Asam Pedas Sotong
11:21 PTGAsam Pedas Sotong! Tambah serai dan daun limau purut untuk timbulkan aroma. Masak sekejap saja, jangan lama-lama sebab nanti sotong jadi liat macam getah sekerap pulak.
Asam Pedas Sotong. |
- Nasi Putih
- Asam Pedas Sotong
- Ikan Cencaru Kukus
- Sup Bebola Daging dengan Sayur Sawi
- Sayap Ayam Goreng Tepung BESTARI
- Ulam Lettuce & Terung Goreng
- Cili Kicap Bawang Putih
Ikan Cencaru Kukus. |
Amie nak makan nasi dengan ikan cencaru kukus cecah cili kicap bawang putih. Ikan cencaru ini Amie kukus ikut cara Bonda. Sama seperti kukus ikan masin atau cili padi untuk sambal totok. Apabila butang rice cooker naik ke atas, buka tutup rice cooker dan bubuh ikan di atas piring kecil dan masukkan ke dalam rice cooker. Tutup semula rice cooker. Nasi tanak, ikan pun masak.
Cili Kicap Bawang Putih. |
Pencecahnya pula, Amie cincang bawang putih dan cili padi. Bubuh cuka, kicap lemak manis dan minyak bijan secukupnya. Jika ingin aroma yang lebih enak, boleh perahkan jus limau kasturi.
Sup Bebola Daging dengan Sayur Sawi. |
Bonda kata, dalam hidangan perlu ada kuah untuk tolak nasi ke dalam perut! Kuah itu sudah tentulah sayur bening! Amie rebih bebola daging dan tambahkan lobak merah serta sayur sawi. Tidak lupa, perencagnya sudah tentulah gandingan mantap lada putih, bawang putih dan halia! Memang berpeluh-peluhlah selepas hirup semangkuk kecil kuahnya!
Lettuce & Terung Goreng. |
Encik Suami rindu nak meratah ulam-ulaman. Tak tinggal sehelai untuk kita.... ahaks! Amie tambahkan terung goreng. Boleh cecal cili kicap lada putih.
Sayap Ayam Goreng Tepung BESTARI. |
Firdaus memang tak usik ikan cencaru kukus. Jadi Amie gorengkan sayap ayam celup tepung BESTARI. Biarlah Firdaus makan sayap ayam goreng dengan Fairuz. Kami makan ikan cencaru kukus saja.
Limau ini nampak pucat saja. Tapi apabila dimakan, manislah pula isinya. |
Asam Pedas Sotong. |
Amie sudah pernah kongsikan resipi Asam Pedas Sotong dalam entri yang lepas. Amie kongsikan lagi di sini untuk tambah koleksi.
- 5 ekor sotong saiz sederhana - bersihkan - buang mata, mulut dan dakwat - potong ikut suka
- 5 helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas sedikit
- 2 batang serai - diketuk
- 2 cm lengkuas - diketuk
- 2 keping asam gelugur
- 4 sudu besar minyak
- 700 ml air
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 1 sudu kecil belacan
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 2 cm kunyit
- 2 cm halia
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, lengkuas dan serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan asam keping dan air. Biarkan mendidih selama 5 minit.
- Masukkan sotong.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan kemudian masukkan daun limau purut.
- Setelah daun limau purut berubah warna, perasakan asam pedas dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Padamkan api dapur.
15 comments
Belum pernah makan @ masak asam pedas sotong.
BalasPadamBoleh cuba nanti...
Selain ikan, daging ayam dan lembu, tak pernah rasa lagi asam pedas sotong..
BalasPadamKesian akak tak pernah mkn menu sotong asam pedas lagi..
BalasPadamSelamat hari kebangsaan Amie..
Belum cuba lagi. Antara lauk yang Naniey tak berani masak - Sotong. Takut liat
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamWah rumah baru cantik lah....Saya ni belum berkesempatan nak 'renovate' lagi kak amie....lama berangan nak tukar ke 'fast response' tapi tak ada masa nak godek2 blog.Kang buat mau bertapa depan laptop...
btw sedap betul asam pedas sutun tu...hirup kasi clear mangkuk hehe...Selamat Hari Merdeka kak amie
Oh ada letak minyak bijan pada cili kicap. Nanti boleh cuba letak.
BalasPadamSelamat Hari Kemerdekaan.
Senang juga kukus macamtu, tak perlu keluarkan periuk kukusan. Boleh follow ni.
BalasPadamtak pernah mkn asam pedas sotong lg..
BalasPadammeriah btul menu kak amie..
Sedapnya asam pedas sotong...lama dh x buat..nak cuba buat la nanti..menariknla ikan cencaru kukus tu...SA td goreng kunyit + bawang putih je...ada balance lagi 2 ekor bleh la kukus nanti...
BalasPadamTak pernah dengar pulak asam pedas sotong, ni kali pertama. Apa2 pon saya suke sambal sotong.. heheh
BalasPadamNi pertama kali dana nampak asam pedas sotong... tapi mesti sedap kan kak... yelah kuah asam pedas tu pun memang sedap tambah lauk apa pun boleh
BalasPadamSotong nampak fresh dan sedap tu Kak Amie. Betul betul. kalau lama lama masak liat kemain rasa susah nak mengunyah. Ikan cencaru cicah sambal kicap tu sedap. Pernah makan ikan cencaru masak asam cili potong kukus. pun sodap! hehe..lambat ambil memang cepat laris ulam tu.
BalasPadamMenu sentiasa meriah dan sihat..suka betul tgk..
BalasPadamWajib ada sayap ayam, menu untuk Firdaus
BalasPadamTak pernah cuba lagi sotong masak asam pedas, selalu ikan ajeee. Nanti boleh la suruh kakak masak hehehe
BalasPadam