Selamat Hari Kemerdekaan ke - 64 (2021): MALAYSIA PRIHATIN
10:29 PGSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64.
Moga Malaysia terus aman dan makmur.
Bangun pagi tersenyum lebar melihat kiriman gambar dalam WhatsAap. Gambar ini diambil pada tahun 2019 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62. Kemudian kami berempat sempat merayap ke Brunei Darul Salam.
Senyum tambah lebar apabila Encik Suami ketuk pintu ajak sarapan pagi. Malam tadi tidur lewat sebab bergoogle meet dengan kawan-kawan. Amie minta jasa baik Abang Farid buat tutorial dengan kami berkaitan dengan perkembangan dunia IT hari ini. Kami akan aplikasikan dalam PDPR. Jadi, pagi tadi sambung tidur. Apabila turun ke dapur, sudah tersedia sarapan pagi. Encik Suami 'sediakan' dari warung.
Ada bubur nasi. Ada laksa asam. Ada nasi kuning. Ada kuih penyaram dan bingka labu.
Bubur Nasi. |
Laksa Asam. |
Kuih Penyaram. |
Nasi Kuning. |
Gambar 2020, semangat kemerdekaan di bawa hingga ke Jeti Bangau-Bangau Semporna |
Walaupun hari ini cuti, tetapi seperti biasa tetap ada tugas-tugas hakiki yang perlu diselesaikan dan dikemaskini. Kebetulan esok pagi Amie akan di'observe' secara online dari pukul 7 hingga 10 pagi, jadi hari ini Amie buat persediaan sebaik mungkin.
Jumpa lagi.
Salam Merdeka!
13 comments
Ok sekali-sekala sarapan dari warung.
BalasPadamWah bertambah ilmu Puan Amie dan rakan-rakan.
DAPNYA MENU MERDEKA DGN MODEL YG CANTIK
BalasPadamSelamat Hari Merdeka..
BalasPadamSelamat Hari Merdeka..sedap2 menu sarapan dari warung..nmpk cili api dlm mangkuk bubur..
BalasPadamSeronoknya bangun tido dh terhidang sarapan...untungnya Kak Amie ..SA kalau x pak zain atau mak pah buat sarapan..mesti SA dan adakala beli kat luar aje...tgok mood
BalasPadamSenyum lebar si isteri bila dilayan bak permaisuri oleh suami
BalasPadamSelamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
BalasPadamAlhamdulillah...Kita sempat juga kenangan sambut merdeka kan..Meriah kan...Bagaimana la tahun-tahun berikutnya nanti..Hanya Allah yang lebih mengetahui perancanganNya.
BalasPadamSelamat menyambut hari kemerdekaan kepada kak amie..
BalasPadamMenu breakfast kak Amie pun bertemakan 1 Malaysia. Selamat hari kebangsaan ke 64 ye. Pas ni tak boleh dah kot pakai baju bendera gitu sejak dah ada guideline baru. Huhu
BalasPadamSelamat Hari Merdeka. Semoga tahun depan dapat sambut merdeka dengan lebih meriah. Sekarang throwback je lah mampu. Syoknya sarapan dah disediakan dari warung. bolehlah bersenang lenang di pagi hari sesekali. Sarapan sedap sedap pulak tu. Alhamdulillah...
BalasPadamMerdeka! Merdeka! Merdeka!!!
BalasPadamSelamat Hari Merdeka! Moga moga Malaysia dapat merdeka daripada virus covid19 secepat yang mungkin.
BalasPadam