Minta Pisang Goreng Dapat Kuih Terang Bulan & Murtabak Cheese Leleh
5:17 PTGSebaik sahaja siap masak tengahari tadi, Fairuz muncul di pintu pagar. Dapatlah kami makan bersama seisi keluarga. Selasai makan nasi Fairuz tanya Encik Suami?
Petang nanti Baba keluarkah?
Nanti Baba hantar Mommy tempah baju. Kenapa dik?
Baba beli pisang goreng ya? Nak makan dengan sambal tomato. Sedapnya!
Balik dari kedai jahit, kami singgah di gerai. Encik Suami kata nak cari pisang goreng yang masih panas. Mesti suka hati Fairuz dapat makan pisang goreng panas. Sampai di rumah, Encik Suami ajak Fairuz dan Firdaus minum petang:
- Pisang Goreng
- Mutabak Cheese Leleh
- Kuih Terang Bulan Inti Kacang Tanah Tumbuk
- Kuih Terang Bulan Inti Jagung dan Kacang Tanah Tumbuk
- Air Kelapa Susu
Mutabak Cheese Leleh kegemaran Firdaus. Kuih Terang Bulan pilihan Encik Suami. Pisang Goreng / Pisang Sanggar dinanti-nanti Fairuz untuk makan dengan sambal tomato. Kita minum air kelapa susu saja!
Setelah minum / makan petang begini kami tidak makan nasi lagi di sebelah malam. Perut pun sudah kenyang.
Sambal Tomato. |
Murtabak Cheese Leleh & Pisang Sanggar. |
21 comments
Sedap menu petang Kak Amie. Murtabak cheese banjir tu namanya tu. Okay dah tahu kuih terang bulan, apam balik. Tak pelik dah sebab Kak Amie dah bagitahu kat blog. hihi...
BalasPadamCheese banjir ye, dah tak meleleh.
PadamAlhamdulillah . Rezeki petang ni . Selamat menjamu selera
BalasPadamJemput CCL.
Padammengoda menu2 ptg ni
BalasPadamsy goreng cempedak je he hee
Cempedak lagi sedap tu Cik Nor!
PadamSebut saja...dah terbau aromanya.
Alhamdulillah
BalasPadamSelamat menjamu selera
Terima kasih Wak.
PadamKuih apam bulan tu sama dengan apam balik ke kak amie...nampak macam sama..
BalasPadamYa SA. Di Malaya dipanggil apam balik, di Sabah disebut terang bulan.
Padamlelehan dia padu betul kak amie hehe
BalasPadamHaa... itulah. Jadi banjir pulak dah.
PadamUish...sedapnya martabak cheese leleh/banjir tu.Apam balik pun dah lama tak makan sejak PKP ni...Terang bulan tu teringat pula asal usul.lagu "Negaraku" pun katanya dari lagu asal "Terang Bulan"
BalasPadamMutabak cheese leleh tu Firdaus makan sorang hahahaa!
PadamApan balik @ terang bulan tu sedap tau, sebab kami pun dah lama tak makan.
Kuat betuldaya ingatan Mama Cella.... saya pula lupa-lupa ingat asal usul lagu Negaraku hihihiii.
Saya kurang sedikit makan cheese. Boleh makan, tapi kalau dah banyak sangat cheese, tak boleh makan saya. Kalau cheese dalam burger saya makan
BalasPadamWah murtabak pun buat keju meleleh. Popular keju dimasak dalam mana-mana makanan.
BalasPadamAlhamdulillah banyak kuih/makanan dibeli. Selera laun-lain. Kelapa susu itu yang pertama kali dengar. Letak susu lembu ya?
sedap nmpk murtabak cheese leleh tu. byk cheese nya..
BalasPadamKuih terang bulan tu apa balik ke?
BalasPadamair kelapa susu tu tak pernah cuba kak, menarik betul... sedapnya semua menu tu kak...
BalasPadamYa allah terliurnya tengok murtabak cheese tuuu, banjir dahh! Tak meleleh dah tuu hahaha.
BalasPadamkuih terang bulan rupanya apam balik
BalasPadam