Topeng Kapten Malaya
11:07 PGMalam tadi, Firdaus tanya:
- Mommy. Kenapa hari Sabtu Ahad Daus kena buat kerja sekolah? Bukankah hari Sabtu dan Ahad hari cuti?
- Mommy. Kenapa hari Sabtu Ahad Daus kena buat kerja sekolah? Bukankah hari Sabtu dan Ahad hari cuti?
+Sebab ada kerja sekolah yang sayang belum siapkan.
- Oooo... jadi hari Sabtu Ahad, Daus kena buat kerja sekolah yang belum siapkah?
+Iya sayang!
-Ok.
Kelmarin Firdaus siapkan tugasan mewarna topeng muka untuk pertandingan yang dianjurkan Panitia Pendidikan Seni Visual.
- Gambar topeng disediakan oleh guru.
- Murid boleh memilih salah 1 topeng yang disediakan. Boleh print atau lukis.
- Setelah selesai mewarna, murid perlu menulis nama dan kelas sebelum menghantar gambar topeng ke google classroom.
- Selepas itu, murid-murid boleh menggunting topeng mengikut bentuk topeng dan memakai topeng masing-masing. Ambil gambar dan hantar melalui google classroom juga. (Gaya penampilan diambil kira)
- Hantarkan 4 keping gambar (semasa membuat kerja(mewarna), gambar setelah selesai mewarna, gambar menggunting topeng, dan gambar memakai topeng muka. Hantar gambar dalam bentuk grid @ kolaj.
Firdaus sedang mewarna gambar Topeng Kapten Malaya. |
Hasil kerja mewarna. |
Firdaus sedang menggunting Topeng Kapten Malaya. |
Gambar (memakai?) Topeng Kapten Malaya. |
Setelah selesai menghantar hasil kerja Firdaus, Encik Suami pula beritahu ada arahan tugasan dari sekolah agama pula. Firdaus dikehendaki membuat hafazan 3 surah lazim. Bab menghafaz Firdaus tidak ada masalah. Yang menjadi masalah besar ialah perlu hantar video rakaman dengan mata ditutup dengan kain! Jangankan hantar video, merakam suara sahaja Firdaus sudah menggigil ketakutan. Kesian sangat! Sabarlah sayang Mommy. Arahannya memang begitu sebab markah hafazan akan diambil untuk markah peperiksaan.
Macam-macam gaya dan cara serta bentuk pentaksiran di musim PKP kan.
Pagi tadi Amie sediakan sarapan pagi kegemaran Firdaus. Seperti biasa Firdaus akan berada di dapur ketika Amie memasak. Waktu inilah Amie pasang umpan:
- Mommy gorengkan kentang untuk sayang.
+ Wah! Daus suka kentang goreng. Daus sayang Mommy!
- Lepas sarapan nanti kita buat rakaman video bacaan surah-surah lazim ya sayang.
+ Iya Mommy.
Menu sarapan pagi untuk Firdaus.
16 comments
Ya sebab hafazan, tidak boleh tengok surah. Haha memang lawak kena pakai penutup mata.
BalasPadamHahahaaa... itulah. Ketawa kami dibuatnya.
PadamSemoga Firdaus terus bersemangat melakdanakan tugas- tugas ssebagai seorang pelajar...sedap plak tengok menu sarapan Firdaus tu
BalasPadamMudah-mudahan.
PadamKadang-kadang hilang juga moodnya itu. Kitalah yang kena banyak bersabar.
Anak anak zaman PdPR ni sabtu ahad pun kena buat kerja sekolah. Kesian pulak bila ditanya macam tu. Tak ada masa untuk main. Mujurlah dia faham dan makan pujuk. Firdaus masih belum berani lagi untuk sesi rakam ye. Kesian dia, pandai mommy pujuk Daus. Semoga Firdaus lebih berani lepas ni ye.
BalasPadamApa boleh buat. Memang kesian anak-anak yang terpaksa ikuti PDPR. Bukan apa, kita yang BDR ini apabila kena sambung tugas PDPR anak, memang rasa letih. Banyak dah hantar rakaman subjek lain Firdaus untuk guru-guru yang minta, tapi kalau tasmik Quran dan hafazan memang Firdaus stress. Bukan rakaman suara sahaja yang diminta tapi video Firdaus hafaz Quran tu yang buat dia menangis, sebab takut salah bacaan.
PadamKemas hasil mewarna Firdaus. Good job Firdaus.
BalasPadamZaman saya kanak-kanak ada satu permainan "Kucing Buta".Kena ikat mata dengan kain.Kemudian berjalan dalam bulatan & cekup kawan.Meraba-raba kawan tak kira lelaki perempuan & teka siapa yang dicekup tu(sekarang jangan dicuba🤭).Kalau salah tekaan,kekal tak boleh buka mata.Kalau tekaan betul,kawan yang dicekup pula diikat matanya.
BalasPadamZaman sekarang nak rakam hafal surah lazim kena ikat mata..Sabarlah Firdaus & rakan² yang lain yer..!
Kami pun ada juga permainan ikat mata dengan kain lepas tu kena raba kawan dalam bulatan dan teka nama. Tak tahu apa nama permainannya tapi ada lagunga : Lu lu Cina buta. Lu makan taik mata!
PadamKemas hasil kerja Firdaus, kesian pula sabtu ahad tak dapat rehat..
BalasPadamKalau diberi tumpuan sepenuhnya untuk siapkan kerja rumah, memang tak perlu buat pada hari Sabtu dan Ahad. Satu hari ada 3-4 subjek. Dalam seminggu tentu ada yang 1-2 kerja rumah yang tertinggal. Itu sebab terpaksa siapkan pada hari Sabtu atau Ahad.
PadamKemas ja Firdaus mewarna...kadang2 kita kesian tgk anak2 terpaksa menghabiskan waktu bermain,rehat mereka utk menyiapkan kerja2 sekolah
BalasPadamKesian kan.
PadamItu sebabnya saya tidak terlalu memaksa Firdaus siapkan pada hari yang sama.
Biarlah dia bermain basikal atau bermain dengan kucingnya.
Apabila hatinya sudah gembira, bolehlah ajak siapkan kerja sekolahnya.
Kena tutup mata lah kan, sebab kalau tengok buku cikgu tak tau. Wah.. Kapten Malaya. Super power apa tu? Kalau boleh terbang kan best. Senang keje Mommy
BalasPadamdah ade topeng, kene l buat costume Kapten Malaya plak
BalasPadamMoga moga firdaus rajin menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh cikgu. Comel topeng nya tuuuu, firdaus mewarna pun ok dahh tuu
BalasPadam