ayam dan ikan panggang. Sedapnya sup tulang tu Kak Amie. Dapat gak makan berempat sekali.
BalasPadamBerpeluh-peluh lepas hirup kuah sup tulang tu!
PadamOoo. Di sana sebut sayap ayam eh.. Tak biasa dengar.
BalasPadamDi sana kepak, di sini sayap. Dua perkataan yang berbeza membawa makna yang sama.
PadamKepak ayam tu bahagian yg paling laris kt rumah akak ni selain peha ayam...
BalasPadamSamalah kita.
PadamItulah yang paling laris.
Alhamdulillah
BalasPadamSedap2 belaka
Terima kasih Wak.
PadamAlhamdulillah gembira dapat pemberian orang.
BalasPadamSaya dapat pemberian tahu bergedil dan buah naga.
Sedap tu tahu bergedil.
PadamAlhamdulillah . Semua nampak menyelerakan betul . Semua menu-menu sihat ni . Ayam dan ikan bakar, susemua menu yg kurang minyak dlm masakan .
BalasPadamALHAMDULILLAHNYA MELIMPAH RUAH NIKMATNYA.
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki kak amie sekeluarga.
BalasPadamTengok sayap ayam, rndu pula kundasang. suka mkn sayap ayam dkt situ..
Tak pernah mengecewakan
BalasPadamAlhamdulillah reseki, tak payah masak hari tu..
BalasPadamsedapnya kak, kat rumah dana pun limau tu wajib ada... sehari 3 biji lah untuk 2 orang kat rumah makan
BalasPadamalhamdulillah, sedap sedap belaka hidangan. Sambal tomato kak tu memikat betul.
BalasPadamAlhamdulillah, sedap sedap semuanyaaa. Kalau saya, saya panggil kepak ayam hehehe tapi sama je sayap ke kepak ke, bawak maksud benda yang sama aje hehehe
BalasPadamYarabbi...sedapnya la...nak beli la tulang lembu dan dagingnya...bleh buat sup...
BalasPadam