Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung

by - 10:22 PTG

Hari ini Amie masak lemak cili api daging salai dengan rebung. Seperti biasa kalau masakan Negeri Sembilan memang rujuk dapur SURIA AMANDA. Tak perlu bubuh bawang putih dan bawang merah.  Selalu terliur apabila masuk dapur SA terutama kalau ada masakan lemak cili api. Bertuah sungguh Pak Zain dan Mak Pah ada si cantik manis SA penuh budiman ini.

Tak ada daging salai,kita salai sendirilah. Bukan gunakan arang tapi panggang dalam air fryer saja. Oleh kerana daging lembu yang Amie gunakan ini muda dan cepat empuk, jadi Amie panggang lebih kurang 24 minit di bawah suhu 180'C.

Sebagai penghargaan kepada Encik Suami kerana bawa pulang rebung, jadi Amie pun olah menjadi Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung. Kali ini Amie gunakan santan kotak sahaja.

Sepanjang hari ini semuanya sibuk dengan tugas masing-masing. Pukul 3:30 petang barulah sempat masuk dapur. Kami makan tengahari pada pukul 5 petang! Kiranya merangkap makan tengahari dan malamlah itu.

Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung.

Hidangan tengahari Rabu:
  • Nasi putih
  • Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung
  • Anak Ikan Bawal Hitam Goreng
  • Kacang Bendi , Kacang Panjang & Baby Carrot Celur
  • Sambal Belacan Thai
  • Ulam Jering
  • Buah Limau Sunkist & Epal Merah
Anak Ikan Bawal Hitam Goreng.



Kacang Bendi, Kacang Panjang & Baby Carrot Celur.

Sambal Belacan Thai

Ulam Jering Muda

Hirisan Limau Sunkist & Epal Merah

Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung.

Jom kita lihat resipi simple dimple Daging Salai Air Fryer Masak Lemak Cili Api dengan Rebung. Amie masak sedikit saja. Maklumlah hanya untuk berempat termasuk Fairuz. Itu pun kadang-kadang Fairuz makan di luar. Walaupun tidak ada rasa asap daging salai dan lemak manis santan kelapa segar, tapi rasanya sedaplah juga. 

Bahan-bahan:
  • 200 gram hirisan daging salai air fryer
  • 200 gram rebung - celur seketika - toskan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - siat
  • 400 ml air
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 keping asam gelugur
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
  • 20 biji cili padi
  • 2 cm kunyit
Cara memasak:
  1. Masukkan daging salai, rebung, bahan kisar, serai, daun kunyit, asam gelugur dan air ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga kuah mendidih dan daging empuk.
  3. Kemudian masukkan santan kotak. 
  4. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau selalu sehingga kuah mendidih.
  6. Padamkan api dapur.

You May Also Like

18 ulasan

  1. Kalau ke arah Negeri 9, mesti cari daging salai masak lemak..

    BalasPadam
  2. Dr hari tu nk try daging salai air fryer ni tp asik terbuat rendang je.. hehehe.. mmg secocoklah masak lemak, ulam dan ikan goreng.. sedapnyaaa kak

    BalasPadam
  3. sedapnya..ada pulak ulam jering...lama x makan jering..

    BalasPadam
  4. Memang sedaplah kalau campur dgn rebung.

    BalasPadam
  5. berbaloi tunggu sampai pukul lima. hehe

    BalasPadam
  6. wahhh sedap tu kak, suka tengok akak punya menu lengkap semua dengan ulaman dan buah....

    BalasPadam
  7. menu mengecurkan liur selalu

    BalasPadam
  8. Senang kerja menyalai daging ada air fryer. Sedap masakan daging salai campur dengan rebung. Lauk ni ada pun dah cukup dah pada saya :)

    BalasPadam
  9. Amboii sedapnya semua menu amiee

    BalasPadam
  10. Suka rebung. Selalu makan lebih rebung daripada daging.

    BalasPadam
  11. Daging salai masak lemak ni memang boleh buat kecur liur..lagi dengan ulam rebung kan, lagi best lah

    BalasPadam
  12. NGam tu masak lemak daging salai vs ulam jering muda

    BalasPadam
  13. SA hari kan kak amie, makan daging salai jugak..tapi x masak..SA beli...x sempat nak masak sebab lama kat hospital tadi..sedap caampur rebung tu kak amie..mesti rebung fresh tu...kalau campur pucuk ubi pun sedap tu...aih..teringin plak..tapi nak masak sendiri....

    BalasPadam
  14. x dinafikan air fryer mmg memudahakn kerja...
    fuhhh merecik masak lemak akk ni������

    BalasPadam
  15. Hari tu sy cuma sempat baca entri daging salai ni jer tak sempat tinggalkan komen. Apa kata, lain kali Kak Amie masukkan sabut bakar dalam AF utk dapatkan bau asap salai. Cadangan sajah kalau berani, hihi

    BalasPadam
  16. lambatnya kak amie sekeluarga mkn tgahari..smua busy dengan tugas masing2 kan.

    BalasPadam
  17. Memang memudahkan kalau pakai air fryer ni kan kak amie, terliur kita tengok, cukup lengkap semuanya hidangan yang kak amie sediakan ni.

    BalasPadam