Kacang Panjang Tumis Hati Ayam
9:42 PTGBertemu lagi. Sekarang masa bersantai sebelum melelapkan mata. Alhamdulillah segala urusan duniawi dapat diselesaikan dengan sempurna. Kita niatkan segala kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan itu adalah kerana Allah semata-mata. Mudah-mudahan sentiasa mendapar rahmat dan berkat-Nya. Aamiin.
Tengahari tadi terus-menerus PDPR dan siapkan laporan. Selepas solat Zohor sempat memantau kerja-kerja PDPR Firdaus, dan menjelang pukul 2 petang ikut google meet pula. Selepas solat Asar, bergegas ke dapur. Sewaktu Encik Suami pulang memang tak ada nasi di dapur sebab kita ikut google meet. Kita tak sempat masak, tapi Encik Suami tidaklah cerewet. Makan saja apa yang ada untuk alas perut.
Ketika Encik Suami merawat tanamannya sambil melihat Firdaus main basikal, Amie bersilat di dapur. Siaplah hidangan kampung untuk kami empat sekeluarga. Ada keluarga sebelah Encik Suami kongsi ayam masak kicap, jadi Amie hanya tambah sedikit lauk lain dan sayur-sayuran. Kali ini Amie tumis kacang panjang dengan hati ayam. Inilah masakan orang kampung kami sejak dahulu kala. Sebenarnya banyak bahan yang tidak ada seperti suhun, kentang dan cili merah tapi Amie masak sahajalah apa yang ada.
Kacang Panjang Tumis Hati Ayam. |
Hidangan tengahari Jumaat:
- Nasi Putih
- Kacang Panjang Tumis Hati Ayam
- Ayam Masak Kicap
- Sayur Bening Pucuk Kacang Panjang & Labu Manis
- Ikan Kering Kukus
- Sambal Belacan
- Jering Muda
Ayam Masak Kicap |
Sayur Bening Pucuk Kacang Panjang & Labu Manis |
Ikan Masin Kukus |
Sambal Belacan Thai. |
Jering muda. |
Hirisan nanas dan mangga manila. |
- 5 batang kacang panjang - hiris serong
- 1 cawan hirisan hati ayam
- 1 cawan kepingan fucuk yang sudah direndam
- Maggi Cukup Rasa secukupnya
- 3 ulas bawang putih - ketuk
- 1 labu bawang besar - mayang
- 7 biji cili padi
- 1 cawan air
- 4 sudu besar minyak
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Masukkan hati ayam bersama fucuk. Tumis sehingga hati ayam berubah warna.
- Tuangkan air. Biarkan sehingga air mengering dan hati masak.
- Masukkan kacang panjang dan cili padi.
- Goreng kacau dan taburkan Maggi Cukup Rasa secukupnya.
- Setelah kacang panjang berubah warna, padamkan api dapur.
28 comments
Kacang panjang tumis hati ayam ni memang sedap. Terima kasih kongsi resepi, ada ilham nak masak nanti..
BalasPadamSilakan.
PadamTak pernah terfikir untuk kukus ikan masin.. biasa goreng je. bagus idea ni.
BalasPadamTeringat Bonda waktu kami kecil dulu. Kalau ikan masin tak digoreng, Bonda akan kukus atau bakar.
PadamEnaknya menjamu selera.
BalasPadamJemput Wak.
Padamni antara lauk yang saya suka. makan hati ayam kacang panjang takpe, jangan makan hati berulam jantung. tak baik untuk kesihatan. hehe
BalasPadamAda jantungnya juga tu Sal...makan hati berulam jantung ayam hihihiii.
PadamLengkap hidangan,sayur hati ayam pembuka selera..
BalasPadamYa betul tu. Berselera ketika makan.
PadamSama lauknya tapi Naniey guna kubis Kak Ami.. :)
BalasPadamCuba lain kalu tumis hati ayam betsama kcg pjv tu..masukkan serbuk sup..sedap sesangat..
BalasPadamOh! Terima kasih idea tu. In sya Allah akan dicuba.
PadamMenarik ikan masin kukus tu.Belum pernah cuba.
BalasPadamKukus atas nasi nak kering dalam rice cooker jew.
Padamsedapnya menghirup sayur bening tu
BalasPadamSaya memang suka hati. Tapi betullah orang cakap tidak elok makan selalu.
BalasPadamSedap lauk.
Tengok masakan kacang panjang tumis hati ayam, teringat dulu mak selalu masak macam ni gak campur hati. Tapi saya sejenis tak makan organ dalaman. Pernah jugalah rasa hati ni. Setakat segigit tu dua tu rasa okay jugaklah. Alhamdulillah dapat rezeki lauk ayam. Senang kerja masak, masak hidangan tambahan je. Semalam call mak di kampung pun masak labu, labu masak lemak tapi. Sedap hidangan lauk kampung ni.
BalasPadamsedapnya labu tu kak
BalasPadamSA x makan kacang panjang,biasa SA buat lauk ni guna kacang buncis...sedap...
BalasPadamsuka masakan mcm ni. judu dia ikan goreng. tp sy prefer mempedal banding hati. hati goreng yg pns2 je sy onz 😆😆😆
BalasPadamKacang panjang dengan hati ayam tu, favourite Pak Inche, Kak Amie.. tapi dia mengelat, suka ambil hatinya saja 😆😆😆
BalasPadamsyu suka mkn hati ayam, sbb nak tmbh darah kan. utk pastikan dpt derma darah. hehe
BalasPadamnnti nk try buat resepi kak amie la. nmpk senang jgk. syu bleh ikut resepi yg senang je haha.
Sedap . Menu simple macam ni laju je makan . CCL jarang makan hati ni . Klw darah rendah memang akan cari hati or kerang buat tambah darah
BalasPadamhati ayam tu blh tukar kepada lauk lain kan kak amie..shida xmkn hati ayam ^_^
BalasPadamSama soalan dengan kak shida, boleh tukar kan kak amie hati ayam tu sebab tak makann hehehe
BalasPadamsaya kurang gemar kacang panjang, dan kurang gemar juga hati ayam
BalasPadamMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
BalasPadam..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring