Seri Muka Durian

6:53 PTG

Selepas solat Asar, tiba-tiba hujan turun. Tidaklah lebat tetapi suasana menjadi gelap! Sedang  teragak-agak hendak sediakan minuman petang, tiba-tiba terdengar suara Fairuz memanggil dari luar. 

Mommy! Tengok ni saya bawa apa?

Wah! Fairuz bawa pulang durian. Pandai pula bujang satu ini pilih durian. Semuanya elok belaka. Rasanya yang dibawa pulang itu durian kampung. Kebetulan Amie sedang rendam beras pulut. Kononnya hendak makan dengan kuah durian. Kelmarin Encik Suami beli cakoi, dan Amie buat kuah durian. Ada lebihnya, hari ini Amie hendak makan dengan pulut pula.

Tiba-tiba lain pula jadinya.  Terjadi pula Seri Muka Durian!

Amie pernah kongsikan resipi Kuih Seri Muka (tanpa durian) dan kali ini Amie gunakan resipi Seri Muka  yang sama di sini: RESEPI SERI MUKA YANG PALING SEDAP! Bezanya resipi hari ini Amie tambahkan durian.


Seri Muka Durian.




Lapisan Bawah:

  • 600 gram beras pulut - basuh (rendam sekurang-kurang 3 jam sehingga beras pulut kembang jika anda ingin mengukusnya) dan toskan
  • 100 ml santan
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil garam


Lapisan Kepala:

  • 6 biji telur gred B
  • 1 cawan isi durian - kisar halus
  • 400 gram gula kastor
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cm kulit kayu manis + 1 /2 sudu kecil jintan manis + 7 helai daun pandan. Kisar bersama santan dan tapis
Cara:

1. Didihkan air kukusan.
2. Sementara itu, sediakan Lapisan Bawah. Satukan semua bahan, tanak hingga hampir kering. Masukkan ke dalam loyang 10" x 10", tekan hingga padat. Kukus semula selama 20 minit. 
3. Pukul telur hingga hancur, satukan dengan santan, gula, isi durian kisar dan kedua-dua jenis tepung, kacau rata.
4. Tapis adunan dan kemudian  jerang di atas api sederhana, dan kacau hingga naik wap.
5. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, dan kukus lagi selama 30 minit.
6. Sejukkan sebelum dipotong.

Sepatutnya Seri Muka Durian dikukus dalam loyang, tetapi Amie hendak ajak Firdaus seronok-seronok di dapur. Sambil membuat adunan seri muka, sambil bercerita. Memang suka sangatlah budak kecil itu susun acuan kuih lompang. Tambah seronok apabila dapat tugas mengisi pulut ke dalam acuan!


Beginilah hasilnya apabila pulut yang sudah tanak dimasukkan ke dalam acuan lompang. Masukkan separuh sahaja atau paling banyak pun 3/4 acuan. Tekan-tekan sedikit pulut supaya padat.  Untuk lapisan bahagian kepalanya pula, tuang adunan ke atas pulut. 


Sekarang Seri Muka Durian sudah dikeluarkan dari periuk pengukus. Sementara menunggu Seri Muka Durian menjadi sejuk sedikit, keadaan di luar sudah gelap! Tak dapatlah ambil gambar di dapur. Amie bawa keluar. Dengan ditemani Firdaus di bawah pokok mata kucing, dapatlah tangkap gambar gunakann HP.

                               
Selepas solat Maghrib, Encik Suami bawa separuh Kuih Seri Muka ke kampung. Dapatlah orang kampung merasa air tangan kita. 


Gambar atas dan bawah ini ialah Seri Muka (Tanpa Durian).


Teringat serangkap pantun yang Amie tulis dalam entri Seri Muka di atas:


Seri Muka seindah namanya,
Aroma menyerlah ditambah rempah,
Tak terkata enak rasanya,
Sepotong tak cukup ingin menambah!

12 comments

  1. Comel- comelnya seri muka kak amie...cantik kejadiannya...

    BalasPadam
  2. Cantik juga kejadian seri muka ini . Menarik buat seri muka dalam cawan lompang ..tak payah susah2 nak potong kan

    BalasPadam
  3. masyaa Allah sedapnya aimie, kak ana selalu failed bila buat serimuka ni hehe :)

    BalasPadam
  4. Cantik rupa paras seri muka durian kak Amie. Senang guna acuan lompang tu, senang nak makan dan tak leceh nak potong potong kalau buat dalam loyang. Rezeki dapat buah durian Fairuz bawak dan rezeki orang di kampung dapat merasa seri muka durian kak Amie.

    BalasPadam
  5. Ok juga letak dalam bekas lompang. Senang makan.

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ni
    Sebiji sekali ngap aje

    BalasPadam
  7. Warna merah sibunga dedap
    Gugur menimpa tali ampaian,
    Serimuka kuih yang sedap,
    Apa lagi ditambah durian.

    BalasPadam
  8. Comel2 bentuknya..senang tak payah nak potong2 dah..

    BalasPadam
  9. Good idea sis buat dalam mangkuk kecil gitu, sedaplah berdurian kepalanya, pasti bertambah tak hingga hehe..

    BalasPadam
  10. comel pulak seri muka letak dalam bekas2 kecil macam tu. senang nak makan

    BalasPadam
  11. Comel la seri muka kak amie tuuuu! Sedapppp seri muka kalau takde durian sebab saya tak makan durian hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe