Moga Bersabar di Hari Minggu

2:04 PTG

Mari mulakan pagi ini dengan doa memohon kesabaran daripada-Nya, yang memegang hati kita. Ada doa memohon kesabaran terdapat di dalam surat Al-Baqarah ayat 250. Firman Allah:


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:
Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.

Awal pagi tadi, buka mata sahaja sudah dapat arahan untuk mengisi dan mengemaskini  maklumat vaksinasi COVID-19 dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ini merupakan menu baharu  yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami perlu kutip data daripada setiap murid seperti No. ID MySejahtera Murid atau No. ID MySejahtera Ibu/Bapa (Jika anak didaftarkan di bawah akaun ibu/bapa). Maklumat lain yang diperlukan termasuklah setuju / tidak setuju Terima Vaksin sama ada enggan divaksinkan, lain-lain sebab, pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah, pesakit dengan penyakit kronik, sejarah alahan teruk atau tiada kebenaran ibu / bapa / penjaga. 

Segala maklumat yang dikutip sepanjang hari ini perlu dikemaskini di dalam sistem APDM esok, 16 Ogos 2021.

Setelah dikongsikan dalam group kelas, bertubi-tubilah ibu bapa menelefon sampai tak cukup nafas untuk menjawab! Apa pun terima kasih di atas keprihatinan ibu bapa kerana sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan anak-anak mereka. Pertanyaan itu dan ini di dalam WhatsAap Group pun tak sempat nak balas. Kelas Amie 42 orang murid. Bagaimana kelas lain, tingkatan 5 yang berjumlah seramai 62 orang murid satu kelas? Semoga guru kelas diberi kesabaran berganda! Jangan terkejut! Di sekolah kami memang wujud sejumlah 62 orang murid satu kelas! Boleh bayangkan tak kalau seorang guru mengajar dalam sebuah kelas yang penuh sesak ini?

Tengahari ini belum sempat masak nasi. Pagi tadi sempat jugalah sediakan sarapan yang ringkas. Amie buat cekodok jagung dan murtabak maggi atas permintaan Firdaus.

Murtabak maggi cecah sos cili Thai.


Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis. Sambal ini lebihan semalam, dan tidak berapa pedas. Separuh ikan bilis Amie kisar hancur dan separuh lagi kisar kasar. Firdaus suka cecah dengan cekodok jagung.

Cekodok Jagung

Cekodok jagung kali ini tak ada udang. Hanya tepung, isi jagung, garam, air dan telur sahaja. Memang sedaplah cecah sambal ikan bilis.


Murtabak Maggi
Sos Cili Thai




Sempat ambil gambar Firdaus untuk laporan amalan baik di rumah yang akan dihantar kepada guru UBK.


Sewaktu kita sibuk melayan kelas dan ibu bapa, Firdaus pula sibuk minta Amie sediakan soalan matematik. Baiklah. Amie cetak tiga soalan dari google, dan dijadikan sebagai ulangkaji. Amie teruskan kerja Amie, Firdaus menjawab latihan ulangkaji pecahan perpuluhan dan peratus.


Alhamdulillah. Dalam keadaan sibuk, memang ada yang dipermudahkan. Tak perlu susah payah cari soalan di mana-mana buku. Boleh terus gunakan hujung cari untuk mendapatkannya!


Setelah siap jawab soalan, Firdaus minta Amie semak. Sabarlah wahai hati! Berhenti seketika dari melayan anak murid, dan layan anak sendiri untuk beberapa minit!


Suka sangatlah Firdaus dapat A Bintang 5.


Aktiviti seterusnya, Amie suruh Firdaus baca buku cerita pula. Bukan apa. Firdaus suka bercakap dan diminta layan semua persoalannya. Amie pula perlu konsentrasi dengan segala pertanyaan ibu bapa dan murid-murid. Baiklah Firdaus baca buku.


Wokey! Firdaus boleh baca buku Peter And The Magic Shadow. Heheheee.... sebenarnya Amie yang suka baca buku cerita karya Enid Blyton sewaktu kanak-kanak dahulu. Harap Firdaus suka baca juga. Ceritanya pun banyak yang menarik. Firdaus boleh tambah kosa kata.


Nampaknya masih tak boleh berganjak dari depan komputer, dan tak boleh tak buka HP sepanjang hari. Teringat dua hari lepas Fairuz bawa pulang ikan kerapu. Fairuz minta Amie masak 3 rasa. Kelmarin sibuk dari pagi hingga ke petang urus kerja online, tak sempat masak ikan kerapu seperti yang Fairuz minta.


Bekalan ikan yang akan dihantar ke Kota Kinabalu, antaranya ikan kerapu.


Harap-harap petang ini dapatlah masak ikan kerapu. Pagi tadi Fairuz sambung kerjanya urus bekalan ikan yang baru sampai dari perairan LD.

Alhamdulillah.
Walaupun terpaksa bertugas di hari cuti, tetapi dada terasa lapang. Encik Suami bantu uruskan kerja rumah. Mudah-mudahan Allah sentiasa anugerahkan kesabaran, permudahkan segala urusan dan campakkan rasa ikhlas dalam hati ini. Aamiin ya Rabbal Aalamiin.

18 comments

  1. Tudiaaaa...ramainya 1 kelas 60++
    Kalau zaman kita sekolah dulu 1 kelas 20++ @ 30++
    Tu sekolah saya kat kampung la...hihihi
    Ada skill Daus menyapu.Cara pegang penyapu tuuu....hahaha👍

    Sejak sebulan ni saya ada hobi baru.Baca cerita Abu Nawas🤭🤭..hampir.setiap malam..

    BalasPadam
  2. Selamat bertugas cikgu.. semoga memberi manfaat kepada pelajar.

    Besar betul ikan kerapu tu dalam gambar.

    BalasPadam
  3. Sudah rasa nanti pelajar masuk sekolah akan diberi vaksinasi. Itu yang rasanya Puan Amie kena kutip maklumat. Harap dipermudahkan urusan Puan Amie nanti.

    BalasPadam
  4. Akak berharap sgt sekolah tak dibuka 1 sept ni..bimbang sebimbang bimbangnya jangkitan covid..

    BalasPadam
  5. sama la che kam...kak wangi pun harap begitu...bimbang pelajar2...

    BalasPadam
  6. Naniey pun suka baca buku Enid Blyton mase sekolah rendah dulu .
    Sedapnya murtabak maggi tu. Lama x buat

    BalasPadam
  7. Berita tadi ada beritahu sekolah akan buka pada 3 oktober . Sama2 kita doakan kes covid akan turun mendadak

    BalasPadam
  8. Ramainya satu kelas 60++.. aduhhh.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi hari ini, mana nak layan ibubapa murid, mana nak layan anak orang, mana nak layan anak sendiri.. tapi presentation di dapur maya tetap meletops!

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya

    BalasPadam
  10. Fav timm jgk enid blyton punya buku, dlu selalu setiap minggu pinjm buku ni dri library, hihi..

    BalasPadam
  11. Ramainya 62 orang satu kelas! Moga moga cikgu tersebut tabah dalam mengajar seramai ituu.
    Ala comel firdaus sapu sampah, penyapu lagi tinggi dari firdaus hahaha

    BalasPadam
  12. Rajinnya Firdaus...belajar rajin- rajin tau..Kak Amie nanti suruh Fairuz amik gambar ikan banyak2 tau...suka tengok..besarnya ikan kerapu tu...mesti isi dia manis sebab ikan baru kan....

    BalasPadam
  13. Betul betul sibuk Kak Amie di hari minggu. Super duper busy dengan hal sekolah dan rumah. Syukurlah suami membantu sama. Rajin betul Firdaus buat ulangkaji. Dapat bayangkan dia punya rajin bercakap tu. Mujur termakan pujuk membaca buku cerita. Besar betul ikan kerapu tu. Kalini fairuz pulak request lauk :)

    BalasPadam
  14. hjg mggu supposed berehat tp kak amie busy betul. syukurlah mereka beri kerjasama yg baik👍👍

    BalasPadam
  15. sibuknya kak amie. banyak pahala mengajar tu kak amie..

    BalasPadam
  16. tugas2 seorang guru sekarang ni semakin mencabar. harap kak amie terus cekal untuk mendidik anak bangsa

    BalasPadam
  17. PDPR ni stress berganda untuk parents yang turut bergelar cikgu. 62 murid satu kelas memang susah, lagi susah kalau PDPR. Semoga para guru tabah menjalankan tugasan

    BalasPadam
  18. Selamat berPdPR, Kak Amie. Saya murid dua tiga orang satu session pun dah pening, tak dapat bayangkan Kak Amie handle 60++.

    Yeayyy, Firdaus betul semua! Dapat banyak bintang!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe