Cerita Kejar Mengejar dan Dikejar!
8:24 PTGKelmarin terkejar-kejar ke sekolah berurusan dengan guru UPSI di bawah bimbingan. Mengejar lagi murid-murid yang belum hantar ID MySejahtera dan pengesahan terima/tidak terima vaksin. Terpaksa hadap lagi sistem laporan SPDPR yang tak tahu nak diterangkan macamana, sehingga lewat malam kami tunggu untuk melepasi sempadan hantar laporan! Akhirnya, petang tadi gunakan sistem yang lain pula! Kami diarahkan buat kerja dua kali. Laporan kelmarin yang sudah dihantar kena hantar sekali lagi pada hari ini. Allahu Akbar! Sabar sajalah labu!
Dalam terkejar -kejar dan mengejar kerana dikejar, akhirnya kaki tergelecek di dewan sekolah! Ya Allah! Sakitnya lain macam! Bengkak serta merta! Terseliuh.
Sudahnya, tak boleh banyak bergerak. Solat pun kena cara duduk.
Firdaus pula buat hal. Kelmarin tak mahu siapkan satu pun kerja sekolah yang diberi. Encik Suami kata: Sedangkan orang dewasa pun boleh stress BDR, ini pulak budak macam Firdaus. Yah! Biarlah Firdaus tak siapkan kerja sekolahnya. Kaki Mommy pun sakit! Penat kejar anak orang, penat kejar kerja-kerja hakiki, anak sendiri sudah tak terkejar!
Alhamdulillah, hari ini Firdaus tidak perlu dikejar. Dari pagi, disiapkannya kerja-kerja yang tertangguh dan Amie terus hantar kepada guru-guru mata pelajarannya. Kadang-kadang timbul rasa belas kepadanya. Sedikit-sebanyak sudah tentu Firdaus pun mengalami tekanan PDPR!
Kerja dapur diambil-alih Encik Suami. Makanlah apa yang ada. Semalam Encik Suami masak maggi. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, Encik Suami sediakan sarapan mee hoon goreng. Tapi Encik Suami kata masakannya tak sedap. Bagi Amie okey saja. Petang tadi sudah masak nasi. Tak lama kemudian Encik Suami lari ke warung. Dibawanya pulang:
- Bakso Ayam
- Bakso Daging
- Sayap Ayam Panggang
- Kuih Cakoi
Hidangan Makan Petang (Malam) |
Bakso Ayam |
Bakso Daging |
Sayap Ayam Panggang |
Kuih Cakoi |
Kaya. |
34 comments
Semoga cepat sembuh kak. Take care. Huntong en suami bole memasak time2 darurat mcm ni. Sedap tak sedap belakang kire lah kan.
BalasPadamTq Afeezz. Orang lelaki walaupun jarang masak, hasilnya memang sedap!
Padammacam saya la tu... hahaha
Padamsakit2 kaki, masak tetap ON je kak ehhehe...
BalasPadamsemoga kaki tu cepat sembuh tau!
Gara-gara kaki terseliuh, cuti masak terus!
PadamYa Allah sakit terseliuh.
BalasPadamHarap cepat sembuh. Amin.
Ya, memang sakit NA.
PadamSekarang sakitnya sudah berkurangan, cuma kena hadkan pergerakan dulu.
Moga cepat sembuh Kak Amie.
BalasPadamBetul, rasanya anak-anak pun stress juga. Lama sangat pdpr, dah hilang fokus :(
Terima kasih Puan Hazel.
PadamLama sangat terkurung. Anak-anak rindu suasana ketika bersama kawan-kawan.
Semoga cepat sembuh Kak Amie.
BalasPadamPDPR memang boleh membuatkan parents stress lagi-lagi bila anak di sekolah rendah sebab perlu monitor. Macam saya, kalau siang tak sempat tengok sangat walau anak kat sebelah berPDPR. Tu yang malam boleh jadi singa bila anak tak habis buat kerja lagi. Kita dah lah penat, mengantuk pula tapi nak kena tengok juga kerja anak. Sekarang buat yang termampu je lah sebab kita juga lah yang kena manage stress tu.
Terima kasih Rawiwa.
PadamYa, buatlah mana yang termampu. Kalau asyik memaksa diri, stress jadinya. Kita sendiri juga yang tanggung akibat.
Alahai kesian kak Amie. Baca kisah kak Amie terkejar-kejar, saya pun turut sama penatnya. Sementara sakit kaki ni dapur tutup kejap ye. Kesian Firdaus stress PDPR
BalasPadamYa, memang budak kecik tu nampak stress sangat. Biarlah dia berehat dahulu tenang-tenangkan hati dan fikiran.
PadamTeringat pula buku bacaan dulu- dulu..
BalasPadamAnjing mengejar kucing..
Kucing mengejar ayam...
Ayam terbang...!
Hihihi
Apapun semoga kaki cikgu cepat sembuh.Urut minyak panas untuk lancarkan pengaliran darah
Kuat betul daya ingatan Mama Cella tau.
PadamBengkak sudah surut, rasa sakit mula berkurangan. Cuma tak boleh banyak bergerak. Fairuz jadi tukang urut.
Dapat bayangkan seksanya terseliuh..tak boleh bergerak..jln terhinjut2...urut dgn minyak angin panas ya cikgu
BalasPadamYa, begitulah yang saya rasa. In syaa Allah, urut dengan minyak angin panas, kurang sakitnya.
Padamsakit tu kaki terseliuh,,Muhammad un dah macam stress buat kerja sekolah..agak dah jemulah kak ..
BalasPadamBila kaki sakit tak boleh banyak gerak, duduk dan tidur sajalah hehehee.
PadamMemang jemu tu Zila. Biarlah dulu dia buat apa yang dia suka. Lepas tu pelan-pelan pujuk buat kerja sekolah.
SIAN AMIE ASYIK TERKEJAR-KEJAR HIGGA JATUH PULAK..HATI2 MELANGKAH MOGA CPT SEMBUH..SEDAP SELALU MENU AMIE
BalasPadamYa Kak PI. Amie ini suka kejar masa, jadi akibatnya masa yang dikejar berlalu laju, kaki pula terseliuh hehehee.
Padammenarik pula cakoi tu dipotong mcm tu.. kalau saya suka mkn panjang je.. sbb kalo potong2 nnt x abis.. dibiarkan panjang syok je #theimans mkn sampai licin
BalasPadamBiasanya memang potong panjang dan sapu kaya kan. Tapi Encik Suami minta potong begitu,dan kaya diasingkan.
PadamSian akak kepenatan sangat sampai jatuh terseliuh, moga cpt sembuh kakinya tu kak...
BalasPadamSian firdaus, paham sebab si Aiyan ni pun kadang sama... kerja sekolah bukan sikit banyak dia bosan sebab tak dapat buat di sekolah...
Alhamdulillah Dana. Kaki beransur baik.
PadamItulah, tak boleh salahkan anak-anak kalau tak buat kerja sebab sudah bosan. Kena pandai-pandailah pujuk anak supaya siapkan kerja. Tapi memang adalah yang tak siap, mungkin terlepas pandang atau terlupa nak buat semakan. Ibu bapa yang memantau lagilah dua kali stress. Stress kerja sendiri, dan stress urus kerja anak.
semoga cepat sembuh Kak Amie. Kalau dah kena solat duduk tu memang sakit sangat la tu kaki..
BalasPadamWalaupun sakit makanan tetap sedap. :)
Ya betul tu. Tak boleh usik bahagian yang sakit tu.
PadamMakanan dari warung hehehehee.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYa rabbi..SA pernah rasa macam mana sakitnya kaki terseliuh...macam mana bengkak dan berhari- hari x boleh jalan...tapi tu la..x boleh urut kalau bengkak kan...semoga kak amie cepat sembuh ye...
BalasPadamAduhai, saya pula yang terbayang-bayang kesakitan tu. Semoga cepat sembuh, kak.
BalasPadamAduh, sakit tu terseliuh. Semoga cepat sembuh sakit kaki kak Amie. Aaaminn...
BalasPadambetul kata suami kak amie tu. budak kecik pun rasa stress juga. Semoga Firdaus pun baik baik juga moodnya. Sesekali suami masak, sedap je rasanya kan. Sedap bakso dan cakoi tu. Lama tak makan.
Get well soon kak amie. Betul tu kak amie, kita yang dewasa pun stress hadap pdpr, apatah lagi budak kecik. Sedapnya cakoi cicah kayaaaa, dah lama tak makan cakoi.
BalasPadamkena urut tu kak... syafakillah kak..mn laa sy nk cari cakoi laa ni ptg2 ujan ni asik lapar je��
BalasPadamsedapnya cakoi cicah dengan kaya.
BalasPadamsemoga cpt smbuh kaki kak amie..