Lempeng Daun Ketumbar & Sambal Sardin
11:46 PGBDR seawal pukul 7 pagi tadi. Jom berehat seketika. Di luar masih mendung. Hujan sekejap-sekejap. Marilah layan Lempeng Daun Ketumbar. Sebenarnya nak buat lempeng daun bawang tapi daun bawang layu kekuningan pulak. Nampak sepokok 'berdaun' hijau 'sebilik' dengan dengan pokok daun bawang. Ingatkan daun sup, rupanya daun ketumbar! Hantam sajalah labu! Daun ketumbar pun boleh saja.
Lempeng Daun Ketumbar |
Selain tepung gandum dan daun ketumbar hiris, Amie bubuh secubit garam, sebiji telur, susu cair dan air secukupnya. Lepas itu dadar sehingga timbul warna perang-perang coklat sikit. Untuk pencecahnya pula, Amie tumis sambal ikan sardin dalam tin.
Sambal Sardin Tin |
Pagi ini sarapan berdua sahaja dengan Firdaus.
Firdaus punya sarapan tak sama dengan sarapan Mommy. Firdaus nak kentang goreng. Amie lengkapkan dengan telur dadar dan sosej, siap dengan sos cili Thai.
Pagi ini minum kopi panas. Kerja online terus-menerus dari pagi sampai ke petang. Pukul 2 nanti ada google meet. Arahan diterima minggu lepas, tapi asyik tukar waktu saja. Tak tahulah petang ini tepat pukul 2 atau diawalkan, atau juga ditunda. Sabar sajalah.
Sempat semak tugas Firdaus yang belum selesai. Petang nanti dapat tugasan baru PDPR tidaklah terbeban dengan kerja-kerjanya yang belum siap.
Jumpa lagi.
22 comments
Kecur teruk sy Kak Amie. Dah berapa hari mengidam lempeng nak makan dengan asam pedas.. tapi tengok gambar sambal sardin tu, nampaknya i follow.. tungguuuuu ya tayangan dari orang Johor 😜
BalasPadamTinggalkan setapau ye SK.
Padamselamat ber BDR kak amie. syu cuti minggu ni hehe..
BalasPadamTerima kasih. Selamat bercuti Syu.
PadamSedapnya lempeng dgn kopi O!
BalasPadamSedapkan. Gaya sarapan dulu-dulu sebelum pi menoreh hehehehe.
PadamSelamat bekerja.
BalasPadamNampak menarik lempeng.
Terima kasih NA.
PadamMenariknya lempeng daun ketumbar ni . Terbau2 ke aroma wangi daun ketumbar
BalasPadamHantam sajalah labuu..Hihi..Asalkan daun ketumbar tu rasa dia sedap dan kena dengan lempeng tu. Tapi rare lah kan. Sedap cicah lempeng dengan sambal sardin. Kecur pulak tengok lempeng dengan sardin ni Kak Amie. Selera Firdaus western pulak :)
BalasPadamSedapnya lempeng.Walaupun orang kampung tapi dulu mak saya tak pernah buat lempeng cair ni sebagai sarapan.Dah dok KL baru belajar makan lempeng demgan sambal..sedap rupanya.
BalasPadamuniknya lempeng berdaun ketumbar.. selalu buat kosong je tepung dgn air
BalasPadamDaun ketumbar aromanya lbh kuat kan...mesti semerbak bau nya
BalasPadamSedap lempeng dengan sambal, tambah ketumbar menarik tu.. lain pula selera Firdaus pun sedap.
BalasPadamalamak..terus eringin nak makan lempeng cicah sambal sardin....tadi pagi SA makan cekodok bilis cicah sambal sardin je
BalasPadamWah.. Firdaus menu Western. BDR pun penat jugak kan. So kena pastikan perut kenyang
BalasPadamthanks kak for the recipe.... td pun mkn lempeng. tp lempeng kepala je. esok lusa boleh laa trs lempeng ni pula ;-)
BalasPadamermmmkudapan yg menyelerakan..kak Amie ^_^
BalasPadamsaya masih suka keliru daun ketumbar dengan daun sup, kak Amie.. Hehheehe
BalasPadamcamne nak bezakan daun ketumbar dengan daun sup? nampak sama jer..
BalasPadamUnikkk letak daun ketumbar. Rasa tempting nak merasai lempeng daun ketumbar kak amie lah
BalasPadamLempeng dengan sambal sardin, lawan pula dengan kopi... nikmatnya!
BalasPadam