Kuih Jatuh Bangun

10:12 PG

Awal pagi tadi Encik Suami ajak Amie cari sarapan pagi. Encik Suami beli banyak kuih. Katanya nak belanja para pekerjanya. Amie pula pilih untuk dibawa masuk dapur. Antaranya termasuklah kuih jatuh bangun. Kuih jatuh bangun ini hasil air tangan orang Bugis. Entah kenapa namanya kuih jatuh bangun. Di bahagian bawah kuih ini ada lapisan gula merah. Setelah masak kuih ini diterbalikkan, dan ditaburkan kacang tanah di atas gula merah tadi.

Kuih Jatuh Bangun


Sementara Encik Suami memilih kuih yang akan dibawa ke tempat kerja, Amie pula pilih kuih untuk  sendiri. Sampai di rumah barulah perasan kebanyakan kuih yang Amie pilih berwarna hijau! Ada kuih lenggang, kuih bakar dan putri ayu. Putri ayu berinti kelapa pula! Kuih angin saja yang warna putih.

Kuih Bakar Pandan.

Kuih Lenggang @ Ketayap.

Kuih Putri Ayu Inti Kelapa.

Kuih Angin.

Kopi Cap Kuda Terbang Gula Sarang Lebah.

Nasi Kerabu, telur masin rebus sendiri.

Encik Suami nak makan nasi kerabu. Dibelinya sampai 3 bungkus. Dalam perjalanan pulang sempat membebel: Nasi kerabu sekarang tak ada telur masin. Dulu ada telur masin. Dulu banyak sayur! 

Kita sahut: Manalah orang berniaga nak rugi. Telur masin bukan murah. Kita beli di kedai pun sebiji RM1.60 sen.\Nanti sampai rumah kita rebuslah telur masin.

Selalu berfikir 11 kali kalau nak beli telur masin. Tak tahulah harga di tempat lain. Kalau di LD harganya mencecah RM1.60 sen sebiji. Dulu selalu beli di Kunak. Harganya RM1.20 sebiji. 

Sampai rumah, Amie renih kopi dengan gula sarang lebah dan rebus telur masin. Amie terlupa pula nak tambah sayur kobis dengan kacang panjang untuk nasi kerabu. 

Sedap tak? Amie tanya Encik Suami.

Rasalah sendiri kalau nak tahu, jawab Encik Suami.
Apabila Amie makan nasi kerabu sendiri, rasa terkejut sebab sedikit pun tidak ada bau atau rasa budu! Kacang panjangnya pun dua tiga hiris halus sahaja dan selebihnya sedikit hirisan kobis.

Beza sungguh nasi kerabu hari ini dengan nasi kerabu sebelum-sebelumnya. Padahal beli di tempat yang sama bertahun-tahun lamanya! 

33 comments

  1. Tidak sedap kalau tiada budu.
    Nampaknya kena tambah sendiri sambal nasi kerabu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain rasanya kalau tak ada budu. Ye tambah sendiri.

      Padam
  2. Tukang masak baru kot yang masak tu sebab tu rasa lain walaupun tempat sama..
    tak kan terlupa letak budu.. hehe..

    BalasPadam
  3. First time dengar kuih jatuh bangun dan kuih angin. Mungkin sebab cara penyediaan tu terbalikkan jadi jatuh bangun kot. Agaknya lah.

    Betul kata kak Amie tu, peniaga mana ada nak rugi. Semua barang dah mahal. sebab tu jugaklah hidangan menu yang dijual tak perfect. Ada je keciciran. beza, memang berbeza sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, golongan peniagalah yang banyak terkesan akibat wabak. Kebanyakan jualan mereka pun sudah tidak 'cukup rasa' seperti dulu.

      Padam
  4. Unik nama kuih tu..Kuih motivasi...hihihi
    Lepas ni harus ada kuih PKP pulak..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... betul tu, kuih motivasi. Nanti memang akan timbuk kuih PKP pula. Mama Cella kena mulakan dulu....ahaks!

      Padam
  5. Xde budu bukan nasi kerabu la namanya kan kak amie...tapi kuih2 tu semua sedap la...terus SA teringin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih-kuih tu memang sedap. Encik Suami pun kata sedap.

      Padam
  6. tang mn yg jatuh tang mn yg bangun kak?😆 btw nmpk sedapppp pos ke sy boleh?😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya yang time telungkup tu yang jatuh, dah tu mekup dengan kacang tumbuk tu yang bangunnya hihihiii... meh datang sini Anies boleh try.

      Padam
  7. Mahalnya harga telur masin di sana. Kalau di sini masih boleh dapat RM1.20 lagi tapi biasanya dijual dalam botol yang mengandungi 5 - 6 biji telur. Adik Sk pun kalau datang anginnya, akan buat banyak dan buka jualan fast sale. Tapi menurutnya telur itik pun sekarang dah mahal. Hai laaa itik, masa pkp ni la kau nak bertelur banyak2 😜😜😜

    Menarik semua kuih-muih tu kak Amie, Puteri Ayu pun dah diolah guna kelapa gula merah ya. Kuih jatuh bangun tu sy rasa, namanya dapat sebab dah diterbalikkan (jatuh) kemudian (dah bangun) ditabur pulak kacang, sungguh unik. Kuih angin tu sy tak pernah jumpa tapi karipap inti angin selalu jumpa 😂😂😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM1.60 kira ok juga tu SK, pernah sekali nak beli letak balik sebab sebiji harga RM1.80. Bukan tak boleh bayar tapi tak sampai hati nak beli hihihiii.
      Agaknya begitulah maksud kuih jatuh bangun sebab lebih kurang begitulah yang diterangkan oleh penjual kuih merangkap pembuat kuih jatuh bangun itu.

      Padam
  8. Sedap2 semua kuihnya. Terliuq tengok.

    BalasPadam
  9. Kuih jatuh bangun...unik namanya..mesti sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya pun unik. Bawah rasa kek, atas gula merah dan lemak-lemak kacang tanah tumbuk.

      Padam
  10. sedapnya nasi kerabu, tp kenapa rasa dia bleh berubah kalau beli dkt tempat yg sama kan.

    BalasPadam
  11. kali pertama dengar kuih jatuh bangun dan kuih angin. Nasi kerabu tu muungkin saja dimasak oleh orang lain, tapi kalau takde budu memang 'potong' la cerita dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam bama kuih kan Sal.
      Harap lain kali dapat beli nasi kerabu yang sempurna.

      Padam
  12. first time tgk kuih jatuh bangun ni, tetap nampak sedap. menu aimie tak pernah tak sedap.
    yalah kan aimie, sekarang banyak makanan makin sedikit harga makin byk dan rasa pun lari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kesan PKP ke atas para peniaga. Kita pun tak tahu apa masalah mereka sebab tak berada di tempat mereka.

      Padam
  13. Waahhhhhh... banyak jenis kuih muih kat sana. Seronok gak kalau dapat rasa.

    BalasPadam
  14. Nampak sedap kuih jatuh bangun tu . Teringin nak rasa

    BalasPadam
  15. Rare nama kuih tu kuih jatuh bgn.. sedih kn bila mkn nasi kerabu tp xde bau bunga kantan, daun ulam pn secoet je letak.. hmm..

    BalasPadam
  16. kuih jatuh bangun, puteri ayu kelapa dengan kuih angin... first time tengok dan tau ade kuih2 ni

    BalasPadam
  17. First time dengar kuih jatuh bangun, kuih angin. Macam putu bambu pun ada kuih angin tu cuma beza bentuk aje

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe