Bubur Candil Durian Paling Sedap!

9:11 PTG

Salam Maal Hijrah 1443.
Jadikan Setiap Hari Masa Berhijrah Ke Arah Kebaikan.

Amie (baca orang ramai) masih lagi terkesan dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.  Setiap kali membaca berita tentang kisahnya, pasti air mata turut mengalir. Allahu Akbar! Marilah berdoa, marilah berharap dan marilah berusaha untuk mendapat pengakhiran hidup yang baik, yang husnul khotimah. Ya Allah! Sesungguhnya kita sama sahaja di sisi-Nya, kecuali taqwa dan iman! Allah singkap segala amal kebaikan Allahyarhamah Siti Sarah setelah pemergiannya ke alam kekal.

Bubur Candil Durian

Hari ini Amie olah Bubur Candil Durian. Sukanya Fairuz dan Firdaus makan sampai disuruhnya Amie buat lagi! Cukuplah.... ahaks!  Makan yang manis-manis begini sesekali bolehlah. 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan isi durian
  • 10 ulas durian
  • sedikit air - jika perlu untuk menguli
  • 1/2 cawan sagu biji - bilas dan toskan
  • 1 tin jagung krim
  • sedikit pewarna hijau epal, kuning telur dan merah jambu
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 liter air untuk merebus
  • 2 liter air untuk merendam bebola candil

Bahan kuah:

  • 1 cawan santan pekat + 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
Cara:

  1. Campurkan tepung pulut, isi durian serta garam ke dalam sebuah bekas.
  2. Uli bahan menjadi doh yang lembut sehingga tidak melekat di tangan. (Tambahkan sedikit air sekiranya tidak menjadi doh. Amie tidak tambah air kerana isi durian sudah cukup untuk sebatikan tepung pulut).
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian titikkan pewarna hijau epal dan satu lagi pewarna kuning telur. Satu bahagian lagi titiskan pewarna merah jambu.
  4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai.
  5. Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan bebola candil ke dalam periuk.
  6. Apabila bebola candil timbul, bolehlah angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
  7. Untuk kuah candil, masukkan santan ke dalam periuk diikuti dengan durian, sagu biji, jagung krim, gula pasir, garam dan daun pandan.
  8. Kacau sehingga gula pasir larut, dan sagu biji menjadi jernih.
  9. Kemudian masukkan bebola candil.
  10. Kacau lagi sehingga kuah mula mendidih, dan terus padamkan api dapur.


 Manisan begini memang sesuai dijadikan menu untuk berbuka puasa.

18 comments

  1. Tak apalah, Kak Amie, nanti buat lagi bagi orang muda-muda makan, hihi. Kita yang tak berapa muda ni ambil bau sajalah nampaknya

    BalasPadam
  2. Sedap ni...Pernah viral juga satu masa dulu masa durian siam mahal..hihihi
    Tapi lagi menarik bubur xikgu colourfull..

    BalasPadam
  3. Terbau2 harum durian sampai kt kedah ni Amie..

    BalasPadam
  4. cntiknya bubur ni, confirm sedap ni..

    BalasPadam
  5. bubur candil durian cantik n sedap

    BalasPadam
  6. Cantiknyaa...syg nak makan ha..cantik sanagt..SA ada masalah bab bubur2 ni...kalau buat pun cuma SA dan mak abah je yang makan...anak dara tu tak makan....susah bila anak dara tu memmilih bab makan..

    BalasPadam
  7. Nampak sedap dan cantik je kejadiannya..

    BalasPadam
  8. Memang feveret CCL . Makan panas2 . CCL selalu cicah dgn roti

    BalasPadam
  9. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin. Kematian yang menghidupkan. Jadi pengajaran buat kita semua yang masih hidup.

    Sedapnya bubur candil durian. Dah ada peminat bubur candil durian dah tu Firdaus dan Fairuz. Bertambah sedap tambah sagu dan warna warni tu tambah menarik rupa bubur candil durian. Nak buat juga tapi rasa nanti makan sorang sorang je. Huhu

    BalasPadam
  10. Tak terfikir pulak tepung pulut + isi durian. menarik idea ni. mesti sedap.

    BalasPadam
  11. ada durian lg mkn bertambah2 hehehe

    BalasPadam
  12. cantik kejadiannya. mesti sedap ada rasa-rasa durian

    BalasPadam
  13. Nampak sedappp! Walaupun saya tak makan durian, saya tertarik dengan rasa manis tu hahaha

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe