Sarapan Bun Cheese di Pagi Rabu

by - 10:33 PG

Pagi ini hanya berdua dengan Firdaus di rumah. Awal pagi lagi Encik Suami dengan Fairuz sudah keluar. Fairuz pula, rupanya akan berada di LD sehingga selesai suntikan dos 2 pada 22 Ogos 2021 nanti. Walaupun tidak bantu urus  ikan di Kota Kinabalu, tapi urus ikan pula di LD. Fairus bantu urus bekalan ikan dari Tambisan. Kemudian kakak sepupu dan suaminya akan ikan itu hantar sehingga ke Ranau. Dua abang sepupunya yang tinggal menyewa kerana urus ikan di Kota Kinabalu akan sambut di Ranau, dan bawa terus tong ikan ke Kota Kinabalu. Nanti kakak sepupunya dan suami akan pulang semula ke LD. Fairuz pula, selain bantu urus ikan di LD, akan bantu pula jaga kedai baja suami kakak sepupunya yang hantar ikan ke Ranau tadi.

Pukul 8 pagi tadi Firdaus mula menjawab soalan ujian sekolah agama. Hari ini Firdaus menjawab soalan Feqah dan Akhlak pula. Selepas jawab kertas Akhlak, Firdaus kata nak berehat sebab penat dan lapar. Amie ajak ke dapur cari sarapan pagi. Ada bun cheese  yang Amie beli dari Kak Yong's Cookies & Deserts. Firdaus makan 2 ketul.

Bun Cheese - RM15




Bismillah.

Sarapan berdua dengan Firdaus.

Kentang Goreng.

Sempat goreng kentang untuk Firdaus.
Mana dia kenyang makan 2 ketul bun cheese tu.


Kita makan bun cheese seketul, makan kentang goreng beberapa ketul, dan yang atas ni 2 ketul.
Lemon Panas.

Lepas tu hirup lemon panas secawan
Alhamdulillah.
Firdaus! 
Sambung jawab soalan Feqah!
Mommy nak sambung BDR - PDPR!


You May Also Like

16 ulasan

  1. Sarapan ringkas je kak Amie berdua dengan Firdaus. Senang gorengkan fries je. Yang lain tinggal hidangkan je :) fries cicah sambal ke tu kak Amie. Rare ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sos cili Thai tu Fizah, tapi Kak Amie tambah sambal.

      Padam
  2. Nampak menyelerakan bun cheese tu . Parutan cheese pun nampak banyak

    BalasPadam
  3. Di dalamnya pun banyak krim cheese.

    BalasPadam
  4. suka tengok air lemon suam kak amie

    BalasPadam
  5. cantik rupa roti keju tu kak... simple betul menu 2 beranak ni janji dapat mengalas perut ye kak..

    BalasPadam
  6. breakfast stail mat saleh pulak ye, nampak sedap cheese bun tu

    BalasPadam
  7. Pagi tadi, Iman pun sarapan bun, jajan yg Sk beli di mall, masa ambil vaksin semalam.

    BalasPadam
  8. Menyelerakan sungguh bun tu. :)

    BalasPadam
  9. Apa yang bentuk aising macam ulat dan macam ada halwa oren itu? Cantik rupa.

    BalasPadam
  10. WAH..Firdaus jadi model mama ye....sedap2 semua tu kak amie...bagai teras di tekak

    BalasPadam
  11. nampak sedap bun cheese.
    gudluck firdaus jwb soalan!

    BalasPadam
  12. Nampakkk sedapp bun cheese tu! Comelnyaa model budak laki tu pegang bun cheese hahaha

    BalasPadam